Followers

Monday, August 30, 2010

happy merdeka day peeps!

happy merdeka day kowang. :)

aku da lame tak tgk tv. so tak tahu ape iklan merdeka terbaru yang ade kat tv.

tapi ni iklan tv tuk hari merdeka yang paling best!

credit to allahyarhamah yasmin ahmad. :)

video

notakakiku: happy merdeka day! :)

Sunday, August 29, 2010

saper shopaholic angkat tangan!


" menurut kajian, 98% wanita di negare ini adalah shopaholic. iaitu berbelanje melebihi daripada keperluan yang diperlukan"

-sumber: kementerian suke hati aku je nak bagi statistik-

ahaks tersentap tak bace statistik kat atas? haha. itu saje2 je. just nak gambar kan betapa banyak nye kaum wanita di negara kite yang addict pada S H O P P I N G. ye lah, mane tak addict nye, kat malaysia ni berape kali dalam setahun buat sale?hampir setiap bulan ade sale. wow! heaven betul! kan? dan hampir setiap bulan juge, kaum wanita ini turun ke pusat beli belah tuk S H O P P I N G!

oh indahnye shopping! :)

so, hari ni lets kenal pasti mengapa mereke2 shopaholic? termasuk empunye belog nie!

1. nak membantu meningkat ekonomi negare.

haha. tersentap kan point pertama aku. haha. ni mesti ade dalam fikiran shopaholic bile orang tanye nape asyik S H O P P I N G. yelah, mesti korang akan cakap

"shopping dapat membantu meningkat ekonomi negara....bla..bla..bla.. and dapat meningkatkan kadar kdnk negara....bla..bla..bla.. dan aku mmg galakkan kowang-kowang untuk turut S H O P P I N G demi membantu kerajaan dan sape yang terlibat dalam meningkat ekonomi negare. ahaks."

mekaseh kepada shopaholic kerana meningkatkan kdnk negara. ;P

2. mengurangkan kadar pengangguran

ahaks. ni lagi satu point famous. ni pun salah satu modal shopaholic tuk menyelamatkan diri apabila ditanye kenapa asyik shopping. ahaks. n mesti korang explen macam ni.

" bile kt shopping, bile kt serang shopping mall, mesti lah owner kedai tuh perlukan pekerja dalam kuantiti yang banyak. supaya dapat handle bilangan orang yang dtg shopping. so, ini membantu anak-anak muda kite dapat peluang pekerjaan . dan seterusnya mengurangkan statistik pengangguran dinegara ini!"

tanpe shophalic, pasti kadar pengangguran akan terus meningkat. hurm. :(

3. harga runtuh, rugi if tak beli.

sekarang. kebanyakkan shopping complex kat malaysia nie, mmg tiap-tiap bulan die nak kasi sale. tiap2 bulan harga runtuh, harga jatuh. tiap2 bulan sale sehingga 70%. so, ini menarik shopaholic yang ada tuk singgah sebentar ke kedai untuk window shopping. at last tetibe je shopaholic ni ade kat kaunter bayaran tuk bayar. ( ahaks mcm mane leh tibe2. aish. ;P) so, bile orang tanye cam mane leh ade kat kaunter? mesti korang akan jawab mcm ni

" ish. ni sale betul ni. sale up to 70%. rugi betul kalau tak beli. kalau tak beli ni, mesti kat umah nnti nangis sbb menyesal tak beli. so baik beli. takde lah nak menyesal lepas ni. lg pun harga asal die rm 200.00. now da sale 70% tinggal rm 60 je. tak ke murah? ish. rugi betul sape tak beli."

OMGee 90%?? kene borong nie!

