Followers

Saturday, July 31, 2010

habuk punye belog!

wow. lame giler tak hupdate belog ku ini. berhabuk lagi bersawang sane sini. buhsan betul! so, hari ini kene polish belog ni lame2. kasi bersih lagi bersinar! tiada lagi habuk kotoran! selamat tinggal kotoran!

setiap perkara mesti ade reason nye. mcm tuh jugak la ngn belog aku ni. pasti ade sebab tersembunyi mengapa aku tak update belog. dan meninggalkan belog ku ini berhabuk lagi bersawang!

so berikut aderlah reason nape aku tak hupdate belog ku ini. :(

1. sbb birthday aku!
hurm. birthdya ku da lame da. tapi still nak cakap kat sini. semenjak da sambut birthday ke 21. aku rase cam tue sgt je. tetibe nak rase poyo nak jadi matang. so, rase cam malas je nak berbelog, berfb, ber GB. hurm. so most of the time aku. aku termenung. memikirkan mase depan yang gelap lagi la gulita. :(

2. bulan july bulan sibuk.
siyes bulan ni bulan yang sibuk. bulan july da setat sem baru. so banyak bende baru nak kene buat. assignment la, homework la, project la. and last but not least is THESIS! hell-yeah! takde mood langsung nak carik tajuk thesis. ape yang aku minat pun aku tak tahu. aish. :(

3. aku mule minat youtube. :)
dulu aku rase kelakar je bile orang tgk youtube. huhu. now, sejak aku tertekan link kat fb member aku. aku rase cam masyuk je layan youtube sorang2. hehe. tapi taku tak tgk la citer drama or muvie. tp aku lebih prefer tgk bende2 bohsan macam. tgk iklan petronas yang lame2. (teringat zaman kanak2 ku mase iklan tuh ditayangkan! ) takpun tgk care orang pakai selendang, care orang buat kad yang comel2. takpun tgk henpon review. hahaha. takde keje betul! :)

4. aku rase background aku tak cantek.
tiap kali aku bukak belog aku. tiap kali aku rase background aku tuh something wrong. rase pelik. rase buruk. so takde mood nak tulis belog. nak tukar plak. rase malas. sbb blogspot da tuka die punye design. lagi la leceh aku nak tukar background die. hurm. :(

hurm. tu je la.

notakakiku: habuk punye owner. habuk punye belog!

Tuesday, July 13, 2010

saya seorang daripada 60,000 yang terjah dataran!

haish. lame mendiamkan diri daripada berbelogging.
ni sume gare-gare spain menang!
aiseh men. kalah lagik.
sedih dan sebak betul!

saat kemenangan spain. (cemburu mode activated!)
kerana final worldcup.
aku dan member sanggup ke dataran!
yeah tengok ramai2 baru masyuk!
walaupun pagi esoknye aku ade kelas.
(tp nasib baek cancel last minute. dpt aku sambung tido. hehe)

dataran mmg full! car park full!
berlapis2 parking.
bukan double parking.
bukan triple parking.
tapi empat lapis! yeahh.



muke peminat worldcup! :)

sampai2 je. penuh dataran.
macam lautan manusia yang berkaler merah kuning dan jingga!
siap ade org bawak tikar, bantal, gendang,
oh tak lupe juger pada mereke yang dtg ngn famili.
siap bawak baby mereke lagi!
oh semangat betul mereke!
tp ktorg bawak kfc je.
sbg bekal ketika lapar! :D

walaupun spain menang
dan belande kalah,
aku takde lah kisah sangat.
takde lah nak sedih nangis2.
tapi bile tgk ramai-ramai macam nie
baru rase meriah lagi unity!
bersemangat. meriah. dan masyukkk!

notakakiku: meriah betul dataran. i like! i like jadi salah seorang drpd yang membanjiri dataran! yeahh. smuge msia msuk world cup!

Sunday, July 11, 2010

antara paul the octopus dan mani the parrot!

malam nie. penentu tempat ketiga tuk world cup 2010.
so aku dengan ini, masih setia pada germany.
dengan harapan agar germany MENANG!
yeahhh~

kt letak tepi dulu pasal tempat ketiga.
sbb aku yakin germany menang! (ahaks agak confident disitu!)
aku agak konfius.
konfius dengan pelbagai berita.
berita tentang ramalan-ramalan
sape pemenang worldcup!

ok. mule-mule dengan sotong berkaki lapan.
atau lebih popular dengan name paul the octopus.
paul the octopus,
telah meramalkan spain menang tuk final.
so, sume peminat-peminat spain dah agak konfiden dengan ramalan tuh.
yelah, paul tuh kan hebat.
hampir sume ramalan die tepat!

