Followers

Wednesday, December 29, 2010

CONGRATS MALAYSIA!

yesss!!
malaysia menangg!!
yeayyy!!
sungguh gembira diriku..
bile tengok malaysia menangg!!
kebanggaan dalam diri melanda!!


lagi gembira 
bile pemain terHENSEM
menang goal keeper terBAIK!
lagi melantun lantun kegembiraan aku!
ahakss!

CONGRATS MALAYSIA! :)
WELL DONE INDONESIA!

notakakiku: gembiraaa!

Monday, December 27, 2010

menghabiskan saki baki cuti di penang!

sekarang aku ade kat penang!
what a long journey from kuala lumpur.
haha. mane tak long nye. setiap sejam perjalanan
ade je tempat singgah.
rawang , tapah, and sg perak.

bfore g penang.
kena la melawat saudara mara kat perak dulu.
so terpaksa la berpura-pura
menjadi kan hari krismas macam hari raya aidilfitri
melawat setiap rumah sedara yang ade
dari satu ke satu rumah.
sembang2 ape2 yg patut.
pastu terus ke destinasi yg seterusnye.

disebabkan keletihan melanda.
terpaksa rehat dirumah pak long.
b4 move on ke penang!

sampai penang.
dengan tak de booking hotel.
kami terjah je mane2 hotel nampak best.
nasib baik first terjahan menjadik
first terjahan kami
paradise hotel
belasah la.janji ade kosong. ahaks

hari kedua kat penang
omgee! mmg tourist betul kiteorang!
first,
naik bas persiaran.
semata-mata nak carik nasi kandar
second,
bawak map berkeping2.
penuh beg dengan map.
bajet nak pergi sume tempat je! haha
third,
tanye orang bagai nak rak.
sampai tak terjawab orang yg ditanye tuh!
hahaha

last2 tak pergi mane pun.
byk bazirkan mase.
jalan kaki. naik bas.
ape pun tak beli
oh. sedihnye!
:(

now da ade kat bilik.
rehat. fb.tumblr.blog.utube.
barang yg dibeli hari ni.
sehelai baju hard rock, rantai and anting2.
TU JER!

notakakiku: kaki dan badan2 jalan-jalan kat town. tapi otak memikirkan bile result nak kuar! CUAK~

Friday, December 24, 2010

bile mahu matured!

tinggal beberapa hari je
before masuk 2011
before 22
before masuk sem baru.
hurm.

tak lame lagi da nak keje.
hurm.
runsing nye.
takotnye.
NEVES nye!

dulu mase kecik.
bile pikir masuk alam dewasa
mesti time tu kite dah matured giler.
dah pandai masak sume lauk.
dah pakai kain batik setiap hari.
dah pandai bawak diri
dah boleh berdikari
tak yah susahkan ibu ayah.

tp bile saatnye masuk alam dewasa,
rase cam ape je.
sume yang di fikirkan time tuh
macam tak same dengan realiti

dah besar gajah macam nie.
sume yang difikirkan mase kecik tu
langsung tak same.
sekarang, rasenye perangai 
masih same je dengan 10 tahun lepas
masih kebudakan
masik keanak-anakkan.
tak nampak langsung
kematangan dalam dalam diri
:(

notakakiku: selamat datang 2011, selamat datang kematangan!

Monday, December 20, 2010

mari berangan bersamaku!

hyep!
satu lagi hari yang membosangkan.
melakukan aktiviti biasa dan sering dilakukan 
tatkala kebosangnan.
facebook.
tumblr.
blogspot.
umisisweb.
youtube.
and boys over flower!

omgee lee min ho a.k.a gu jun pyo 
sangat la ensem!
sangat la tinggi!
sangat la kaye!
sangat la ego!
ahaks. maaf la yer. saye sedang mabuk jun pyo!
makan minum mandi dan tidur sume jun pyo aje. 
ahaks :)

sape kate jun pyo tak ensem? angkat tangan!

tatkala aku sedang excited tengok jun pyo
yang sangat kacak and almost perfect!
kawan ku pula sudah mendirikan rumah tangga weekend lepas.
oh seronoknye!
dah jumpe jodohnye.
dah jumpe orang yang leh bertanggungjawab.
oh sangat best!
tak yah susah berangan da
nak carik suami camne.
tinggi ke kurus ke, lebar ke kering ke
sume dah  tak yah pikir. :)

 selamat pengantin baru naimah!