4. alasan takde itu. takde ini.

maksud takde itu takde ini ialah mcm korang takde baju kaler pink, so korang nak beli jugak baju kaler pink. so bile jumpe baju kaler pink kat kedai, terus rembat and terus pergi bayar. yang penting korang dah fullfilled kan wish tuk ade baju pink. so, kalau kat dunia ni ade 1000 kaler, 1000 kaler jugak la korang beli. why not beli je baju kaler pelangi. lengkap terus. sume kaler ade. jimat. haha. ;P and bile orang tanye nape beli baju kaler pink. korang akan jawab:

" eh, aku takde kaler pink la. sbb tu aku beli. lagi pun sekarang trend orang pakai baju kaler pink. why not aku ade satu? "

takde baju pink? tu bukan pink ker?
kalau da shopaholic tu shopaholic jugak la. :P

5. kena pakai pakaian yang up to date. baru glamor.

up to date ialah ikut trend semase. so, bile satu mase tuh sume orang pakai dress gi pasar, korang pun nak pakai dress pergi pasar borong chow kit. so, dengan segera korang beli byk2 dress supaya lepas ni senang lah korang gi pasar pakai dress. and bile orang tanye nape beli dress banyak2? korang akan jawab:

" ni trend sekarang lah. dulu dress hanye tuk gi dinner and majlis2 tertentu je. tp sekarang dress da jadi trend tuk orang gi pasar termasuk pasar borong chow kit. tu yang kene beli banyak. satu minggu 7 kali gi pasar, dalam sebulan ade 4 minggu, so aku perlukan 28 dress dalam satu bulan. ahaks"

baru lah glamor kalau pakai dress gi pasar. ;P

sekian je la.

notakakiku: sape yang angkat tangan tadi. bagus. anda mengaku anda shopaholic. so bole la lepas ni anda bole tgk "confessions of a shopaholic" :P


Friday, August 27, 2010

mari berpantang larang sebentar!

hari ni post aku agak kemelayuan. tentang pantang larang kite. maknanya pantang larang melayu.
actually pantang larang kite ade gak yang sama dengan pantang larang kaum-kaum lain. so, x leh nak cakap pantang larang tuh kaum ape yang punye!

before nak proceed. nak tanye. korang ni tahu tak pasal pantang larang? ke ni first time kowang dengar? ahaks. kalau first time. meh aku intro sikit. :)

pantang larang ialah kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan adat dan budaya nenek moyang dan diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi. dengan tujuan-mendidik generasi kini supaya dapat menerapkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian.

ok, dah clear? now nak citer. pasal pantang larang yang pernah nenek ku beritahu. nenek ku mmg pengamal pantang larang yang dahsyat. yelah mungkin nenek ku di besarkan dalam suasana yang berpantang larang sini sana demi menjaga tingkah laku agar tak ter'over'. so, sepanjang penjagaan nenek ku, aku memang dibiasakan dengan pantang larang. (aku rase if aku list kan dari dulu sampai skarang, mungkin setebal kamus oxford fajar. ahaks. terlebiyh sudah)

antara pantang larang yang pemes:

1. jangan bukak payung dalam rumah. dikhuatiri kena panah petir dan juga nanti ular datang.

hurm. aku tak nampak nape wujudnye patang larang nie. adekah mungkin sebab takut payung tuh akan terkena pada kipas atau lampu kat ceiling? tapi ape kaitan bukak payung ngn ular? -_- '

2. jangan menjahit baju di badan sendiri. (baju yang tengah dipakai)

yang ni konfem dah terang kebenarannye. yelah, kalau jahit baju yang tengah pakai, konfem lah ade yang terjahit badan sendiri. mesti ade yang tercucuk and berdarah. so, buat ape nak jahit baju di badan sendiri? nak belajar jadi doktor ismadi kah?

doktor ismadi of ibu mertuaku. ;)

3. jangan potong kuku selepas makan nasi.

ahaks tersentap kan. salu nye pakai belasah je nak potong kuku time bile. sesuka hati je nak potong malam ke, siang ke, subuh ke. janji kuku pendek. tapi menurut nenek ku, orang tue tak kasi potong kuku lepas makan nasi sebab salu nye makan nasi tengah hari, so takut bile potong time petang, takut-takut kite tak berape nak nampak, sebab x cukup cahaya (iaitu petang). so, if nak potong jugak. memang kene bebel ngn nenek cukup2. :(

kan nenek dah ckp,
"jangan buat! jgn bile baru terhantuk baru nak terngadah!"