link: video paul the octopus

now, baru-baru ni.
ade plak binatang lain yang berminat menonjolkan bakat dalam meramal world cup.
binatang itu ialah parrot!
atau dengan name manje parrot the mani!
mani meramalkan belanda menang,

link: video parrot the mani.

aku gembire!
haha. yelah.
aku kan sokong belande skarang nie.
hehe
harap2 mani betul!
yeah sokong mani!
:)

notakakiku: so, jangan konfius dengan ramalan binatang ciptaan ilahi ini. kt tunggu dan lihat je ok? :)chowz~

Friday, July 09, 2010

kesan kekalahan germany terhadap aku!


macam mane lah german leh kalah nie. aish. ketidakpuasan dihati betul!
dah lah smlm berkobar-kobar sokong germany.
siap buat status kat fb lagik.
siap bet ngn member-member lagik.
siap berjage sampai 2 lebih utk tgk game.

tapi akhirnye.....
aku tuka channel. sbb mcm bosan je game tuh
aku tertido. sbb tak tahan dah mateku ni.
aku kalah bet juger.

tu lah padahnye..
sokong germany sbb ade pemain ensem.
pergi bet ngn member2.
pas ni kene belanje member2. aish.

tapi takpela.
pas ni nak sokong belande.
sbb die pernah jajah melaka.
kampung aku.
mane tahu aku ade keturunan belande jugak.
hahaha.
x masuk akal.

chowz!

Thursday, July 08, 2010

tanda-tanda rakan anda putus cinta!

lets mulekan post ni dgn sikit drama cikai. :(

situasi pertama.

latar masa: petang. (ade hujan sikit. ala-ala gerimis.) latar tempat: bilik hostel. latar masyarakat: student ipt.

kenanga: iskk..isk...isk..
mawar: kau nape? sakit perut ke?
kenanga: isk..isk..isk.. (tiada jawapan. melainkan menangis)

telifon mawar berdering... menandakan msg baru masuk..

kenanga: wa....wa...wa... (masih menangis tapi dalam nada yang lebih kuat)

mawar hairan.

mawar: kau nape?? apsal nangis cam baby nie?? mcm orang putus cinta jer.
kenanga: waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (itu meraung bukan nangis!)

---the end---

begitulah situasi yang sering kali terjadi tatkala. rakan anda putus cinta. walaupun anda busan dengan rengekkan kawan anda. tapi anda harus bersabar. kerana dia rakan anda. so, rakan yang baik adalah pendengar yang baik. kan??

so,mungkin ade yang antara kite. yang masih blurr aka buat-buat tak faham yang rakannye baru putus cinta. jadi, hari ni. kt akan kenal pasti beberapa tanda yang boleh anda jadikan sbg rujukan di hari muka! :)

pertama:
seperti situasi di atas, cube anda lihat adekah rakan anda itu alergik pada bunyi seperti bungi ringtone, message tone. mahupun lagu2 jiwang. mungkin die akan terdiam atau meraung tatkala mendengar bunyi-bunyi itu. yelah, mungkin bunyi-bunyi ini membantu die mengingatkan pada kesah2 lame die sewaktu die hebat bercintan! mungkin anda akan terasa annoying jika rakan anda itu meraung ketika mendengar bunyi-bunyian itu. tapi anda harus bersabar. kerana kesabaran itu separuh dari iman! :)

ni muke sedih. sy tgk pic ni pun rase cam nak nangis juger. T.T

kedua:
rakan anda tidak akan sama sekali berada di tempat2 di mane die dan si ex pernah dating atau makan dinner. sebagai contuh. tempat lepak, gerai mamak, shopping complex, atau pun gerai tepi jalan!. dan oleh kerane itu rakan anda juge sanggup drivekan anda tmpt yang jauh. asalkan tidak ke tempat tersebut! sungguh mulia hati rakan anda! anda patut menghargai rakan anda itu! :)

antare port best lagi romantis tuk dating. taman rusa dan kancil. ohh sweetnye! :)

ketiga:
rakan anda akan jadi seorang yang pasif. lebih gemar bersendiri. mungkin sering tido. mungkin lebih banyak berdiam dari berkata-kata. mungkin juge jarang online facebook. dan ym. disitu anda akan rase kesunyian. sbb kalau rakan anda online. pasti wall anda dan rakan anda meriah dengan komen entah pape. sehinggakan anda segilintir rakan anda yang lain cemburu melihat keakraban kamu orang. :)

pasif. sehingga mampu tidur di mane saje. :(

keempat:
tiada lagi giggles dari rakan anda. giggles ade lah perbuatan seperti mahu gelak tapi dalam keadaan yang sopan lagi sweet! mungkin dulu, sewaktu anda nak tido, dan rakan anda masih online. mungkin waktu itu die akan selalu giggles. sehingga anda perlu tegur die secare sinis. agar die berhenti giggles! hahaha:) --aku suke point nie!
idola rakan anda sewaktu die bercintan. :)

kelima:
kawan anda tidak memanfaatkan free call yang die dapat sewaktu birthday die! oh, sayangnye. ade free call tapi tidak dimanfaatkan. syg seribu kali sayang. laen kali bg pada anda. mungkin anda tahu care utk memanfaatkan free call tersebut! hehe

birthday reward dari hotlink. memang patut di manfaatkan sepenuhnye..