so, bile plak turn aku nak jumpe
putera idaman
ala-ala jun pyo
tak pun ala-ala eminem
tak pun ala-ala aaron aziz!
ahaks. memang berangan!
:P

notakakiku: selamat pengantin baru buat naimah dan pasangan akran! :)

Thursday, December 16, 2010

cuti sekolah sebagai pelarian!

okays. setelah seminggu cuti sekolah bermula, aku takde tempat tetap untuk menginap. asyik berpindah randah. asyik menumpang sane sini. mengharap belas ihsan orang sekeliling untuk berteduh. oh..sedihnye! :(

time-time cuti sekolah ini lah ibu nak gi holiday.holiday bukan nye dekat, jauh bukan main. kasi 10 jam dlm kapal terbang baru sampai. pastu duk sane 10 hari.  aiseh men. ingatkan time cuti ni kite nak rase air tangan ibu, tp akhirnye terpaksa merasa air tangan mcdonald, kafe fac alam bina, dan juga air tangan akak bajet cun jual nasi lemak kat seberang jalan. sedih.sedih.sedih. :(

so, memandangkan ibu tiada dirumah, dan along bawak mak mentua dan adik2 nye ke rumah, aku decide nak lepak um due tige hari siapkan integrated project. dah settle integrated project, aku kasi pindah duk rumah kazen aku. sampai minggu depan.

pastu nak kene gerak perak and penang. holiday!! yeayy! :P tak sabar nak holiday! da lame tak holiday, tidur hotel, mandi bath tub, usha laki ensem kat lobby hotel, bajet anak orang kaye duk hotel. haaha. sume tu masuk dalam list perkara-perkara yang tak sabar buat! :)


 
penang! here i come! :)

ahaks. selamat bercuti peeps!

notakakiku: cuti-cuti gak. mr thesis jangan dilupakan! yeehooo! :)

Wednesday, December 15, 2010

desimber sudah!

desimber sudah.
bukan baru perasan hari ni dah desimber.
tp saje je nak buat post pasal desimber.
desimber tuh ejaan terbaru.
bukan suatu typo!

patutnye bulan ni kene siap 2 chapter thesis.
tp macam belom mula aje.
aiseyhmenn malas sudah.
bile le nak berkapel dengan encik thesis ni.

15 ari sudah berlalu.
tingaal lagi 15 hari tuk siapkan thesis ku ini!
oh mai gucci! mane sempat.
chapter 1 yang 6 helai pun amik mase sebulan.
ape tak lagi chapter2 and chapter 3
aduyai.
pening2.

sepanjang cuti.
ape yang aku dah buat
1. datang um berkali2 kerana settle kan ip
2. online facebook 24 jam
3. tumblr setiap mase
4.youtube selalu giler
5. game kadang kaler
6. thesis langsung takde!

sekian hupdate dari ku.

notakakiku: sudah lame tak berbelog. rase cam tak reti pule. selamat berbelogging!

Thursday, December 02, 2010

aku homesick.

bile da tue-tue nie.
rase geli plak bile taip perkataan homesick 
rase cam tak matured je
rase cam budak baru masuk skola asrama je. 

tapi, to be honest.
mmg aku homesick.
tak tipu.
sumpah tak tipu.

aku start homesick 
sejak daripada cuti raya haji
mase tuh aku cuti 2minggu
aku duk kat kampung ngn ibu dan makcik aku.
 time tu rase dekat sangat ibu.
sebab 24 jam duk berkepit dengan ibu.

so, bile suddenly balik um.
tibe2 rase rindu.
rindu time bile ibu kejot suboh, 
suruh solat. ajak makan.
marah-marah sebab 24/7 mengadap tv
oh rindunye.

but now. 
aku sorang-sorang dekat bilik 
roomates balik
so lagi la aku jadi homesick.
rase nak nangis. 
rase cam nak pack barang and terus balik.

tapi. takkan aku nak balik malam-malam ni
mesti ibu risau. 
baik duduk je dlm bilik nie.
study tuk exam rabu and jumaat depan.
pastu yeayy merdeka

tp mase time cuti nanti. 
ibu takde. 
gi cuti-cuti mesir.
lame. sampai seminggu lebih.
oh, mesti rindu ibu time tu! 
ibu.ibu.ibu.

ni kampung aku yg da diubahsuai. 
ibu telah menjadikan kampung mcm pokok krimas.
sume hijauu! atap pun hijauu!


ibu kat kiri tu. budak kecik ni zahra hafiya. anak buah aku. :)

notakakiku: biarlah tak matured kerana homesick. 

