Followers

Sunday, October 31, 2010

adekah lelaki mempunyai masalah komunikasi?

ok, ini bukan nak jadi seksis atau ape. just nak tanye pendapat aje. 
bukan ape, setelah aku hidup 21 tahun nie.
daripada pemerhatian aku, 
aku nampak laki mcm ade masalah komunikasi yang amatlah kritikal lagi membimbangkan.
dan kalau masalah komunikasi ini tidak dibendung lagi dibanteras,
ini akan mendatangkan permasalahan terhadap kaum wanita!

masalah komunikasi disini ialah, 
bukannye antara wanita dan lelaki.
tapi masalah komunikasi antara laki dengan laki.
adusshh
mane la kami kaum wanita tak pening.
bile kami mintak mereke menyampaikan sesuatu pesanan kepada kaum lelaki yang lain
pasti ade saje alasan dan malas nak berkomunikasi

susah sangat ke nak berkomunikasi among lelaki?
adekah sebab ego lelaki membuatkan mereke tidak mahu berkomunikasi?
adussshhh pening2.

masalah komunikasi antare lelaki berada dlm tahap kritikal!

ok, aku bukan saje cakap.
tp aku tulis. :P
tak.tak. 
ini sume mmg berdasarkan permerhatian dan pengalaman aku sendiri. 

contoh situasi adelah seperti berikut:

1. masalah komunikasi lelaki dengan kawan lelakinye

zetty: ahmad, jom makan malam nie?
ahmad: bole jew. jom la. nak makan mane?
zetty: makan restoren ABC aje la.
ahmad: orait aje! kul berapa nak pi?
zetty: lepas isyak la. pastu kau ajak la ali dan abu sekali ok?
ahmad: ala. kau ajak la. 
zetty: ali dan abu kan jiran sebelah bilik aje. takkan takleh nak jerit? 
ahmad: kau ajak la .
zetty: uiks? 

2. masalah komunikasi lelaki dengan kawan lelakinye (part 2)

ahmad: weh zetty, apesal tak bg tahu kelas batal?
zetty: aku kan da msg kat amin tadi. takkan amin tak bg tau
ahmad: mane ade.
zetty: laa. kau ngn amin kan sebilik, takkan itu pun takleh nak bg taw.
ahmad: lain kali kau msg je due2 senang.
zetty: kau ingat aku gabenor bank negare? byk kredit?

3. masalah komunikasi lelaki dan saudara lelakinye

zetty: anchik, kau bile nak balik rumah?
anchik: tak tau la. angah tak bg taw.
zetty: gi la tanye angah, tanye die bile nak balik rumah. kate kat die ibu tanye.
anchik: ala. kau msg je la angah.
zetty: aik? kau kan satu rumah dengan angah. takkan tak leh nak gi tanye kot?

itu la antara masalah komunikasi among lelaki.
pelik betul
tapi itu lah kenyataan. 
percaya atau tidak, 
lelaki mmg ade masalah komunikasi.

notakakiku: yang ade masalah komunikasi adelah kaum adam . tapi yang kene kesan die.... kaum wanita!

Saturday, October 30, 2010

cerita kahwin yang sweett! kene baceee! please bace!

ok. aku just nak share. kisah yang sweeeet sangat2. sile lah bace. bessstt sangattt kottt!!! nak suami macam ni jugakkk! romantik la jugak. ahakss..


ni kisah die. kisah ni aku jumpe kat facebook. kisah suami aku nih..


.
.
.
.