4.jangan duduk atas bantal.takut nanti punggung berbisul.

sebenarnye pantang larang ni bertujuan menghormati benda yang digunakan dekat kepala. yelah if taruk bantal dekat punggung tak sopan katanye. ahaks. tapi kan skarang hampir sume kerusi, sofa ada bantal. so how? takkan tak leh duduk? :(

duduk atas bantal kang bisul pulok, kang dah bisul padan muke! :P

5. anak dara jangan nyanyi kat dapur, takut dapat suami tua.

ini pantang feberet ku. ahaks. nenek kate jika nyanyi kat dapur dikhuatiri masakan nanti hangus and terlebih masak sebab terleka nyanyi-nyanyi kat dapur. ahaks. tapi aku mmg suka nyanyi kat dapur. dengan harapan dapat suami tua lagi kaya raya. hahaha.

if dapat lelaki tua kaye mcm donal trump. mmg berbaloi nyanyi kat dapur. ;P

okla. sampai sini je la. nnti habis aku komen sume pantang larang nenek. if nenek bace post ni konfem kene sebat kat tengah halaman rumah! adushh. :P

notakakiku: post suke2. bukan nak merendahkan pantang larang nenek. if pantang larang tuh tak bercanggah dengan agama and ada kebenarannye. why not kt ikut? pantang larang kan budaya kite. so, kene lah continue until cucu cicit kite! chowz!

Wednesday, August 25, 2010

jika anda gemuk. anda perlu bangga!


ahaks. tersentap membace tajuk post ari ni. tapi post ni bukan tuk kutuk orang-orang yang gemuk. jika aku kutuk mereke itu bermakna, ku kutuk diri sendiri! aku pun gemok jugak!


mari kite lupe kan segala tohmahan, herdikkan dan ape2 ejekan dari orang sekeliling anda terhadap diri anda. kerana setiap manusia pasti ade kelebihan yang tersendiri! so, hari ni mari kt kenal pasti beberapa kelebihan menjadi orang gemuk!

satu.
jika anda menaiki kerete, anda tentu dapat priority tuk duk depan. bahagian co pilot. dan ketahuilah anda. anda beruntung kerana, air-cond, radio adalah milik anda. dan anda tidak perlu bersempit2 di bahagian belakang ibarat tin sardin yang padat ngn sardinnya!

ni contuh orang gemuk yang dpt duk depan. untungkan die.
sempat bergambar lagi!

dua.
jika anda seorang yang gemuk, pasti anda sering kali dapat title comel bukan? dan anda patut hargainya juge. sbb title tersebut tidak dapat dimilik oleh orang yang kurus! oh, pasti mereke cemburu bila orang lain panggil anda comel! haha.:P

kami tak hot! tapi kami comel!
sile lah cemburu! ;P

tiga.
anda tahu tak anda beruntung! dari segi membeli pakaian, baju seluar dan ape2 yang dinamakan pakaian. maksud pakaian disini ialah pakaian yang dah siap. ready made. kerana pada harga yang sama dengan baju yang bersaiz kecil, anda memiliki lebih kain berbanding baju saiz kecil! haha

empat:
menjadi orang gemuk, mengajar anda erti sabar. yelah. tentu sukar untuk orang gemuk membeli baju di kedai2. dan mungkin ada baju yang anda minat. tp disebabkan kerana ketiadaan saiz. anda tidak membelinya. disini telah terbukti bahawa anda seorang yang pernyabar. lagi tabah dalam mencari baju yang sesuai dengan tubuh badan anda. situasi seperti ini, bukan setakat menjadikan anda seorang yang penyabar, tapi dapat menjadikan anda seorang yang berjimat! bagus nya anda!

lima:
jika anda terlewat ke kelas atau kerja. kerana anda lambat siap. sudah tentu anda akan berjalan dengan kadar yang laju ketika ke kelas. dan sudah tentu anda berpeluh peluh nanti. so, setibanya anda di dalam kelas. pasti lecturer mahupun rakan anda berasa kasihan pada anda. kerana sanggup berpeluh-peluh demi ke kelas! dan pasti lecturer anda akan berasa simpati pada anda dan tak jadi nak marah anda! oh bagus betul jadi orang gemok!

makan itu nikmat!
gemuk itu hanyalah luaran!
tapi, comel itu satu anugerah!
mari berbangga sebentar. ;P

notakakiku: post ni tuk suka-suka aje. takde kaitan dgn mereke yang masih hidup mahupun sudah tiada.