Saturday, November 27, 2010

tak nak update. tp ter update jugak! :(

untuk pelajar-pelajar um. dan pelajar2 spm.
walaupun kebarangkalian anda online ketika exam adelah sedikit! 


jike time exam. tibe2 otak anda ter...mental block.
amalkan la doa ini. :)
aku baru jumpe doa ni.
belom praktis lagik
so mari la jadikan ia satu amalan.


DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)


Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.


notakakiku: usehe + doa + tawakal =kejayaan. :) mudah-mudahan. 

Wednesday, November 24, 2010

kenapa budak kecik tembam org cakap comel, tapi bila dia besar terus tak comel? T.T

ini bukan post macam mengukur baju di badan sendiri atau amik gambar vain terus upload dekat fb konon tu gambar candid wow terus cantik padahal penat berusaha buat muka paling comel. eh tade kena mengena. ahah maaf musim exam kalau merapu tu biasa la kan? :)

okay berbalik kepada soalan di atas, pada pendapat saya. emm mungkin saya belum cukup ilmu untuk kongsi pendapat. weh weh indah nya kalau jawab macam ni dalam exam lepastu lecturer terus bagi markah kesian. konon "alolo kesian dia budak baru belajar". okay merapu lagi sekali. -_-" kan dah cakap normal la rapu rapu repek repek masa minggu exam. (kata dasar merepek tu repek ke eh? atau aku buat bahasa sendiri? )


okay kalini betul tak merapu dah. tak payah cakap banyak la kan. kasi tunjuk gambar sudah boleh jawab soalan.
aloloooloo shomel lotey betul budak ni. tengok tembam dia. sekarang banding kan dengan tiga tembam di bawah.
bila saya kata tiga tembam di bawah bermakna yang tengah tu masuk sekali koleksi budak tembam okay? jangan perasan kau terkecuali. haha maafkan aku anis.

HEY KENAPA BUDAK TU LAGI TEMBAM TAPI KALAU SUSUN EMPAT EMPAT ORANG (BAYI, BUDAK TEMBAM SATU, BUDAK TEMBAM DUA, BUDAK TEMBAM TIGA) MESTI ORANG PERGI DEKAT BAYI TU CUBIT PIPI DIA DOKONG DOKONG DIA. TADE ORANG KE YANG NAK DOKONG KITORANG HAH? haha

okay habis sudah merapu. 

khamis sudah mula periksa,
tapi banyak lagi topik tak cover,
weeyyy dah hari rabu tinggal sehari nak baca,
wooohhhh gua dah mula cuak dah ni der. T.T

selamat menjawab periksa bagi yang ingin menjawab. kalau yang taknak jawab pun takpe. tulis nota kecik *maaf pensyarah. saya tak suka soalan ni. boleh berikan soalan yang lebih menarik dan mencabar? *
cewah mana tahu dapat penampar satu dua? -___-"

Sunday, November 21, 2010

hupdate sepantas kilat! - um, tv, & bigger loser asia!

ok. mari menghupdate sepantas kilat~
hari ni baru pulang dari kampung halaman nenek ku
tak jauh tak dekat
melake aje. :)
sejam lebih dr rumah.

esok.
mari kembali ke sekolah.
univ lain da cuti.
univ aku baru nak setat exam
hampass giler
cemburus giles!
:(

walaupun da nak exam
ape pun aku tak study.
ini lagi hampass
cuti 3 minggu mmg aku manfaatkan tuk cuti!
24 jam depan tv
makanpagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam, tidur, bukak buku konon2 nak study..
sume depan tv.
bak kate ibu
"kalau jamban kat dpn tv, konfem berak pun depan tv!"
ahaks tersentap aku dengar.
ahakss. :)

ok la. takde ape sgt nak update.
tu je kot.
takkan nak update berat bdn aku yang paling latest!
konfem kene panggil dengan bigger loser Asia!
T.T

notakakiku: selamat menjawab soklan exam! student um, student spm, student stpm! :)

Thursday, November 04, 2010

mari mencintai pet!

aku sgt suke binatang!
binatang comel sangat!
rupe dah comel,
ditambah pula dengan attitude mereke yang manje lagi comel!
kesimpulannye binatang and aku memang comel!
hahaha ;P

so, hari ni aku wat post pasal pet
sebab due-due rumet aku dah buat post pet
so tak teamwork la kalau aku tak buat post pasal pet!

ni post dieorang.
sakinah --->>bell si mokmok
anis --->>cat lover

berikut senarai top 5 pet feberet aku!

