Followers

Sunday, December 25, 2011

mari mulakan langkah untuk menjadi matang


now aku amik langkah matang 
k bace buku-buku yang menampakkan aku lagi matang!
auwwww! matang kerr??
hahaha
kalau tak matang hari ini?
bile lagi nak matang? kan??

so hari ini aku amik langkah drastik tuk bace buku ini
buku 18! 
auwww! 
kenape nak awww? aku memang dah lebih 18 kot!
so tak kesah la kan nak bace buku 18?
betul tak??

buku ini tajuk die memang sedikit thrill sikit
kalau bace buku ni kat dalam tren, dlm bus, depan mak, ayah, abang2
mesti sume orang macam pelik
mesti antara soalan yang muncul dlm kotak fikiran mereka
"ape kejadah budak ini bace buku ini?"
"ape kemaruk sangat ke budak ini nak menikah?"
"ape budak ni desperate sgt ke nak berlaki?"

ohhhh, kasihan betul
ape salahnye bace buku pasal kahwin
dah kate kahwin tuk lumrah hidup
takkan nak bace buku kahwin pun salah???
haihhh stereotype betol!

so, tuk menjadi dewasa
lagi matang,
aku harus ketepikan sume pandangan negatif
aku harus berani tuk bace.
sbb memang tak salah pun bace buku ini.
bace tuk tambah ilmu
bukan nak baut bende tak senonoh!

so ni die buku yang menjadi pilihan aku sekarang nie!!
tadaaa!!


MENCARI PASANGAN HIDUP!
A MUST READ BOOK! ;)

notakakiku: jom bace buku ini. mudah2an dpt sedikit sebanyak ilmu tentang alam perkahwinan!

Saturday, December 24, 2011

another awesomeness dari SITI NURHALIZA!

dipagi hari yang hening ini, tatkala sedang sibuk berfesbuk, 
sambil menonton maharaja lawak mega OSBON, 
sambil tu jugak sibuk menelaah subjek feberet aku seumur hidup. 
subjek GOSSIP artis malaysia! 
so, tengah-tengah menelaah subjek ni.
aku terpandang gambar yang awesome! 
gambar siti nurhaliza! ohhh, cantekkk betoll SITI NURHALIZA!

gambar ini di ambil tuk majalah GLAM.
kreatif betul dieorang yang menjadikan siti nurhaliza kepada MADONNA. 
memang jadi sgt. nampak muke madonna yang salu makan sambal belacan. :) 
serius cun! tak sangka siti mampu jadi fotogenik setahap ini! 
oh, aku adore betul dengan mereka yang buat siti macam ni! 
mampu buat aku terkesima! 
SITI mmg AWESOME!

berikut aadelah gambar cover GLAM yang ade muke SITI yang ala-ala MADONNA 
dan disusuli dengan gambar MADONNA yang dieorang amik sumber inspirasi!
enjoy!
yang gambar madonna tu, aku pakai agak2 je. 
puas jugak la search gambar madonna
and carik mane2 yang lebih kurang.
mungkin ini la kot. 
gambar yang dieorang amik sbg inspirasi!
hehehe


siti glam
siti sebagai minnie

madonna sebagai minnie

siti glam
siti dengan gaya samurai

madonna dlm NOTHING REALLY MATTERS 

siti madonna
ni gambar siti yang paling aku suke! cantekkan?

ni pulak gambar madonna. :)

siti madonna
ROCK nye siti!

Madonna mmg ROCK pun! ;)

setelah tgk gambar ni. aku rase siti dah macam supermodel. sbb gambar ni sume mmg awesome-lah!

notakakiku: siti, awesome lah! ;)


Friday, December 16, 2011

oh si polan, kau memang polan!

hurm. lame tak online. dah nak seminggu tak online. bile tak online. takde la post nak ditaip kat belog nie. huhu. sepanjang. minggu ni aku memang boleh diibaratkan katak double XL yang duduk terperuk dibawah tempurung triple XL. sumpah lame giler tak bace paper. so memang tak tau pape ape yang berlaku kat negara sekarang. haihh.

akhirnya malam ni baru lah aku dapat online! wuhuu! thanks kat wedad sebab sudi bagi pinjam berokband dgn lappy die! ;) so tgh2 berfacebook, bertwitter, berbelog, tetibe tertengok satu gambar yang tak berape nak awesome sangat lah!. actually memang tak awesome langsung kot! rase menyampah ade lah!