Monday, August 23, 2010

kekonfiusan melanda tentang pemakaian sanggul tinggi ala-ala gunung everest!



hurm. skarang aku ade sikit kekonfiusan. konfius tentang pemakaian sanggul di kalangan wanita. aish. mule2 dengar haram. tak boleh. tapi hari ni. mase blogwalking tadi. ade artikel kate boleh. aisehman.. konfius2. :(

perngharaman sanggul tinggi menggunung mcm gunung everest..

sanggul tinggi dibenarkan la plak.

aku pun mule konfius. :(

tapi bagi ku kan lah. if ade hadith yang sohih kate pasal pengharaman pemakaian sanggul, maka haram lah pemakaian sanggul tuh. lagi pun nape nak bersanggul tinggi? sbb nak nmpk cantik? or sbb nak nampak cam alien berkepale due? ahaks. sbnrnye byk lagi care nak nampak cantik. tak semestinya pakai sanggul tinggi. sanggul rendah or takde sanggul pun cantek jugak.

hadith pemakaian sanggul tinggi.

"Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) "
Hadith - Sahih Muslim, #6840, Narrated Abu Hurayrah

so tak perlu nak tambah lagi dosa yang ada kerana nak nampak cantek. elok2 dah pakai tudung, tapi pakai sanggul. pakai rambut palsu. rambut palsu dah terang-terang haram. nak kate pepatah sudah terang lagi bersuluh. so, nape perlu pakai? tak pakai rambut palsu tuh pun, orang lain kate cantek. so, tak yah bazir duet nak beli rambut palsu or sanggul. baik beli tudung n selendang yang cantek! lagi puas hati! :)

Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata:

Seorang wanita datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Ya Rasulullah saw., aku mempunyai anak perempuan yang akan menjadi pengantin. Ia pernah terkena penyakit campak sehingga rambutnya rontok. Bolehkah aku menyambungnya (dengan rambut lain)? Rasulullah saw. bersabda: Allah mengutuk wanita yang menyambungkan rambut seorang wanita dengan rambut lain dan wanita yang disambungkan rambutnya.
(Shahih Muslim No.3961)

untuk maklumat lanjut. --->>hukum memakai rambut palsu.

ahaks. tinggi betul sanggulnye sampai halang pandangan orang.

notakakiku: amik yang jernih. buang yang keruh. :) or buang yang keruh, amik yang jernih. :P


Sunday, August 22, 2010

mercun oh mercun!

mercun oh mercun!
nape perlu main walaupun sudah diharamkan kerajaan.
nape perlu main walaupun tahu bahaya mengundang.
nape perlu main walaupun kesan nya amat dahsyat!

mercun oh mercun!
kau penyebab mengapa mereke tidak beraya.
kau penyebab mengapa mereke terlantar dihospital.
kau juga penyebab kepada kecacatan mereke.

mercun oh mercun!
sape yang perlu dipersalahkan jika sume ini berlaku?
sape yang perlu dipertanggungjawabkan?
sapa yang perlu dikasihankan?

hurm. mercun oh mercun. kau memang mengundang bahaya lagi maut!

berita mercun oh mercun!

ahad.
22.ogos.2010.
1.30.34 pm.
berita harian


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Kubang Buyung, Cabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui tersangkut pada pokok yang terletak 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah.

Jurucakap bomba yang ditemui di tempat kejadian berkata letupan kuat itu menyebabkan bahagian depan rumah itu musnah sama sekali.

ahad
22.ogos.2010.
utusan.


MUHAMMAD Irwan Mustaffa Abu Bakar,9 terlantar dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah akibat cedera pada mata dipercayai terkena letupan mercun bola ketika umat Islam di negara ini sedang bersiap untuk berbuka puasa, 22 Ogos. - Utusan/AZLANA BAHRUM

Saturday, August 21, 2010

baru nak kenal dunia!


oh penat rasenye! seharian di alamanda carik bju raye tuk anak2 buah, sendiri, aunt dan juga barang dapur! penat + lapar = ujian di bulan ramadhan! hurm. ;(

so, mase lepak kat kedai levi's tadi. amin (anak buah sulung) dan induk ( nenek bongsu) memberikan statement kelakar di siang hari!

amin si troublemaker. ;P

amin: indok! amin nak susu!

indok: nanti lah. indok lupe nak bawak susu.

