Followers

Monday, December 31, 2012

GIVEAWAY BUTTERSCARVES: "STYLE YOUR SCARVES"

Assalamualaikum.

Hye semua!
Hari tu dah janji nak buat 
GIVEAWAY BUTTERSCARVES: "STYLE YOUR SCARVES" 

Giveaway ni ade lah dari kite and pihak BUTTERSCARVES!
So, syaratnye-syaratnye mudah  jer! ;) 


  • BUAT ENTRY :     
            Tajuk: GIVEAWAY BUTTERSCARVES: "STYLE YOUR SCARVES" 

(Letakkan GAMBAR korang & Banner GA ini sekali)

  • COMMENT:  Letakkan link blog korang. kat bahagian comment entry ini.
HADIAH :

Tempat Pertama: 
HALFMOON SHAWL

Tempat Kedua: 
LONG SHAWL

Tempat Ketiga: 
SQUARE SCARVES  

 CARA PEMILIHAN :
 1. IKUT SYARAT-SYARAT. 
2. STYLE YG PALING TRENDY.

TARIKH TUTUP: 31 DECEMBER 2012.

Thursday, December 27, 2012

THROW BACK!

Assalammualaikum.

Sekarang ni banyak betul orang hashtag #throwback. 
Bile tengok gambar lame-lame. Mesti teringat kisah2 lame yang ade. hehe ^_^

Now nak share gak gambar THROW BACK kite. =)

Ni semua gambar trip lepas SPM. mase ni pergi rumah cousin, Wedad kat Stockholm Sweden.  
Lepas SPM gagah kan diri pergi sane berdua dengan Anchik jer. 
mase tu English pun berterabur habis. ade hati nak pergi sana. =P

Masa pergi tu bulan 1. kire time snow la kite pergi.
mase datang tu, snow da berhenti skit.
bile da 2-3 minggu duduk baru ade snow!
sumpah BEST!

Sweden ni memang tenang habis.
orang die mostly cakap Swedish la.
tapi English pun dieorang faham je. takde masalah nak communicate. :)

Ada sekali tu, time kat mall, bukak purse, keluarkan duet. x perasan IC jatuh.
nasib baik polis yang ade kat sane bagus betol.
carik kite sekeliling mall. pastu jumpe pulak tu.
kagum2. :)
hehe

ini antara gambar kite kat sane.
=)
baru sampai kat Arlanda Airport.

ini sekolah cousin kite, Wedad.


 Seriously, kucing yg duduk oversea mmg gomok habis.


Ini gambar rumah Ambassador kite kat Stockholm.
left to right: kite, wedad, anchik, babah, achik, and auntie lupe name. (maid Ambassador).
auntie tu pandai buat roti canai uols. sedap giler. :)


feeling winter sonata jap. hehe ^__^


snowball attack game. hehe. batak snow jap. :)


 terlanding pulak. :)


 
ni kat tasik mane ntah. lupe name. time ni tasik beku habis uols. Anyway Babah berdiri atas tasik. :)


time ni ais da cair. :)


meet long lost pak long anchik. hahaha



 tengah2 ribut snow pun sanggup amik gmbr uols. :)

 p/s: will continue untuk THROWBACK PART 2. :)

Friday, December 21, 2012

SisterHood Malaysia

Assalamualaikum :)

Never been to Sisterhood before? Not to worry!

Sisterhood is open to anyone. Working women or fully housewives, mummy, students or grandparents or anyone. We would love to have you and introduce you to some new friends and enjoy our activities just to fullfill our needs of beauty, intelligence, self esteem, motivation, personal development, career developments, charity and many more. Just voice out your needs to us maybe we can share with you.

Matlamat penubuhan SHM :

1. Mengadakan aktiviti yang menyatukan wanita berhijab dan belum berhijab serta memberikan pendedahan dan perkongsian agar mereka lebih dekat dgn hijab. Tambahan pula Malaysia kini sedang melalui revolusi berhijab yg sgt menarik dan dikira sebagai satu anjakan dalam menggayakan hijab dgn masih mengekalkan ciri2 dan syariat Islam. Kepelbagaian yg diberikan ini kami pasti akan menarik minat mereka yg tidak bertudung untuk sama2 menutup aurat tetapi dlm masa yg sama masih lagi mengikut sunnah berhijab.