keenam:
ada tanda-tanda yang kawan anda telah delete si ex dari friendlist die di facebook, ym dan sebagainye. jika dulu, anda boleh gelarkan rakan anda itu sbg agen 606 kerane sering kali intip segala gerak geri pasangannye itu, kini tidak lagi. die lebih gemar membace belog-belog. membace belog mereke yang dah kahwin, mahu pun yang dah ade baby! bagus rakan anda. die tulah menunjukkan sifat motherly die pada usia yang muda. bagus! salah satu care utk mematangkan diri!

"lets delete bekas kekasih! buat semak je ade kat fb aku. hurm"

ketujuh:
tiada lagi menaip msg ketika memandu! jika dulu sering kali menaip msg ketika memandu. kini tidak lagi. mungkin sekarang die lebih minat untuk menjadi pemandu yang berhemah. tidak gemar menaip msg ketika memandu atau menjawab fon ketika memandu. alhamdulillah. pemanduan sebegini yang patut dicontuhi. harap pemanduan sebegini dapat rakan anda kekalkan! pasti penumpang2 dalam keretanye berasa lebih selamat!



ni contuh pemanduan berhemah. wpun co-pilot amik pic. driver masih fokus pada pemanduan! :)

ok. sampai sini dulu tanda2 rakan anda putus cinta. sehingga bertemu kembali. di hari dan waktu yang same di minggu hadapan bersama dr. l0v3. hahaha. :P



notakakiku: kenapa 7 je tanda-tanda rakan anda putus cinta? sbb.. sekarangkan bulan 7. hahaha. x masuk akal! :) bye! nak swim jap!

Tuesday, July 06, 2010

apabila sesi persekolahan dah nak mula!

yeay! ahad ni masuk sekolah!
maksudnye universiti lah.
tapi lebih mesra kalau kt panggil sekolah kan? :)

ade masenye kt rase gembira bile nak masuk sekolah.
masuk kelas subjek baru. jumpe lecturer baru.
tapi kawan je tak baru. tapi takpe! kawan2ku best!

inilah coursemate ku yang best!

mase gembira macam nie. teringat mase kecik-kecik dulu.
setelah cuti semester yang panjang. mase dah nak masuk sekolah.
sibuk beli baju baru, kasut baru, stokin baru, beg baru, pensel box baru, alat tulis baru. and macam2 lah baru. hehe.
time rase bahagia yang amat!
rase cam semangat nak pegi sekolah!
tak sabar nak jumpe kawan.
sbb nak tunjuk barang2 baru kat kawan. haha.
childish sungguh!

ku ketike sekolah rendah. kalau hebat carik lah aku.:)

tapi skarang sume tuh dah jadi sejarah
dah tak macam dulu
skarang dah besar!
dah grow up!
dah matured.
dah dewasa.

skarang bile nak masuk sesi baru.
rase yang paling tak best ialah kemas baju masuk luggage bawak balik um.
aish. x best betul.
bukan tak suke lipat baju.
tapi nnti mesti konfem 100% kene perli ngn abang2.
sbb mcm bawak satu rumah balik um.
sume nak bawak.
berbakul2 baju. berkotak2 buku.
siap pokok bunge lagi.

dah la bawak byk brg, bilik hostel plak kat tingkat paling tinggi. and takde lift
so mmg teramat la best membawa sume barang naik ke bilik!
konfem mandi peluh!
konfem hilang 10 kg!
konfem menyihatkan badan! kan??

senyum tetap senyum walaupun tgh bermandi peluh!

so, apebile menaip post ni. ku dah terbayangkan segala kepenatan yang bakal melanda aku weekend nie. :(
so. dengan ini aku malas nak pack.
esok2 je la aku pack.
chowz!


notakakiku: mmg hobiku suke buat kerja bertangguh. sile jgn contuhi. kelak anda akan menyesal!