amin: ala.. amin nak susu jugak! amin nak susu! amin nak susu! ( cubaan tuk menangis)

indok: eh, tengok abang tuh. die tak nangis pun. duk diam aje. (cubaan tuk mengalih fikiran amin)

amin: eh, kenapa abang tuh ade banyak?

aku: itu bukan banyak lah amin. itu kembar lah. ;P

mungkin kerane keluarge kami tiade kembar, make wujudlah statement ini. ;P

banyak = kembar. perspektif dari seorang budak 3 thn. :)

notakakiku: amin si budak baru nak kenal dunia! ;P

Friday, August 20, 2010

menara jam islam, menara jam tertinggi!

assalammualaikum.
arghh. lega rasenye. selepas berbuka tadi. :) so sementara tunggu tarawikh, meh berbelog sebentar. :)

tadi mase on fb. ade member post tentang suatu benda yang boleh di banggakan oleh industri pembinaan di dunia Islam. alhamdulillah. orang Islam hari ini semakin maju. :)

pada 1 ramadhan yang lepas, menara jam diraja mekah telah melakarkan satu sejarah. apabila berdetik secara rasminya pada 12.oo malam 1 ramadhan yang lepas. walaupun menara jam ini masih lagi dalam pembinaan. tapi jam sudah mula berfungsi. dan dikatakan mampu melihat sehingga 17 km jauhnye! oh bangganye!

menara jam diraja mekah terletak di atas bangunan kompleks abraj al bait. dan menara jam ini juga telah melakar kan satu lagi sejarah apabila menjadi menara jam tertinggi di dunia. mengalahkan menara jam big ben di london. dan juga menara jam bangunan abdul samad (ahaks. ni memain aje. :P ). dan menara jam diraja mekah juga berada di posisi no 2 untuk bangunan tertinggi didunia. mengalah kan bangunan 101 tingkat di taipei. dan juga mengalahkan menara kembar petronas! ;P

kedudukan ranking menara jam diraja mekah. :)

ok, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi tahu tentang kos menara jam ini. ini adalah kerana saya QS! ;P menara jam ini dibina dengan kos 3 billion USD! byk kan. mcm mane la QS die buat kerja. mesti pening! aish.

menara jam diraja mekah yang masih dalam pembinaan. :)

huhu. berikut ade lah fun fact mengenai menara jam diraja mekah!

  • mempunyai floor area terbesar di dunia; iaitu dengan keluasan 1,500,000 sq meter = 271 buah pdg american football
  • hotel di kompoleks ini ade 1005 bilik
  • dan ada 76 lift
  • 5 tingkat di raja.
  • 2 tingkat emas aka golden floors
  • 1 suite yang luasnya same dengan 9 buah basket ball court! (omg! luasss!)
  • clock face at each side of the tower. adalah 5 kali lebih besar daripada big ben! ( omg besar giler)
  • di atas menara jam diraja akan ada replika bulan sabit yang merupakan lambang agama Islam. :)
menara jam diraja mekah apabila siap nanti!

notakakiku: satu lagi sejarah dalam islamic construction industry. and sejarah ini adalah satu kebanggaan! ;) mudah2an kite sume dapat manafaat dari nye. :)

Wednesday, August 18, 2010

subhanallah.

subhanallah.

hurm. subhanallah! itu je lah yang mampu ku ucapkan tiap kali aku lihat kebesaran yang maha Esa. malam nie. aku tak tahu nak buat ape. so aku main search kat uncle google. seronok gak la. mampu buat aku tertawa dan terpegun!

so, aku pun search la Allah's miracle. tiada ape yang mampu ku ulas. sume nye tertulis. sume nye kerana kebesaran yang maha Esa. subhanallah. berikut ade lah hasil pencarian aku.

kalimah Allah pada urat tangan :)

kalimah Allah pada bulu pelapah burung. :)

kalimah Allah pada warna daun.

kalimah Allah pada ombak laut. ketika tsunami melanda acheh. subhanallah. pasti ade sebab mengapa berlakunye keajaiban ini. sesungguhnya Allah maha mengetahui.

kalimah Allah pada urat daging. :)

ni ade video dan beberapa keping gmbr lagi tentang ALLAH'S MIRACLE. :)

smoge kt dpt sedikit sebanyak pengajaran dari sini. mungkin ade byk lagi keajaiban yang ade. cume kite sedar atau pun tidak. wallahualam. :)

notakakiku: bermuhasabah diri sebentar. subhanallah. sungguh indah ciptaan ALLAH. :)

