Followers

Tuesday, September 07, 2010

kad raya dan revolusinya!

dah berkurun rasenya tak dpt kad raya daripada peminat2. (ada peminat ker? ) takdelah. memain aje. maksudnye rakan2 dan kengkawan yang jauh n dekat! :) kalau dulu, siap bergaduh adik beradik kire kad raya sape paling banyak. tapi kini tiada lagi. sume tuh dah jadi sejarah aje. kad raya yang dulu2 pun letak mane ntah. almaklum la rumah dah berapa kali banjir pastu pindah randah lagi. konfem ade yang hilang. hurm

ade berapa hari je lagi sebelum bulan ramadan pergi dan bulan syawal pula yang bertandang. (mode sedih la plak) sedih rasenye ramadan nak tinggalkan kite sume. moga-moga diberi kesempatan olehNya untuk merasai ramadan akan datang. amiin. :)

so, hari ni jom kite tgk revolusi kad raya semenjak aku dilahirkan hingge ke hari ini. :)

1. kad raya.
kad raya lah yang paling ade sentimental value. sbb kene pergi kedai, beli kad, tulis ucapan, decorate sikit2, beli setem, and poskan. panjang kan proses die? tu yang sekali dapat kad raya, rase cam nak menjerit kegembiraan! yeay!!! tapi now, da jarang da tgk orang hantar kad raya. tak tahu la mungkin sbb sekarang mcm dah besar gajah and tak perlu ber kad raya. or mungkin juger da tak trend nak hantar kad raya. :(

kad raya punya sentimental value yang tersendiri! :)

2. kad raya digital.
bile dah besar sikit. sume orang ade emel. so time tuh sume batak nak hantar kad raya gune emel. atau name lain die kad raya e-card. care ni mudah skit la. sebab hanye perlu search kat uncle google, then pilih2. then terus taip ucapan n emel. then terus hantar. so jimat masa la sikit. x yah gi kedai, tak yah gi pejabat pos. tapi sentimental value die kureng la sikit. sbb tak leh nak menunjuk depan adik beradik yg lain!

antara e-card tuk hari raya! :)

3. sms raya.
bile sume orang dah mampu. sume orang ade henpon. tak kire la henpon murah ke hempon mahal ke. janji henpon. leh sms leh call. dah cukop. :) so, bile nak dekat raya tuh mule la sms masuk mcm nak giler sampai jem henpon. sampai jem line maxis n celcom sume. mcm2 bentuk sms raya ade. yang lawak, yang sedih, yang bergambar, yang jawi, bahasa jawa sume ade lah. kretip betul orang zaman sekarang nie. :) so b4 nak raye tuh kene topup byk2 sbb kene reply sume sms yang kt dpt. :)

sms raya. mudah dan pantas. :)

4. kad raya buatan sendiri dlm facebook.
ini paling trend terkini. hampir sume orang kat malaysia ade facebook. so kalau nak jimat masa, jimat duit. kad raya buatan sendiri adelah pilhan yang tepat. hanye perlu mahir photoshop, picasa. so edit2 sikit. taruk gambar sendiri,ucapan sendiri, lepas tu tag kawan-kawan anda. senangkan? mudah cepat dan lebih praktikal. tp, cume sentimental value die kureng la sikit. :( tp stil dapat menjadi medium anda tuk wish hari raya kat kawan-kawan anda!

kad raya di fb. trend mude mudi. :)

notakakiku: x kisah la gune ape. kad raya, sms, emel, or fb. janji dpt wish
SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

4 comments:

che fara said...

dah lama tak menghantar kad raye..asik sms je.hehe.

Anonymous said...

betul2. rindu akan kad raya! :)

eyna_chan said...

haha..btol3..
:D

converse said...

selamat hari raya sume! :)