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Friday, October 29, 2010

kelantan vs negeri sembilan. mane korang pilih???

kelantan vs negeri sembilan.
mase aku taip kelantan vs negeri sembilan rase cam case law plak. 
yelah mcm plaintiff against defendant. 
haha. kalau MR. CONSTRUCTION LAW tahu
yang aku salu pikir pasal law
sampai tengok bola pun pikir law
pasti die berbangga dpt anak murid mcm aku.
konfem dapat A++++ 
exam nnti! 

ok2, back to the topik. 
sebenarnya aku nak citer pasal bola.
since esok final,
yg lawan plak adelah
kelantan vs negeri sembilan,
so aku rase mcm nak sokong negeri sembilan!
yeayyyy


aku sokong bukan sebab adik beradik kembar yang hot lagi hensem tuh
tapi mmg aku ade bau bau bacang dengan negeri sembilan.
kampung aku kat melako
tapi speaking nogori.
so ade kaitan la kan???
so ape salahnye sokong negeri sembilan kan??
ahakss.

since aku tak dpt nak tgk bola esok, 
kalau korang tahu sape menang, 
sile lah update kat aku.
sbb aku tak balik rumah
dok hostel diam-diam
buat thesis.
n sini ade tv, tp aku tak rase tv blok perempuan 
dieorang nak bukak bola.

hurm. xpela. kalau tak dpt tgk tv.
tggu aje kat status fb. 
mesti ade orang tulis punyee
haha. :) oklah chowz~

notakakiku: teringat zaman world cup dulu. takziah buat paul the octopus. :(

Thursday, October 28, 2010

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Tuesday, October 26, 2010

kenape saya on air 24 jam!

ni lah gambar orang yang tengah on air lagi syok sendiri!

mesti ade yang konfius dengan maksud on airon air disini maksudnye pakai earphone, headphone tapi bukan hand phone. then, pastu pasang lagu kuat2.  sampai rase mcm leh headbanging sekali! bile dah pasang lagu kuat-kuat. mane leh dengar segala bunyi-bunyian disekeliling sampai kalau rumet sendiri nak panggil pun terpaksa buzz kat ym, chat kat fb, post wall kat fb mahupun baling je teddy bear kat aku.  haha.itu lah padah ber on air. :P 

aku mmg suke on air dimane-mane ketika belajar, dalam kelas, dalam library,  ketika baring, ketika tidur mahupun ketika berjalan nak balik rumah! ahaks. on air mmg best!

so sbenarnye, ade byk sbb aku on air.

1. on air itu nikmat!
siyes! on air itu memang nikmat. lagi-lagi kalau layan feberet! eminem, paramore,linkin park, flo rida. oh memang masyuk. pasang lagu feberet, lepas tu valume kasi pecah telinga, kalau tahu lirik lagi best. rase cam dalam jamban redbox aje. haha.

2.on air it cool a.k.a kewl.
siyes, bagi aku pasang earphone kat telinga (takkan kat hidung kot) nampak cool. rase cam memang cool habis. takde lah nampak mcm sedih or lonely jer. especially time nak balik rumah naek ktm sensorang. pastu nyanyi sendirian. haha pastu bile hand phone  dlm handbag berbunyi langsung tak dengar. tak pasal-pasal orang dlm ktm dpt dengar lagu free. haha. :)

3. malas nak dengar orang bergosip
hahaha. kalau sape2 diseliling anda tengah bergosip a.k.a mengumpat secare berjemaah. adalah lebih elok kite ber on air. kurang sikit 0.01% dosa kite. ahaks. lagi best kalau kite ber on air time mereke gelak-gelak secare mengilai yag sungguh anoyying. hurm, pasang lagu kuat-kuat pun tak sakit telinga macam dengar mereke mengilai! ahaks

4. kalau dah penakut tuh, penakut jugak la.
aku selalu stay up malam. ingin aku highlight kat sini, stay up malam tidak bermaksud study, buat assignment, buat thesis. tapi lebih kepada berfacebooking, ber ym-ing, bertumblr-ing, berblogging! so disebabkan lokasi bilik sy amat lah hujung dunia. so, agak sedikit sekari mari (scary merry). maka dengan ini, ber on air adelah care terbaik, untuk mengelakkan anda drpd diselubungi misteri. ahaks!

so sesiapa nak berguru dengan guru on air sile layari facebook saya atau pun komen kat sini. hahaha. (tetibe rase nak poyoss jap! ) :P

notakakiku: on air itu nikmat. on air itu cool. jom on air! :)

Monday, October 25, 2010

wanita-wanita: marilah amik ikhtibar dari kisah ini.

mari kite hayati satu kisah tentang wanita. :)


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a., Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan..

Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah,. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi., Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1. Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya).

2. Pohon Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

4. Yang terakhir, Pohon Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja .


Ambillah pengajaran dari Pohon Semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil....





notakakiku: sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. :)


Friday, October 22, 2010

saye rindukan MIRC!

oh tidak! saya sangat rindukan MIRC!
anda tahu MIRC?
anda pernah join MIRC?
anda pernah tipu dalam MIRC?
kalau jawapan anda ade lah 'ya' untuk sume soklan diatas,
anda memang geng saye!
hahaha
:P

ni lah MIRC

oh saya memang rindukan MIRC sangat2
disitu lah tempat carik boifren,
tempat carik skandal,
tempat carik kawan,
tempat carik teman bergayut!
oh memang rindukan MIRC!

mase chat kat MIRC
adelah mase yang paling selalu tipu
hari-hari online kat mirc
hari-hari lah menipu
menipu je keje
kerjenye menipu je bile dalam mirc
dari umur, tempat tinggal, nama, ape tah lagi no fon!
hahaha
tapi satu jer yang tak tipu
pasal jantina
kalau tipu camne nak dpt boifren?
;P

now, da lame da tak main mirc.
da lame tak chat dengan stranger
da tak tahu kat mane ade tempat mcm mirc lagi
tempat tuk menipu
tempat tuk kelentong
hahaha. mirc memang best!

sekarang ade facebook, twitter
lagi advance
lagi mcm2 application ade
tapi tak leh nak tipu sangat
sbb sume dlm friendlist adelah kawan-kawan
n family
so takkan nak tipu!
tak masyukk!

so, sape2 ade link atau tahu mane2 tempat yang seangkatan dengan mirc,
bagi tahu la yer!
teringin sangat nak menipu semula! hahah
tak.tak teringin nak chatting dengan stranger lagi.
boleh jumpe mcm2orang!
ahaks!
:P

notakakiku: sedih skandal best2 yang jumpe kat mirc dah lost contact . akibat kehilangan fon! dem! :(

Thursday, October 21, 2010

kempen membenteras penceroboh daripada menceroboh facebook anda!

aku hari ini. 
dengan bangga nye menyeru rakyat jelata
agar join kempen membenteras penceroboh daripada menceroboh facebook anda!

adakah facebook anda pernah diceroboh?
seperti ini?
ni la antara kes2 pencerobohan yang dahsyat!
memang lah aku bangga jadi anak malaysia
tapi takde la sampai nak bg tahu sekampung
nnti orang kate 
"patriotik sangat la plak minah ni.bulan merdeka dah abis tapi still nak berpatriotik plak"
adush.
aku jugak yang kene nnti! ;P





ni lak cubaan kedua oleh budak kecik name amin
ade ke patut maen game kat facebook aku.
pastu gi publish kat wall.
aduhai.
nasib baik die publish yang die menang. 
kalau publish yang die kalah
wat malu den yo. ;P
ni pulak cubaan terbaru oleh penceroboh yang paling digeruni
mmg aku menyesal sangat bagi dieorang pinjam henpon
ingatkan bagi pinjam henpon tuk bende berpekdah
rupanye lain jadinye
harapkan pagar, pagar makan padi!
harapkan rumet. rumet ceroboh fb aku!
da la tulis status mcm artis mane je.
wat malu den yo! 

so, dengan ini, aku menyeru sume orang supaya jauhi diri anda, laptop anda, henpon anda, daripada penceroboh-penceroboh marabahaya macam ni!
hahaha
:P

notakakiku: membenteras penceroboh tanggungjawab bersama! ;P

Wednesday, October 20, 2010

toilet seats are the best thinking chair in the world!



sape setuju angkat tangan! :)

aku pasti mesti korang setuju ngan statement ni!
tapi before aku cite lebih panjang,
aku kene pastikan minda korang tidak memikirkan 
benda-benda yang tidak berape nak selera tentang toilet seats ni. ok?