ok. mungkin berita ni dah lame. tapi sbb aku ni kan seekor katak yang comel duduk dalam dunie die sendiri. so aku baru je tau berita ni malam ni. berita mengenai si polan yang telah mendirikan rumah tangga. ok. kalau die dirikan rumah tangga. patutnye aku ucap congrats kat die. tapi disebabkan si polan ni memang polan habis, so, x payah la nak ucap congrats!

si polan ni dah lah kawen dengan si polan yang berbangsa asing dan juge same jantina. haihh. dah takde pompuan ke kat dunia ni? nape mesti nak kawen dengan orang yg same jenis? haihh.. memang tak faham betul aku. =__=''

lagi satu yang aku tak faham. sekali pun kau tuh GAY. kenape mesti pakai baju MELAYU?  kau sedar pulak yang kau MELAYU dan ISLAM. hadoiii betul. nak GAY. GAY jerlah tak perlu lah nak berpakaian macam tuh. buat malu kaum aku jer. nak kate bodoh. tak bodoh. kalau bodoh takkan la dpt biasiswa petronas kan? 

haihh. dunia oh dunia. masih ramai lagi yang tak tahu erti BERSYUKUR AKAN NIKMAT YANG ALLAH S.W.T KURNIKAN. hurm. jangan lah kite kufur dengan kurniaan NIKMAT dari yang MAHA ESA. 


 “Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)“. (Ibrahim: 34)


notakakiku: aku hanye mampu berdoa. agar si polan tersebut kembali ke pangkal jalan. sebelum terlambat. amin.~

Sunday, December 11, 2011

mph book carnival! mmg oh yeah!

heyloo! lame giler tak hupdate belog yang chanteq ni! hahah chanteq ker?? anyway aku baru je balik dari MPH BOOK CARNIVAL kat MIDVALLEY. ok la jugak. ade la jugak bende nak di beli. beli buku dgn harge yg super murah! wohooo!



semalam before nak mai midvalley ni, ade gak tanye beberape member yang dah pergi. just nak tanye2 la kan. samaada best ke tak book carnival ni. mule2 tu takot gak. takot penuh melampau. tp xde bende nak beli. wat penat badan je datang jauh2.

tapi bile dah datang sane. mule2 nampak macam omg! penoh giler. mule2 jalan macam tgk jer. xde pun buku nak beli. tp bile dah 2nd round. jalan-jalan, baru nampak ade buku nak di beli. ok la jugak. masih boleh bace lagi. harge pun murah. RM 10 JE. :) aku beli 2 buku je. tak pernah bace buku ni. tp pernah nampak. dulu kinah ade bace. so assume mcm best la. ahaks. ni due buku yang aku beli.



 

kalau xde less. xde jugak aku beli. sbb tadi mase pergi mph bookstore die. saje la gedik pergi cek harge sbenar. hurm. memang diluar kemampuan la kan. satu buku jer rm 60 ke atas. ahaks. so, now aku sangat tak sabar nak bace 2 buku nieyh! hehehe. anyway sape yang lom pergi mph book carnival pergilah. ok la jugak. kene carik buku dengan penuh passionate. sbb buku merata-rata. ahaks

Tuesday, December 06, 2011

seronok ke jadi qs?

dulu aku ade buat post pasal nak jadi qs yang berjaya. hurm bile da nak kerja. aku selalu tertanya. best ke jadi qs? sampai bile aku nak jadi qs? cuz kerja qs macam sengat la rumit. kadang2 overnite kat ofis. stay lame2 kat ofis. rase macam takde life. hari-hari nampak plan dan Microsoft excel.  boleh sakit mata dibuatnya. O___O

mampu ke aku nak jadi qs seumur hidup? mampu kah? mampu ke aku nak handle stress yang akan dtg time jadi qs nanti? mampu kah? mampu kah aku jadi qs yang berjaya nanti? mampukah? oh, sungguh banyak persoalan didalam diri ini. rase macam nak tanye lecturer je. tentang soalan2 yang terbuku ini. dengan harapan lecturer ade skema jawapan untuk soalan ini. :(

tapi, kalau aku tak jadi qs, aku nak keje ape? buat bisnes? hurm. bisnes memang nampak indah. tapi dugaan dalam buat bisnes lagi indah! jadi bisneswoman memang banyak pancarobanye. kene tipu. ditipu. menipu dan tertipu. haihhh.

so nak jadi ape?

notakakiku: masih tertanya-tanya. :(

Friday, December 02, 2011

perasaan yang keji ialah perasaan sakit hati.

hurm. tak tau macam mana nak mula kan post ini. tapi jauh di sudut hati. wujud satu perasaan. suatu perasaan yang tak patut berada di dalam hati. perasaan yang keji. iaitu perasaan sakit hati.