1. kucing
kucing mmg pet yang common. tapi still top1 aku. sbb kucing manjeee la sgt2. antara attitude die yang comel dan bajet comel adelah... kucing suke gesel2 kat kaki orang, tidor atas perut time baring depan tv. tidur atas katil mcm die punya katil. suke curik ikan kat dapur. pastu bawak present tuk tuan rumah seperti cicak, burung, kadang2 mengkarung sebagai balasan bagi die curik ikan kat dapur! oh kucing mmg sweet kannn??


2. iguana
aku suke iguana sangat2. sbb die nampak cool. nampk cool tuk dijadikan pet. dah la kaler ijau. sumpah nampak mcm sangat go-green! hahah. dah la iguana nie suke jalan dengan sangat perlahan yang bajet cool dan tenang! pastu malas nak bergerak. asik terperap je kat tepi tingkap! bajet cool betul!

3. ular albino!
omgee ular albino sangat la albino! putih gilerr! dah la cool lagi tak merbahaya. so memag seswai jadi pet. haha. aku suke ular nie. tp kalau bela kat rumah mcm akan kene marah ngn kaum kerabat aje. so before pape terjadi baik aku blacklist ular albino sbg pet. kang ade yg jadi anak derhaka. :(


4. hedgehog
mcm spesis landak. tp mcm best je kalau bela. sbb kiut lagi pemalu. kawan aku kate kalau anta kat pet salon keh kaler bulu die. so mcm best je bawak pet kat salon. pakai kan die macam2. kaler bulu die, pakai baju, kalau betina kasi tindik. kalau jantan kasi pakai tie. hahah. mcm takde keje lain je. nak perabis duet kat pet!

5. orang utan
aku mmg pencinta orang utan. sbb kecomelan mereke terserlah biler mereke senyum. snyum seikhlas hati! pastu mcm best je bawak die makan kfc, mcdonalds, ayamas. ahaks. habis la orang utan tuh obes mcm tuan die. :P



buat mase ni pet aku ade satu. name die parasit. die dah 10 bulan da. aku beli kat jusco mid. aku syg die. die kaler ijau. aku suke ijau. aku suka parasit dan die sejenis pokok!


notakakiku: mari mencintai pet!

hupdate secare pantas lagi tuntas

aku akan hudpate belog ni secare pantas lagi tuntas
ari ni las aku online.
lepas ni balik kampung
so kampung takde menatang internet nie.
yang ade menatang lembu,monyet dan babi  hutan.

jari jemari aku
yang suatu ketika dulu dikatekan seperti jari baby
kerana kekontotan dan juga kependekkan yang nyata
dan tiada tolok bandingannya.

tapi kini, jari jemari ku ditumbuhi bintik-bintik
sakit sangat dan pedih gilerrr
ni sume gara-gara allergy.
 makin hari makin teruk
harap-harap cpt lah sembuh sebelum exam
takut tak leh menulis lak nnti. :(
mudah-mudahan. :)

sekian.
jumpe lepas exam!

notakakiku: happy diwali  dan juga selamat hari raya korban dan juga selamat exam!