contuh toilet seat yang bersih!
toilet seats. kau ilhamku! ;P

now dah bole citer.
aku sure mesti time korang duduk kat toilet seats
mesti korang akan terpikir
ape nak buat lepas nie?
ade lagi ke assignment yang nak kene hantar?
ade tak orang komen kat facebuk?
ade tak orang singgah belog korang?
baju nak basuh bile?
ha... sure mesti salah satu drpd ape yang aku listkan kat atas tu.
sure korang terpikir! :)

so, bile dah pikir beberape perkara,
lepastu korang mesti akan susun beberapa strategi untuk settlekan perkare2 yang dah korang pikirkan tadi
lepas ni nak buat ape?
lepas tu nak buat ape?
lepas dah pastikan kelancaran dan kebersanan strategi korang.
barulah lega rase di hati
dan senyuman lega pula singgah dibibir
and last sekali pasti fikiran kauorang menjadi lebih tenang!
bile dah tenang leh la.... ehem2 dengan lega!
ahaks!

dah habis pikirkan ape benda nak buat,
dah habis pikir strategi tuk settlekan sume bende tu
n dah habis kerja korang kat toilet seats tu
pastikan anda jangan lupe flashhh!!!!!!
hahaha
jagelah kebersihan toilet seats bersama!

toilet seats anda toilet seats kami juger! 
ahakss!


Toilet Tee

mekaseh kepada googlygooeyes! :)


notakakiku: chowzz~ ;P hidup toilet seats! 

Monday, October 18, 2010

dedikasi khas untuk the internet addict!

The Internet Addict: The Correlation Between Mood & Signal Strength :P
                                                                                        sumber: Googly Gooeys

inilah terjadi pada budak zaman sekarang.
sume nak berinternet aje!
pagi petang siang malam
di bilik,kelas,starbucks,train, tandas
sume nak berinternet.
berinternet sentiase!
ape la nak jadi dengan budak zaman sekarang nie. aish. ;P

so, bile dah selalu berinternet....
ini pula yang akan terjadi....

Fact of the Day #25: These days, people are into writing autobiographies.
More stuff about the internet here.
                                                                                       sumber: Googly Gooeys

sentiase nak hupdate ape yang kite buat.
kat facebook, twitter, tumblr, blog, friendster, ym
sume nak update.
setiap lime minit ade je benda nak update.
bagus betul.
memang seorang yang addicted dengan life diri sendiri.
:P

so, bile selalu berinternet...
pasti student-student akan TERlambat nak buat assignment
last minute baru nak siapkan assignment.
sudah tentu susah nak siapkan assignment dlm waktu yang kejap..
ni tips die...

How to Survive the Eve of a Deadline 
                                                                                           sumber: Googly Gooeys

hahaa. sile lah try! pasti berkesan!
ahaks.
:)
selamat berinternet!

notakakiku: sume orang kaki internet! :)

Saturday, October 16, 2010

hargailah mereke selagi mereke ade!

sudah berkurun lame bilik anak dara kat rumah ni terbengkalai atau dalam omputihnye under construction. so, malam nie, aku a.k.a empunye bilik itu telah berkerjasama dengan beberapa sub-contractor aku untuk mengemas bilik aku. owh memang sungguh disaster bilik itu! (naseb baek tak amik gambar, kalau tak lari sume bakal mentua aku! )

tapi setelah dikemaskinikan bilik aku yang disaster kepada bilik yang permai lagi indah. aku telah jumpe beberapa bende yang mengingatkan aku tentang mase lampau! oh sedih sungguh hatiku ini (opps teremosi pulak!)

first bende aku jumpe. diary time mrsm. owh segala bende aku tulis. dari markah ujian selaras, ape yang masuk time ujian, birthday kawan-kawan dan jugak birthday family terutama ayah. :( mase bulan mac tahun 2006. aku tulis ....