Tuesday, August 17, 2010

mencarik tajuk thesis ibarat mencari calon suami!

ok. aku mmg tgh pening! pening! pening gilerz!

pening nak carik topik tuk thesis! thesis merupakan latihan ilmiah bagi pelajar tahun akhir. so, kene ade topik. n diskus topik tuh sampai jumpe solution or sampai kau punye objektif tercapai. tapi skarang ni. jgn kate objektif. topik thesis pun aku takde! aduyai! pening!
thesis in 3min?? gilo apo?
setahun pun lom tentu siap!

aku dah almost give up nak carik tajuk thesis! sbb susahnye ibarat mencarik calon suami. kene tahu ape yang kite minat, ape yang kite nak, ape yang kite suke. baru senang hati nak buat thesis. mcm tuh jugak la carik calon suami. kt kene tahu laki camne kt minat, kt suke. then baru lah boleh kahwin! weeehoooo!

carik punye carik. rase mcm da ade topik yang kite minat. tapi kene research dulu, takot2 susah nak dpt info. takot susah orang berkenaan nak bagi kerja same ngn kite. mcm tuh jugak la ngn kahwin. bile kt dah minat sowang laki, kt kene tahu back ground die dulu. keje ape. single ke duda? belajar sampai mane? yelah, sume ni penting. supaye lepas kahwin xde la masalah2 pelik spt tetibe je orang ngaku suami kite tuh suami die. tak ke naye. tak pun orang tepon nak tarik keta. sbb tak bayar keta! aduyai! naye. naye

mcm mane lah nak carik calon suami? anyone leh tolong?

bile dah jumpe topik yang hampir-hampir konfem. tetibe je hati rase cam tak berape nak sedap! yelah takot jugak kalau. tetibe tgh2 buat thesis. aku rase give up tak nak buat. buat separuh jalan aje. aduss. ini mmg kene extent lagi setahun. mmg best la buat thesis semula! masyukk habis. mcm tuh jugak la ngn kahwin. buatnye time2 da nak nikah. tibe2 je rase tak mo kahwin. sbb takot tak leh nak jage orang lain. sbb tak reti masak. sbb tak reti jahit n ape2 lagi la masalah. hurm.. mmg pening. thesis mmg tak senang spt yang disangke! aduss!

so, skarang aku pakai hantar je topik ape yang aku jumpe. aku harap lepas ni lecturer leh bg idea skit. hurm. susahnye thesis! T.T

notakakiku: kalau thesis pun dah terkial-kial nak buat. mcm mane nak kahwin?

Monday, August 16, 2010

spesis kejam ialah spesis yang buang anak!


hurm.di waktu petang yang sejuk. dan diikuti hujan lebat. mmg waktu yang best tuk bace paper. wpun agak kelewatan. tapi takpe. berita ttp berita. :)

so hari ni terpanggil tuk tulis post tentang orang yang takde otak yang sesuke hati nak buang anak ibarat buang politerin lepas makan nasi goreng. bersepah sane sini. berbungkus sane sini. ape lah nak jadi ngan orang2 yang spesis spastik macam nie. takde rase sedih dan pilu ke buang anak darah daging sendiri di merata- rata tempat. tak rase berdosa ke mereka ini? hurm.




berita harian :

Pasangan kekasih mengaku bersalah buang bayi perempuan di Melaka (16 ogos 2010)


rase sedih sgt tgk baby tuh kene buang. tapi berita buang baby nie da jadi satu fenomena. n orang pun dah makin lali dengar berita ni. tapi nak wat macam mane. spesis orang yang suke ibaratkan anak kandungan sendiri ibarat sampah masih bersepah kat luar sane tuh. hurm. kasihan baby itu. ape lah dosa yang mereke lakukan sehingga diperlakukan sebegini oleh ayah dan ibu mereke sendiri. sedih rasenye.