Sunday, October 31, 2010

adekah lelaki mempunyai masalah komunikasi?

ok, ini bukan nak jadi seksis atau ape. just nak tanye pendapat aje. 
bukan ape, setelah aku hidup 21 tahun nie.
daripada pemerhatian aku, 
aku nampak laki mcm ade masalah komunikasi yang amatlah kritikal lagi membimbangkan.
dan kalau masalah komunikasi ini tidak dibendung lagi dibanteras,
ini akan mendatangkan permasalahan terhadap kaum wanita!

masalah komunikasi disini ialah, 
bukannye antara wanita dan lelaki.
tapi masalah komunikasi antara laki dengan laki.
adusshh
mane la kami kaum wanita tak pening.
bile kami mintak mereke menyampaikan sesuatu pesanan kepada kaum lelaki yang lain
pasti ade saje alasan dan malas nak berkomunikasi

susah sangat ke nak berkomunikasi among lelaki?
adekah sebab ego lelaki membuatkan mereke tidak mahu berkomunikasi?
adussshhh pening2.

masalah komunikasi antare lelaki berada dlm tahap kritikal!

ok, aku bukan saje cakap.
tp aku tulis. :P
tak.tak. 
ini sume mmg berdasarkan permerhatian dan pengalaman aku sendiri. 

contoh situasi adelah seperti berikut:

1. masalah komunikasi lelaki dengan kawan lelakinye

zetty: ahmad, jom makan malam nie?
ahmad: bole jew. jom la. nak makan mane?
zetty: makan restoren ABC aje la.
ahmad: orait aje! kul berapa nak pi?
zetty: lepas isyak la. pastu kau ajak la ali dan abu sekali ok?
ahmad: ala. kau ajak la. 
zetty: ali dan abu kan jiran sebelah bilik aje. takkan takleh nak jerit? 
ahmad: kau ajak la .
zetty: uiks? 

2. masalah komunikasi lelaki dengan kawan lelakinye (part 2)

ahmad: weh zetty, apesal tak bg tahu kelas batal?
zetty: aku kan da msg kat amin tadi. takkan amin tak bg tau
ahmad: mane ade.
zetty: laa. kau ngn amin kan sebilik, takkan itu pun takleh nak bg taw.
ahmad: lain kali kau msg je due2 senang.
zetty: kau ingat aku gabenor bank negare? byk kredit?

3. masalah komunikasi lelaki dan saudara lelakinye

zetty: anchik, kau bile nak balik rumah?
anchik: tak tau la. angah tak bg taw.
zetty: gi la tanye angah, tanye die bile nak balik rumah. kate kat die ibu tanye.
anchik: ala. kau msg je la angah.
zetty: aik? kau kan satu rumah dengan angah. takkan tak leh nak gi tanye kot?

itu la antara masalah komunikasi among lelaki.
pelik betul
tapi itu lah kenyataan. 
percaya atau tidak, 
lelaki mmg ade masalah komunikasi.

notakakiku: yang ade masalah komunikasi adelah kaum adam . tapi yang kene kesan die.... kaum wanita!

Saturday, October 30, 2010

cerita kahwin yang sweett! kene baceee! please bace!

ok. aku just nak share. kisah yang sweeeet sangat2. sile lah bace. bessstt sangattt kottt!!! nak suami macam ni jugakkk! romantik la jugak. ahakss..


ni kisah die. kisah ni aku jumpe kat facebook. kisah suami aku nih..


.
.
.
.



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Friday, October 29, 2010

kelantan vs negeri sembilan. mane korang pilih???

kelantan vs negeri sembilan.
mase aku taip kelantan vs negeri sembilan rase cam case law plak. 
yelah mcm plaintiff against defendant. 
haha. kalau MR. CONSTRUCTION LAW tahu
yang aku salu pikir pasal law
sampai tengok bola pun pikir law
pasti die berbangga dpt anak murid mcm aku.
konfem dapat A++++ 
exam nnti! 

ok2, back to the topik. 
sebenarnya aku nak citer pasal bola.
since esok final,
yg lawan plak adelah
kelantan vs negeri sembilan,
so aku rase mcm nak sokong negeri sembilan!
yeayyyy


aku sokong bukan sebab adik beradik kembar yang hot lagi hensem tuh
tapi mmg aku ade bau bau bacang dengan negeri sembilan.
kampung aku kat melako
tapi speaking nogori.
so ade kaitan la kan???
so ape salahnye sokong negeri sembilan kan??
ahakss.

since aku tak dpt nak tgk bola esok, 
kalau korang tahu sape menang, 
sile lah update kat aku.
sbb aku tak balik rumah
dok hostel diam-diam
buat thesis.
n sini ade tv, tp aku tak rase tv blok perempuan 
dieorang nak bukak bola.