selamat hari jadi ayah.
semoga ayah panjang umur dan murah rezeki.
ety akan cube jadi anak yang baik tuk ayah.

lepas tu bile masuk bulan 3 jun tahun 2006. aku tulis...

ayah masuk hospital hari ni. 
hospital kuala terengganu.
ayah meninggal pagi.
harap ayah ampunkan dosa-dosa ety 
dan halalkan makan minum ety.

sungguh tak sangka akan pemergiannye. time tuh aku dah amik trial spm. ayah tak sempat nak tgk result trial spm aku. :(

tapi mase hari terakhir trial spm.  selalunye selepas solat suboh, aku akan tepon rumah. dan selalunye ibu yang angkat.mungkin telah ditakdirkan ilahi, ayah yang angkat tepon. sebab ibu tengah solat. so, antara malu dan segan, aku luahkan ape yang selalu aku cakap kat ibu. aku cakap...

ayah. ety nak exam hari ini.hari ni last paper tuk trial. doakan ety. ety mintak maaf dekat ayah and ibu. sampaikan salam ety kat ibu.

selalunye aku akan mintak ibu sampaikan kat ayah ape yang aku cakap. tapi kali ni. aku kene luahkan jugak. dan akhirnye ayah jawab.

oh ok. jawab elok2. banyakkan bismillah dan selawat. ayah dan ibu maafkan ety. jawab dengan tenang. jangan gelabah-gelabah. 

raya terakhir bersama ayah

bile dipikirkan bende lepas macam nie. baru kite sedar. tanda-tanda kematian seseorang telah ditunjukkan oleh yang Esa. hurm. memang kematian itu satu tak dijangka. hargailah mereke selagi mereka hidup. pohon la kemaafan selagi mereke ade. sekian.

notakakiku: rindukan dirinya, bebelan darinye, dan kate-kate semangat darinye. moga ditempatkan dikalangan mereke yang soleh. amiinn. 

Thursday, October 14, 2010

selipar jepun pink dan giveaways...nye! :)



hyep2. masuk giveaways lagik. ahaks. cube scrool down dulu. tgk pics2 yang ade...
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
amacam comel tak? comel kan? kretip kan?
tu sume adelah hasil kreativiti empunye belog selipar jepun pink
kak balqys namenye. :)

so, kali ni kak balqys ade buat giveaways 
tuk mereke-mereke yang ringan tulang (mcm saye! )
hadiah die berupa 3 plushies (miss potty) kepada 3 pemenang! (arap-arap saya! hehe)

btw, giveaways ni ade 3 kategori
kategori 1 - untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecik
kategori2 - student skola, kolej, univ (macam saye!)
kategori 3 - sudah bekerja 

so, kalau anda-anda nak join, marilah turut serta!
syarat-syarat die adalah seperti berikut!

1. jadilah follower selipar jepun pink! :) (saya da follow, anda bagaimana? )
2. tinggalkan name and belog anda di komen post.
3. meriahkan lah post anda dengan 3 gambar kizydolls (seperti diatas) dan jangan lupe explenkan giveaways ni kat belog anda!
4.last skali, jangan lupe beritahu anda nak sertai kategori mane (seperti yang telah saya nyatakan diatas!)


tarikh tutop: 10 disember 2010 :)
hehe. oklah
selamat ber'giveaways...'!
:) 

notakakiku: gembira menyertai giveaways! :)

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


hyep!
ni first time masuk contest.
so agak neves!
moge ade luck!
tuk menang beg yang cun cun nie! :)

contest nie dari --->> Mamazakwan
marilah join!
the more the merrier! :)

notakakiku: sedang ade mood tuk ber contest sane sini! :)

apabila saya sedang kemaruk nak masuk contest!

itu lah yang terjadi pada diri aku sekarang ini.
sudah semakin kemaruk mencari belog-belog yang ade contest
and terus nak masuk. ahakss! :)

harap-harap ade luck!
mane tahu leh la menang satu due hadiah! ahakss! :)

notakakiku: jom masuk contest secare berjemaah! :)

Wednesday, October 13, 2010

peribadi seseorang melalui ubat gigi!

pernah tak dengar. orang kate kite leh check peribadi atau attitude seseorang melalui ubat gigi! mmg benar, walaupun ubat gigi nampak macam benda yang remeh, tapi kite masih leh check peribadi die melalui ubat gigi!

sebenarnye, peribadi seseorang dapat dilihat dengan care die picit ubat gigi! so berikut adelah kategori care picit ubat gigi!