orang lain yang dah kahwin 5-10 tahun susah nak dapat baby, mereke, spesis2 tak guna nie senang2 dapat baby, senang2 buang baby. hurm. tak bersyukur mereke ini. tak hargai akan rezeki yang dikurniakan ilahi. jika anak itu hasil kesilapan mereke, jangan la hukum baby itu sebegitu rupa. jangan la ditambah kesilapan yang telah dibuat. buang anak itu satu kesilapan! kesilapan besar. anak itu membawa rezeki bukan bawa malang. pasti ape yang berlaku ade sebabnya. pasti ade hikmahnye.

spesis pembuang anak, dan sape2. tolong la. jgn buat perkara seperti ini. sedih. pilu. tak larat nak bersedih dgn berita-berita seperti ini. aku malas nak ungkit berita-berita yang ade. korang leh google. tgk la bertapa kejam nye spesis yang takde peri kemanusiaan ini. smoga Allah merahmati baby yang dibuang oleh spesis kejam ni!

(lagu ni mmg menusuk kalbu!)

notakakiku: saya prihatin. anda bagaimana? maaf tak letak gmbr yg byk. tak sanggup nak google. sedih pilu hati. T.T

Saturday, August 14, 2010

list mengidam di bulan puase!

selamat berpuase sume! :)
selamar berbuka juger!
selamat bertarawikh juger!
:)

akhirnye bulan ramadhan datang kembali! yeay! tak sabar nak raye. tak sabar nak anyam ketupat, bakar lemang, kupas kelapa! hehe. :) but before raye kene puase sebulan dulu ( sebulan ke? ;P)

time2 petang mcm ni. mmg sume orang akan rase nikmat berpuase. yelah, time ni perut akan berbunyi, menyanyikan pelbagai lagu. menandakan jus gaster dlm perut dirembeskan! dan menandakan perut kosong! huhu :P

time2 perut kosong ni la mmg seswai sgt kt buat list mengidam di bulan puase!

1. lempeng!
ohmgee. lempeng makanan feberet ku dan keturunan ku. haha. lempeng mmg masyuk di makan. time buka mahupun sahur. :P sekeping sudah memadai buat perut kenyang lagi kebontang. hehe. lempeng panas n tambah planta skit. pastu masak garing sikit! ohmgee. mmg sedap!



2. kuih tepung pelita!
oh, kueh ini sgt sedap! sedap sehingga tak mahu share ngn orang lain. (mak aihh kedekut betul! ) tp kuih ni mmg sedap. sedap sgt! sedap tak terkire. and lagi sedap kalau takde tangan gatal nak curik kuih ni. :P


3.kek batik
da lame tak makan kek ni. dulu salu gak makan. sbb kak aina rajin buat. now kak aina tgh sarat. so susah sikit nak buat. ahaks. tp kek ni sedap giler. kalau manis n pahit2 koko skit. masyuk habiss!



4. air tebu.
air tebu mmg sedap di minum ketika betul2 nak buka. mmg hilang segala kehausan bile air tebu masuk dlm mulut. owh mmg sedap! ish, ni bukan takde kat bazar, tapi mmg tak dapat nak gi bazaar. sibuk je. lagi pun bazaar ramai lah. malas betul nak pergi. kalau ade orang beli kan pasti lebih masyuk! hehe. :)



5. popiah
ini mmg kuih wajib ade time buka kat rumah ! popiah basah especially. satu family mmg suke giler popiah! especially along. n mmg die je tukang beli kueh nie. huhu. rindu nye kueh nie. T.T bile la nak buka kat rumah! :( (homesick jap. :( )



6. ayam golek!
ayam golek paling sedap kat melaka. omg mmg sedap. kat tanjung puteri. owh mmg best. ayam die mmg cepat je habis. kalau nak order bukan lame menunggu. berejam2. siap amik nombor. tapi bile makan. laju je habis. kejap je dah licin pinggan. :P



7. satar.
tak tau la mcm mane nak eja. kalau salah bagi tahu. tapi ini mmg dah lame mengidam. siyes. last makan mase dtg kelantan time angah tunang. which is da 3 tahun. lame kan? tapi siyes. kalau sampai sane. ini mmg makanan wajib kene makan. sbb sedap sgt! boleh mengadap satar tanpe nasi. hehe. sukeee nyee! n sape2 tahu kat area kl ade jual satar. bg tahu la. mane tahu leh try. hehe. :)



notakakiku: ok. cukup. sampai.sini. dah tak larat nak citer. air liur dah meleleh da ni. huhu. k la gtg! nak buka ngn skshas 9601~ :)