hurm. xpela. kalau tak dpt tgk tv.
tggu aje kat status fb. 
mesti ade orang tulis punyee
haha. :) oklah chowz~

notakakiku: teringat zaman world cup dulu. takziah buat paul the octopus. :(

Thursday, October 28, 2010

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Tuesday, October 26, 2010

kenape saya on air 24 jam!

ni lah gambar orang yang tengah on air lagi syok sendiri!

mesti ade yang konfius dengan maksud on airon air disini maksudnye pakai earphone, headphone tapi bukan hand phone. then, pastu pasang lagu kuat2.  sampai rase mcm leh headbanging sekali! bile dah pasang lagu kuat-kuat. mane leh dengar segala bunyi-bunyian disekeliling sampai kalau rumet sendiri nak panggil pun terpaksa buzz kat ym, chat kat fb, post wall kat fb mahupun baling je teddy bear kat aku.  haha.itu lah padah ber on air. :P 

aku mmg suke on air dimane-mane ketika belajar, dalam kelas, dalam library,  ketika baring, ketika tidur mahupun ketika berjalan nak balik rumah! ahaks. on air mmg best!

so sbenarnye, ade byk sbb aku on air.

1. on air itu nikmat!
siyes! on air itu memang nikmat. lagi-lagi kalau layan feberet! eminem, paramore,linkin park, flo rida. oh memang masyuk. pasang lagu feberet, lepas tu valume kasi pecah telinga, kalau tahu lirik lagi best. rase cam dalam jamban redbox aje. haha.

2.on air it cool a.k.a kewl.
siyes, bagi aku pasang earphone kat telinga (takkan kat hidung kot) nampak cool. rase cam memang cool habis. takde lah nampak mcm sedih or lonely jer. especially time nak balik rumah naek ktm sensorang. pastu nyanyi sendirian. haha pastu bile hand phone  dlm handbag berbunyi langsung tak dengar. tak pasal-pasal orang dlm ktm dpt dengar lagu free. haha. :)

3. malas nak dengar orang bergosip
hahaha. kalau sape2 diseliling anda tengah bergosip a.k.a mengumpat secare berjemaah. adalah lebih elok kite ber on air. kurang sikit 0.01% dosa kite. ahaks. lagi best kalau kite ber on air time mereke gelak-gelak secare mengilai yag sungguh anoyying. hurm, pasang lagu kuat-kuat pun tak sakit telinga macam dengar mereke mengilai! ahaks

4. kalau dah penakut tuh, penakut jugak la.
aku selalu stay up malam. ingin aku highlight kat sini, stay up malam tidak bermaksud study, buat assignment, buat thesis. tapi lebih kepada berfacebooking, ber ym-ing, bertumblr-ing, berblogging! so disebabkan lokasi bilik sy amat lah hujung dunia. so, agak sedikit sekari mari (scary merry). maka dengan ini, ber on air adelah care terbaik, untuk mengelakkan anda drpd diselubungi misteri. ahaks!

so sesiapa nak berguru dengan guru on air sile layari facebook saya atau pun komen kat sini. hahaha. (tetibe rase nak poyoss jap! ) :P

notakakiku: on air itu nikmat. on air itu cool. jom on air! :)

Monday, October 25, 2010

wanita-wanita: marilah amik ikhtibar dari kisah ini.

mari kite hayati satu kisah tentang wanita. :)


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a., Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan..

Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah,. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi., Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1. Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya).

2. Pohon Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

4. Yang terakhir, Pohon Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja .


Ambillah pengajaran dari Pohon Semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil....





notakakiku: sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. :)


Friday, October 22, 2010

saye rindukan MIRC!

oh tidak! saya sangat rindukan MIRC!
anda tahu MIRC?
anda pernah join MIRC?
anda pernah tipu dalam MIRC?
kalau jawapan anda ade lah 'ya' untuk sume soklan diatas,
anda memang geng saye!
hahaha
:P

ni lah MIRC

oh saya memang rindukan MIRC sangat2
disitu lah tempat carik boifren,
tempat carik skandal,
tempat carik kawan,
tempat carik teman bergayut!
oh memang rindukan MIRC!

mase chat kat MIRC
adelah mase yang paling selalu tipu
hari-hari online kat mirc
hari-hari lah menipu
menipu je keje
kerjenye menipu je bile dalam mirc
dari umur, tempat tinggal, nama, ape tah lagi no fon!
hahaha
tapi satu jer yang tak tipu
pasal jantina
kalau tipu camne nak dpt boifren?
;P

now, da lame da tak main mirc.
da lame tak chat dengan stranger
da tak tahu kat mane ade tempat mcm mirc lagi
tempat tuk menipu
tempat tuk kelentong
hahaha. mirc memang best!

