Followers

Sunday, August 22, 2010

mercun oh mercun!

mercun oh mercun!
nape perlu main walaupun sudah diharamkan kerajaan.
nape perlu main walaupun tahu bahaya mengundang.
nape perlu main walaupun kesan nya amat dahsyat!

mercun oh mercun!
kau penyebab mengapa mereke tidak beraya.
kau penyebab mengapa mereke terlantar dihospital.
kau juga penyebab kepada kecacatan mereke.

mercun oh mercun!
sape yang perlu dipersalahkan jika sume ini berlaku?
sape yang perlu dipertanggungjawabkan?
sapa yang perlu dikasihankan?

hurm. mercun oh mercun. kau memang mengundang bahaya lagi maut!

berita mercun oh mercun!

ahad.
22.ogos.2010.
1.30.34 pm.
berita harian


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Kubang Buyung, Cabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui tersangkut pada pokok yang terletak 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah.

Jurucakap bomba yang ditemui di tempat kejadian berkata letupan kuat itu menyebabkan bahagian depan rumah itu musnah sama sekali.

ahad
22.ogos.2010.
utusan.


MUHAMMAD Irwan Mustaffa Abu Bakar,9 terlantar dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah akibat cedera pada mata dipercayai terkena letupan mercun bola ketika umat Islam di negara ini sedang bersiap untuk berbuka puasa, 22 Ogos. - Utusan/AZLANA BAHRUM

4 comments:

SyerAgh said...

orang main mercun kat blok aku.. rasa nak hentak je dengan mercun.. geram2

ztsuhaily abdmalib said...

ahaks. biase lah tuh. bende yang kt larang lagi la orang nak wat.

sabar je la.

nnti die da kene. tahu la die berhenti. :P

nur anis said...

bunyi mercun meriah..haha

ztsuhaily abdmalib said...

haha. tanpe mercun raye tetap meriah! :P
say no to mercun!