Followers

Friday, October 01, 2010

co-pilot tugas berat!

co-pilot memang satu title pada mereke yang tiada lesen kerana kegagalan sendiri dan hanye mampu menjadi pembantu yang terbaik kepada pilot a.k.a pemandu!

so, tugas co-pilot ni telah ku sandang sejak setahun yang lepas. sememangnya menjadi co-pilot bukan lah semudah yang disangka. seperti boleh tidur sesuka hati, bole bukak radio feberet sendiri. tapi sebenarnya, menjadi co-pilot itu satu tugas berat!

percaya atau tidak. itu lah hakikatnya. hakikat yang perlu kite terima. so, jom kite korek kenape menjadi co-pilot, adelah satu tugas berat!

1. co-pilot teman setia pemandu.
adelah dilarang sama sekali untuk co-pilot tidur dengan sesenang hatinye di sebelah pemandu. dan menjadi tugas hakiki co-pilot untuk sentiase berjaga. dan menjadi teman bersembang pemandu. agar pemandu tidak bosan. tidak mengantuk. dan ini boleh membahayakan nyawa penumpang-penumpang yang ada termasuklah pemadu dan co-pilotnya!

2. co-pilot sebagai navigator bergerak lagi free!
navigator a.k.a map kepada pemandu. menjadi tugas co-pilot untuk tahu segala jalan-jalan yang ada sebelum memulakan perjalanan. ini adalah untuk memastikan perjalanan lancar dan tidak lah sesat! contuhnye, terpakse google map dahulu, hafal jalan. then baru lah leh mulakan perjalanan.

3. co-pilot ibarat beg luggage yang kene sumbat macam2.
haha. ini lah yang dapat ku gambarkan tatkala ketika menjadi co-pilot untuk perjalan yang jauh. dimana anda akan kene pegang hanbag anda dan juga handbag pemandu. lepastu untuk perjalanan jauh, sudah tentu anda akan membawa bekal seperti keropok2, air tin bertin tin. so adelah menjadi tugas co-pilot untuk melayan segala permintaan pemandu. sekiranya pemandu mahu menjamah sedikit bekalan anda. dan at the end of the journey, anda akan dapati bahawa tempat duduk anda dengan sarang tikus tak jauh beza!

4. co-pilot sebagai secretary yang terbaik.
menjadi co-pilot dan secretary adalah dua tanggung jawab yang berat. secretary disini membawa maksud, anda perlu tapis panggilan pemandu. supaya pemandu dapat memandu dengan cermat lagi berhemah. dan menjadi tugas co-pilot a.k.a secretary untuk menjawab msg-msg kat henpon pemandu.

so, kesimpulannye co-pilot mmg satu profession yang berat dan baru meningkat naik!

notakakiku: marilah sama-sama kite naikkan profession co-pilot ke mata dunia! toinnkk!


2 comments:

sakinah husain said...

haha. cerita pemandu tu pulak semua macam pasal aku je. handbag? makan? msg? hmm.

ztsuhaily abdmalib said...

haha. saje je. tak tahu nak citer ape. add jugak yang aku tambah2. ahaks. kasi meriah gitew! :)

btw, ni bukan luahan perasaan. jangan pikir aku tak suke! T.T