Wednesday, August 11, 2010

lets terjah cuci the musical!

cuci the musical 2

tarikh : ahad lepas ( 8 ogos)
masa: 830 mlm.
tempat : istana budaya!

cuci the musical 2. sangat lah best! masyuk! hans ensem giler! awie cute giler! jac comel giler! nabil n afdlin lawak giler! cuci the musical 2 mmg must watch theater!

akhirnye impian ku, sakinah terlaksana juger. last year ktorg terlepas nak tgk cuci the musical, so tahun nie akhirnye wishlist kiteorg fulfilled jugak. alhamdulillah. hehe. berkat doa dan usaha semue orang. akhirnye dapat gak kami tonton cuci the musical 2. yeayyy! :D

overall persembahan cuci mmg best! tak tipu! hans and vanida mmg such a romantic couple on town! awie and jac lah mmg couple yang comel giler. hehe. tak sangka jac sbnarnye secomel itu. huhu. :) afdlin and nabil pun tak kurang habatnye. best lawak mereke! two thumbs up! :)

nabil yang kelakar giler! :)

omgee! hans mmg ensem! cair.cair. cair. :)

after the show, ade session amik gmbr n sign dgn artis2 cuci the musical 2. mule2 tak nak amik gmbr ngn dieorg, just nak snap gmbr dieorang je. :D but then, tunggu punye tunggu, dapat jugak amik gmbr dengan dieorang. yeay! tapi, gmbr hans n nabil je tak sempat. cuz dieorang dah sangat-sangat penat! sedih. :( tp takpe dapat jumpe pun kire orait! hehe. :)

vanida and jac. wpun da penat still leh senyum. thanx sgt2. :)

nmpk sgt dieorg penat. kasihan mereke. :(

papepun, team cuci mmg best! dan all out time show tuh. huhu. congrats team cuci!

notakakiku: cuci mmg best! nak tgk cuci lagik! but, if ade baik punya cilok the musical pun best jugak! hehe. :D

Sunday, August 08, 2010

orang lain konvo. aku yang gembira!

yeayy! semalam selamat sudah senior-senior tercinta ku grad! alhamdulillah. akhirnye segulung ijazah sudah ada di dalam genggaman! tahniah. tahniah. tahniah!


wpun kami tak grad. kami dpt jugak jmbgn bunge. haha. :P

masih bergambar dgn jambangan bunge! :P

pasti mereke sedang bergembira apabila sudah tamat belajar. kerana no assignment! no thesis! and paling penting! no class! weehooo. seronoknye. hehe. tapi, pasti gak ade kerisauan di hati mereke, yelah. skarang dah masuk alam carik duet poket sendiri. alam mengerah keringat tuk dpt gaji. dan juga alam membanting tulang 4 kerat! ;P so pasti ade diantare mereke yang masih mencari kerja yang seswai dengan ijazah yang mereke ade. dan ade juge yang diantare mereke yang dan ade keje. so congrats senior! :)

senior qs. buddyku baju kuning. :D congrats!

semalam merupakan hari konvokesyen buat senior alam bina, akademi pengajian islam, dan kejuruteraan! so, kami (junior alam bina) dtg ke DTC tuk turut same meraikan mereke! (next year turn ktorg. sudi2lah dtg. hehe. :P)

gembira rasenye bile tgk mereke grad. gembira rasenye tgk mereke happy. tgk family mereke happy. tgk mereke pegang jambangan bunge. wahh bahagia rasenye. tak sabar nak grad jugak! hehe. tak sabar nak org amik gmbr ngn kt. ahaks. berangan la plak. hehe back to the track. smlm susah gak tuk aku and huda mencari buddy kami. kami kongsi buddy. kak marina namenye. :) so setelah puas berlegar2 mencari buddy. akhirnye jumpe jugak! yeay! :)

-maaf tiade gmbr. belum uplod. :(

so bagi la sedikit buah tangan tanda tahniah buat buddy. dah juge tanda terima kasih atas sudi jadi buddy kami. n bagi notes kat kami! hehe. mekaseh kak marina! jasamu akan ku kenang! yeah!

berehat seketika die persada booth. :)

notakakiku: pesta konvokesyen 2011 univ malaya . here i come! :)