Followers

Thursday, July 08, 2010

tanda-tanda rakan anda putus cinta!

lets mulekan post ni dgn sikit drama cikai. :(

situasi pertama.

latar masa: petang. (ade hujan sikit. ala-ala gerimis.) latar tempat: bilik hostel. latar masyarakat: student ipt.

kenanga: iskk..isk...isk..
mawar: kau nape? sakit perut ke?
kenanga: isk..isk..isk.. (tiada jawapan. melainkan menangis)

telifon mawar berdering... menandakan msg baru masuk..

kenanga: wa....wa...wa... (masih menangis tapi dalam nada yang lebih kuat)

mawar hairan.

mawar: kau nape?? apsal nangis cam baby nie?? mcm orang putus cinta jer.
kenanga: waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (itu meraung bukan nangis!)

---the end---

begitulah situasi yang sering kali terjadi tatkala. rakan anda putus cinta. walaupun anda busan dengan rengekkan kawan anda. tapi anda harus bersabar. kerana dia rakan anda. so, rakan yang baik adalah pendengar yang baik. kan??

so,mungkin ade yang antara kite. yang masih blurr aka buat-buat tak faham yang rakannye baru putus cinta. jadi, hari ni. kt akan kenal pasti beberapa tanda yang boleh anda jadikan sbg rujukan di hari muka! :)

pertama:
seperti situasi di atas, cube anda lihat adekah rakan anda itu alergik pada bunyi seperti bungi ringtone, message tone. mahupun lagu2 jiwang. mungkin die akan terdiam atau meraung tatkala mendengar bunyi-bunyi itu. yelah, mungkin bunyi-bunyi ini membantu die mengingatkan pada kesah2 lame die sewaktu die hebat bercintan! mungkin anda akan terasa annoying jika rakan anda itu meraung ketika mendengar bunyi-bunyian itu. tapi anda harus bersabar. kerana kesabaran itu separuh dari iman! :)

ni muke sedih. sy tgk pic ni pun rase cam nak nangis juger. T.T

kedua:
rakan anda tidak akan sama sekali berada di tempat2 di mane die dan si ex pernah dating atau makan dinner. sebagai contuh. tempat lepak, gerai mamak, shopping complex, atau pun gerai tepi jalan!. dan oleh kerane itu rakan anda juge sanggup drivekan anda tmpt yang jauh. asalkan tidak ke tempat tersebut! sungguh mulia hati rakan anda! anda patut menghargai rakan anda itu! :)

antare port best lagi romantis tuk dating. taman rusa dan kancil. ohh sweetnye! :)

ketiga:
rakan anda akan jadi seorang yang pasif. lebih gemar bersendiri. mungkin sering tido. mungkin lebih banyak berdiam dari berkata-kata. mungkin juge jarang online facebook. dan ym. disitu anda akan rase kesunyian. sbb kalau rakan anda online. pasti wall anda dan rakan anda meriah dengan komen entah pape. sehinggakan anda segilintir rakan anda yang lain cemburu melihat keakraban kamu orang. :)

pasif. sehingga mampu tidur di mane saje. :(

keempat:
tiada lagi giggles dari rakan anda. giggles ade lah perbuatan seperti mahu gelak tapi dalam keadaan yang sopan lagi sweet! mungkin dulu, sewaktu anda nak tido, dan rakan anda masih online. mungkin waktu itu die akan selalu giggles. sehingga anda perlu tegur die secare sinis. agar die berhenti giggles! hahaha:) --aku suke point nie!
idola rakan anda sewaktu die bercintan. :)

kelima:
kawan anda tidak memanfaatkan free call yang die dapat sewaktu birthday die! oh, sayangnye. ade free call tapi tidak dimanfaatkan. syg seribu kali sayang. laen kali bg pada anda. mungkin anda tahu care utk memanfaatkan free call tersebut! hehe

birthday reward dari hotlink. memang patut di manfaatkan sepenuhnye..

keenam:
ada tanda-tanda yang kawan anda telah delete si ex dari friendlist die di facebook, ym dan sebagainye. jika dulu, anda boleh gelarkan rakan anda itu sbg agen 606 kerane sering kali intip segala gerak geri pasangannye itu, kini tidak lagi. die lebih gemar membace belog-belog. membace belog mereke yang dah kahwin, mahu pun yang dah ade baby! bagus rakan anda. die tulah menunjukkan sifat motherly die pada usia yang muda. bagus! salah satu care utk mematangkan diri!

"lets delete bekas kekasih! buat semak je ade kat fb aku. hurm"

ketujuh:
tiada lagi menaip msg ketika memandu! jika dulu sering kali menaip msg ketika memandu. kini tidak lagi. mungkin sekarang die lebih minat untuk menjadi pemandu yang berhemah. tidak gemar menaip msg ketika memandu atau menjawab fon ketika memandu. alhamdulillah. pemanduan sebegini yang patut dicontuhi. harap pemanduan sebegini dapat rakan anda kekalkan! pasti penumpang2 dalam keretanye berasa lebih selamat!



ni contuh pemanduan berhemah. wpun co-pilot amik pic. driver masih fokus pada pemanduan! :)

ok. sampai sini dulu tanda2 rakan anda putus cinta. sehingga bertemu kembali. di hari dan waktu yang same di minggu hadapan bersama dr. l0v3. hahaha. :P



notakakiku: kenapa 7 je tanda-tanda rakan anda putus cinta? sbb.. sekarangkan bulan 7. hahaha. x masuk akal! :) bye! nak swim jap!

2 comments:

princeduyong said...

tanda putus cinta...makin kuat makan...

ztsuhaily abdmalib said...

hahaha. betul2. lupe nak masukkan. :) next post la. hehe. :)