hurm. sejujurnya. perasaan sakit hati sentiasa ada dalam diri. entah lah. mungkin sebab terlalu memperbesarkan masalah yang kecil. atau pun terlampau ambil pusing pada sesuatu perkara yang berlaku.

hurm. kadang-kadang rase mahu hamburkan segala yang terbuku dan terpendam di hati pada post ini. tapi, bile difikirkan kembali. kenapa harus aku hamburkan pada blog ini? kenape perlu aku ceritakan permasalahan didalam hati ini kepada umum? yelah, orang-orang yang menyebabkan wujudnya perasaan yang keji ini berada disekeliling aku. so, baik buruk mereke lakukan pada aku, mereke tetap menjadi orang yang penting buatku.

adakalanya aku seperti mahu nangis. menangis semahu-mahunya.mengeluarkan air mata yang terpendam tapi. setiap kali aku mahu melakukannya. aku kuatkan hati. biarlah tangisan itu hanya tangisan didalam hati. biarlah hatiku yang dibanjiri dengan tangisan aku. mudah-mudahan aku menjadi orang yang lebih kuat dalam hadapi segala rintangan. :)


so, ape yang aku mampu lakukan pada ketika ini, hanya lah bersabar, bersabar dan terus bersabar. hurm. walaupun aku boleh dikatakan agak cepat naik angin atau terlalu berangin, tapi ade ketikanya, ada juga benda atau perkara yang tak mampu aku luah kan. mahu di belog, atau pun pada mereka yang aku kasihi. hurm. aku rasa baik aku pendam kan nya. dan cube belajar untuk menjadi insan yang lebih penyabar..

ketika aku nak taip post ni. aku terumpa satu post tentang cara-cara yang Rasulullah s.a.w ajar untuk kite ubati sakit hati kite. Penawar Sakit Hati


mudah-mudahan apa aku bace kat blog tu. dapat la jadikan aku lebih matang dalam menangani perasaan yang tak elok ni. amiin.

notakakiku: "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" (Al-Imran, 3:146) 

Thursday, December 01, 2011

aku adore mereka!

hurm. hari ni dah 1 december. aku boring duk umah.xde keje.duk menghadap laptop je.hari-hari menghadap laptop. facebook. twitter. blog. email. jobstreet. ok. boring. 

now aku nak bg list wanita yang aku amat adore! 


 QUEEN RANIA. 



ok. aku mmg adore die sangat-sangat. die cantek! die bijak! and sangat la wanita korporat! aku memang kagum dengan die. die macam almost perfect lah! kagum.kagum.kagum.  sape yang tak tahu. queen rania ni queen kat jordan. die kahwin dengan king jordan. die mmg sgt aktif dengan kerja-kerja amal. pergi sane pergi sini buat kerja amal. oh mulia nye hati die! ;)




HEIDI KLUM



oh, heidi memang sangat la superb dalam modelling. seantero dunie tahu name die. die pun sangatlah cantik! yelah supermodel kan? mesti lah superb! =) and part paling best yelah. die kahwin dengan seorang lelaki yang sangat biasa. biasa dari rupa. nak kata kahwin sebab harta pun tak jugak. sebab harta heidi lagi banyak dari harta lelaki itu.. hurm. dan die sangat-sangat sayangkan lelaki tu! lelaki yang bertuah tu name SEAL. perkahwinan die dengan seal sangat-sangat la macam beauty and the beast. oh mulia nye hati die mencintai lelaki seperti tu. hurm. tak mcm aku. lelaki kureng skit jer. tolak tepi. hurm. =__= now die dah ade 4 anak Leni, Henry, Johan & Lou.





walau macam mane pun aku adore mereke due ni. ade lagi satu wanita yang teramat lah adore! adore sangat-sangat!  walaupun die tidak lah sekaya mana, walaupun die tidak lah hebat mana, walaupun die tidak lah secantik mana seperti due queen rania dan heidi, aku tetap adore die!

name die:


 AZIZAH BT MD JUNID. 



beliau ni wanita yang biasa-biasa aje. berkerja untuk membesarkan anak-anak. gigih dengan setiap ujian yang melanda. bermula dengan kematian atuk, nenek, anak ketiga, dan akhir skali, ayah. beliau tetap tabah. tidak pernah mengeluarkan air mata kerana menangisi permergian orang yang tercinta. hanya doa yang beliau kirimkan buat orang yang beliau cintai. hurm. aku sangat adore dengan beliau! kerana beliau IBU saye!

ni family saya. :)





notakakiku: tak sabar tunggu ibu balik sabtu ni! ^___^