1) jika die picit kat bahagian atas dekat dengan penutup ubat gigi - die seorang yang kelam kabut. kerja nak cepat. tak sabar. sebab tu la die picit kat bahagian atas. supaya ubat gigi cepat keluar. dan cepat la die dapat gosok gigi!

2) jika die picit kat bahagian tengah ubat gigi -  die seorang yang bersifat kesederhanaan dalam semua perkara! tak nak terlalu cepat. tak nak terlalu lambat. :)

3) jike die picit kat bahagian bawah ubat gigi. - die pasti seorang yang penyabar dan tabah! sebabnye die dengan gigihnye picit ubat gigi secare perlahan sampai ke atas! bagus kan? :)

mari memicit ubat gigi! :)

haha. itu je lah care-care untuk kite lihat peribadi seseorang melalui ubat gigi! :)

notakakiku: pasni leh la cek ubat gigi masing-masing. cek anda berada dalam kategori mane! hehe. :)

Tuesday, October 12, 2010

akhirnye dapat gak aku ponteng kelas!

memang sudah menjadi impian bagi setiap pelajar universiti tuk ponteng kelas! lebih-lebih lagi kalau lecturer die garang bak sang harimau ataupun subject tuh mmg tak berapa nak faham. datang kelas pun serupa tak yah datang kelas! :)

ponteng kelas menjadi impian aku setelah sekian lame. sudah lame aku ingin ponteng kelas! sbbnye hanye lah suke suke a.k.a. malas. bukan tak minat lecturer tuh, mahupun subject nye. cume aku malas nak jadi budak skema. orang lain ponteng sesedap ati. aku lak rajin ke kelas. :)

so, hari ini bertarikh 12oktober aku dpt ponteng kelas measurement! yeayy! esok pun aku bakal ponteng juger! esok aku ponteng kelas measurement and project management! yeayyy!!! seronokkkk! leh lah aku siapkan assignment prof. practice. yang terbengkalai dan kene submit khamis nie! adussshhh. :(

oleh kerana itu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR. ALIZA ALIAS. kerana sudi menjadikan impian aku sebagai kenyataan. dengan memberikan CUTI SAKIT selama 2 hari kepadaku! ahaks. :)

notakakiku: first time dapat cuti sakit setelah beberapa tahun. so, marilah memanfaatkan cuti sakit yang telah diberikan! yeayyy! :)

pose menarik dari balqis batrisyia!

betapa gembiranya diriku bile mendapat perkhabaran tentang kelahiran anak buah aku yang latest! dan ape yang paling menggembirakan  ialah aku dapat anak buah perempuan lagik! yeayyyy!

menjadi keluarga yang mempunyai genetik lelaki sebagai genetik dominan adalah satu yang anugerah. tapi, mempunyai anak perempuan dikalangan kami adalah satu kepayahan. mmg sukar untuk keluarga kami melahirkan anak perempuan. oleh kerana itu, apabila adanye kelahiran perempuan diantara kami. sudah tentu kami gembira! especially diriku. sbb ade kawan! yeayyyy!!!

semalam anak buah aku baru je lahir kemuka bumi nie. namanye telah dikonfemkan oleh ayahnye sendiri. BALQIS BATRISYIA! cantek namenye! secantik and secomel empunye badan! dilahirkan pada 1130 pg. secara pembedahan di hospital putrajaya. :)

berikut ialah pose-pose menarik dari BALQIS BATRISYIA!











notakakiku: tak sabar rasenye nak ade anak sendiri! ahakss. ;P