sekarang ade facebook, twitter
lagi advance
lagi mcm2 application ade
tapi tak leh nak tipu sangat
sbb sume dlm friendlist adelah kawan-kawan
n family
so takkan nak tipu!
tak masyukk!

so, sape2 ade link atau tahu mane2 tempat yang seangkatan dengan mirc,
bagi tahu la yer!
teringin sangat nak menipu semula! hahah
tak.tak teringin nak chatting dengan stranger lagi.
boleh jumpe mcm2orang!
ahaks!
:P

notakakiku: sedih skandal best2 yang jumpe kat mirc dah lost contact . akibat kehilangan fon! dem! :(

Thursday, October 21, 2010

kempen membenteras penceroboh daripada menceroboh facebook anda!

aku hari ini. 
dengan bangga nye menyeru rakyat jelata
agar join kempen membenteras penceroboh daripada menceroboh facebook anda!

adakah facebook anda pernah diceroboh?
seperti ini?
ni la antara kes2 pencerobohan yang dahsyat!
memang lah aku bangga jadi anak malaysia
tapi takde la sampai nak bg tahu sekampung
nnti orang kate 
"patriotik sangat la plak minah ni.bulan merdeka dah abis tapi still nak berpatriotik plak"
adush.
aku jugak yang kene nnti! ;P





ni lak cubaan kedua oleh budak kecik name amin
ade ke patut maen game kat facebook aku.
pastu gi publish kat wall.
aduhai.
nasib baik die publish yang die menang. 
kalau publish yang die kalah
wat malu den yo. ;P
ni pulak cubaan terbaru oleh penceroboh yang paling digeruni
mmg aku menyesal sangat bagi dieorang pinjam henpon
ingatkan bagi pinjam henpon tuk bende berpekdah
rupanye lain jadinye
harapkan pagar, pagar makan padi!
harapkan rumet. rumet ceroboh fb aku!
da la tulis status mcm artis mane je.
wat malu den yo! 

so, dengan ini, aku menyeru sume orang supaya jauhi diri anda, laptop anda, henpon anda, daripada penceroboh-penceroboh marabahaya macam ni!
hahaha
:P

notakakiku: membenteras penceroboh tanggungjawab bersama! ;P

Wednesday, October 20, 2010

toilet seats are the best thinking chair in the world!



sape setuju angkat tangan! :)

aku pasti mesti korang setuju ngan statement ni!
tapi before aku cite lebih panjang,
aku kene pastikan minda korang tidak memikirkan 
benda-benda yang tidak berape nak selera tentang toilet seats ni. ok?

contuh toilet seat yang bersih!
toilet seats. kau ilhamku! ;P

now dah bole citer.
aku sure mesti time korang duduk kat toilet seats
mesti korang akan terpikir
ape nak buat lepas nie?
ade lagi ke assignment yang nak kene hantar?
ade tak orang komen kat facebuk?
ade tak orang singgah belog korang?
baju nak basuh bile?
ha... sure mesti salah satu drpd ape yang aku listkan kat atas tu.
sure korang terpikir! :)

so, bile dah pikir beberape perkara,
lepastu korang mesti akan susun beberapa strategi untuk settlekan perkare2 yang dah korang pikirkan tadi
lepas ni nak buat ape?
lepas tu nak buat ape?
lepas dah pastikan kelancaran dan kebersanan strategi korang.
barulah lega rase di hati
dan senyuman lega pula singgah dibibir
and last sekali pasti fikiran kauorang menjadi lebih tenang!
bile dah tenang leh la.... ehem2 dengan lega!
ahaks!

dah habis pikirkan ape benda nak buat,
dah habis pikir strategi tuk settlekan sume bende tu
n dah habis kerja korang kat toilet seats tu
pastikan anda jangan lupe flashhh!!!!!!
hahaha
jagelah kebersihan toilet seats bersama!

toilet seats anda toilet seats kami juger! 
ahakss!


Toilet Tee

mekaseh kepada googlygooeyes! :)


notakakiku: chowzz~ ;P hidup toilet seats!