Followers

Tuesday, May 29, 2012

Mari Menabung!


ohh lame nye tak menabung. dulu ade la jugak menabung. tapi setakat memenuhkan tabung dengan duit syiling lime posen. memang tak akan kaye la jawabnye! ahaks!

so sekarang, selepas dah kene carik duet sendiri. dah tau susah payah mencari duet. baru la rase menabung tuh kembali! ahaks! ;P

kalau dulu menabung sebab nak shopping. now, sume tuh dah xde sgt da. niat menabung dah tukar!
so, antara sebab aku nak menabung adelah

1. nak simpan duit pergi haji.



ohh, ini memang satu impian yang jelas lagi nyata! and ibu pun dah suruh tuk menabung and pergi daftar haji. cume diri ini je tak terpergi tabung haji untuk buat pendaftaran. haihhh.. susah betol. usia terlalu muda untuk pergi haji? hurm. haji takde menetapkan umur berapa nak kene mengerjakan haji. jika ade kemampuan, dan layak, ape salahnya. time muda dan bertenaga la waktu paling sesuai pergi haji. yelah, kalau daftar tahun ini, bukannye nama tu naik tahun depan. kalau tak silap kalau daftar tahun ini, nama mungkin naik dalam list untuk tahun 2020. ok la tu. time tu dah 31. ekonomi pun da stabil time tu! ;)



2. nak melancong!



wuhuuu. aku memang suke melancong! itu memang tak dapat nak dinafikan. so next tempat aku nak pergi ialah PERTH! ohh tak sabar rasenye nak pergi sana. memang menjadi idaman untuk mengunjungi PERTH! bukan ape. ini pun sebab pakcik ade kat sane. so bile melancong kat sane, kan dah jimat duet. transport, hotel, makan sume dah xde. tinggal air ticket jer! so bajet dalam 3 ribu je. ;) murahhh kan? ;)



3. bayar kereta!


ohh sekarang ni nak bayar kereta memang la sungguh tenat! dengan gaji yang tak seberapa tapi masih cukup tuk makan minum memang tenat nak bayar ansuran kereta. sebijik kereta dah 50 ribu, sebulan 6 ratus. tu tak masuk road tax, insurance, workshop, service. and macam2. so dalam poket kene sentiase ade duet spare. yelah. kot2 kereta buat hal. harus la ade backup. xkan nak biar kereta gitu jer. ;P


4. beli rumah!


ohhh ini memang impian! tapi dengan kenaikkan harga rumah yang melantun-lantun. memang susah nak beli! hadoiii. dah tak tau nak beli rumah area mane. area kl. memang dah takde harapan jer la. nak harapkan selangor. dengan negeri sembilan jer. now, dah ramai beli rumah area seremban, nilai. walaupun dieorang ni keja kl. gilerllahh macam mane dieorang bayar toll hari2?



5. Insurance!


hurm. sekarang insurance dah jadi kewajipan. semua orang nak sediakan payung sebelom hujan. semua nak get ready tuk hari tua. macam2 insurance ade kat luar tu. cume tak terbeli jer lagi! ahakss! bile nak beli insurance ni? ;(


6. kahwin!


oh ini memang takde niat langsung. saje je nak tambahkan point mari menabung aku! hahaha



so, mari menabung ok? ;P

2 comments:

dayah SnoW Heuka said...

hehe jum2 mulakan dari sekarnag leyh settle wet pinjaman belaja skali wehew~ :p

ztsuhaily abdmalib said...

jom2. betul jugak tu. mcm mane leh lupe nak letak pulak. ;P