Monday, July 05, 2010

kenangan terindah!

time cuti mmg kadang kala menyeronokkan. yelah dapat lakukan sume bende yang kite rindu kat rumah. dapat berhibernasi. tidur. makan banyak2. mandi lame2. tengok tv lame2. on9 24/7. oh itu mmg best! tapi tak sume indah dan seronok. kadang kala, terasa busan lagi boring. (bukan same je ke maksudnye? )

time2 kite bosan lakukan sume2 tuh. kt akan duk atas katil sambil membayangkan ape yang kt lakukan time kt ngan kawan2. owh indah-nye! i like! time tuh lah terbayangkan aktiviti yang kt lakukan bersame mereke yang take care kat kt. :)

antara aktiviti yang ku rindu kan. carik tmpt makan malam. bile jadi pelajar.kt memang selalu lapar. so mmg selalu makan. selalu jer teringin nak makan macam2. makan pizza lah johny's lah makan kennyrogers lah baskin lah. hurm. lazatnye! terliur plak rasenye! hehe. tp kadang2 kalah terasa nak makan melayu. makan kat longkang lah, foodcourt bangsar lah, nasi kukus,mapley and riang-riang! :) tuh sume tmpt feberet ku and rakan-rakan! :)

kat johny's :)

pizza hut! :)

kenny rogers! :)

Baskin time! :)

oh tak lupe juge maen badminton! sebab main badminton la. ku sihat dari demam! alhamdulillah. setelah berabad tak main badminton. akhirnye dapat jugak aku main. hehe. tak sangke masih ade skill. ingatkan dan tak terror tahap x dpt nak serve. :) dah la main badminton larut malam. dari jam 12 tgh mlm ke 2 pagi. :) pastu gi jalan2 kg baru. n lepak dataran! oh mmg kutu malam! :)

ade jugak kami gi kuar hujung minggu. :) kuar main air terjun. air terjun lentang. jauh betul kami pergi. sampai ke pahang sane. :) tapi mmg bestt! seronokkk! mmg main air sampai tak hingat dunie! menyelam. berenang. terapung. basah2kan orang! syampoo kan orang! huhu mmg masyukk! berenang sampai lemas sbb kejar syampu. aish. mmg seronok! 4 jam badan kecut ngn air sungai tuh.
air terjun lentang! :)

pastu mandi. siap2 gi ICT shah alam lak. hehe. ict mmg cantik. tapi kadang2 terase ade pembaziran elektrik. tp ntah lah. dah kerajaan buat. kt dtg je la. amik gmbr. jalan2. beli fud. beli tudung aka selendang! masyukk la. seronok!:) and ramai orang!

1st trip ke ICT

2nd trip ke ICT

ape ape pun. bersama kawan2 mmg best! enjoy! rase nikmat hidup sbg remaje! yelah lepas ni umur dah masuk 21. dah dpt kunci kebebasan. dah dewasa la kononnye. huhu. :)

notakakiku: oh, rindukan kenangan bersame rakan2. :D

Saturday, July 03, 2010

setelah satu minggu cuti.

oh, ini bukan sbb aku cuti. aku belom ke tahap itu lagi. :)

setelah seminggu ku menikmati cuti. oh. cuti mmg indah! tiada ape yang indah melainkan merasai nikmat cuti setelah berbulan berpenat untuk semester khas! :) tidur dengan nyenyak nye. makan dengan nikmatnye. tengok tv dengan khusyuk nye! oh cuti mmg best! aku suke cuti!

sepanjang cuti nie ku tinggal ngn wedad. ok jadi anak dara yang baik. duk rumah diam2. kemas rumah. masak sendiri. (oh, independent-nye kami!). basuh baju.oh, mmg jadi anak dara yang baik! ;P

wedad minat bola. bukan minat. fanatik bola. sume game bola die tgk. mule2. ku tak berape nak join tgk bola. sbb tak la minat sgt. tp semenjak game england ngn german aritu. n semenjak england kene belasah ngn german 4-1. ku dah smakin rajen tgk bola! semakin rajen tahu name pemain. semakin rajen tgk jadual bola. aish. perubahan yang bagus! i like! :)

ok. world cup mmg hampir ke kemuncak nye. skarang da masuk quarter final. so, demam world cup mmg bertambah parah! sume orang dah mula rasai demam ni. laki, perempuan, tua mude. sume tengok bola! termasuk la orang yang menaip post nie. :D hehe.

aku pun dah semakin fanatik tgk bola. lagi2 malam ni punye game! i like brazil kalah. hehe. bukan ape. tetibe je malam ni. aku sokong penjajah. sokong belande. heheh. so bile belande menangv2-1. aku lagi smgt nak tgk bola! heheh.

go belande. go penjajah. go.go.go :)

jgn sedih. bole cube di next world cup. :)

so. arap belande leh masuk final! :) yeahhh

jom sambung tgk bola!

notakakiku: sejak bile ku minat bola? tak sabar nak tgk final kat um! jom tgk kengkawan! kt gi dataran! hehehe. :)