2. SHM juga turut menitikberatkan pembawaan diri individu yang bertudung seperti tatacara berkomunikasi yang effektif serta berkongsi tips2 utk bersaing di dunia global tanpa mengenepikan suruhan berhijab tetapi dlm masa yg sama kita dihormati kerana mampu bersaing secara sihat di kalangan lelaki2 asing. Tips ini akan dikongsikan di dalam bengkel2 yang kami akan adakan dari semasa ke semasa.

3. Menggalakkan ahli SHM utk lebih mempunyak jaringan kerjaya utk pengembangan kerjaya dan sebagainya. SHM merupakan platform terbaik utk wanita2 muslimah bergiat dan mencari networking dalam perniagaan dan sebagainya. Perkongsian idea, cetusan rasa daripada ahli2 SHM akan mewujudkan komunikasi 2 hala yang sihat.

4. SHM juga amat menggalakkan kerja2 kebajikan dilakukan di dalam SHM seperti mencari rumah2 kebajikan yg dhaif utk dibantu.

SHM boleh dilayari di :

Fan Page :)
https://www.facebook.com/SHMalaysia

Instagram :)
#sisterhoodmalaysia

Dengan segala hormatnya,kami ingin menjemput semua ahli-ahli SisterHood Malaysia untuk sama2 memeriahkan lagi majlis Pelancaran SisterHood Malaysia yang pertama kalinya dijalankan, pada :

TARIKH : 09 Febuari 2013
MASA : 1.00 - 6.00 ptg
TEMPAT : Armada Hotel ,Petaling Jaya .
TEMA : Evening dress PINK TURQUOISE
BAYARAN MASUK : RM 105.00

** Dengan setiap bayaran RM 5 kami akan Dermakan kepada rumah anak2 yatim yang daif dan amat memerlukan **

LAST PAYMENT 12 / JAN / 2013 (SABTU)

TENTATIF PROGRAM

1.00 – 1.30 ptg - Kehadiran ahli (daftar/doorgift/photo)

1.30 – 2.00 ptg - Ketibaan tetamu jemputan

2.00 - ucapan aluan oleh MC serta ucapan aluan oleh Founder SisterHood Malaysia

- Demo mekap ATAU hijab (make up artist/hijab styler jemputan)

- Nourishing your skin with RA8
RA8 Miracle Words bersama Aziah Jasmin Azizul (Bekas Pengacara TV3/RA8 Spokeperson) - Jemputan Khas

- Cabutan Bertuah

- Fashion Runway

- Slot ImejKita Sdn Bhd

6.00 ptg - Sesi Bergambar dan majlis bersurai

** TENTATIF AKAN D UPDATE DR SEMASA KE SEMASA **

Tujuan Event Diadakan :
1. Memperkenalkan dan melancarkan Group Community SisterHood Malaysia
2. Memberikan ruang kepada ahli2 berkenalan dan bekerjasama
sambil bertukar pendapat serta mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama umat , dan lebih menariknye kami tidak terhad kan kepada yang bertudung malah yang belum bertudung kami sangat alu-alu kan ..
3. Menjalankan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, sosial, fashion, keagamaan, pendidikan



Tuesday, December 11, 2012

Dilema Si Penjual Tudung.

Assalammualaikum.

Macam nak bikin cerekarama je tajuk tu. haha. ^__^.
Sebenarnye nak cerita pasal dilemma sejak due menjak menjual tudung ni.

Oh anyway, kite jual tudung kat BUTTERSCARVES
Link blog and link facebook page ade kat side bar.
Pemalas =___='' sighhh..

Butterscarves ni baru je wujud bulan 6 dulu.
Tujuan buat butterscarves pun sbb nak berhenti kerja QS.
So ingat nak ade keje part time la sebelom carik keje lain.
Nah.. amik kau dah 6 bulan x carik2 kerja.
Ini semua penangan seronok berbisnes!
hehe >__<
 
Alhamdulillah. hampir semua tudung tu dibuat sendiri.
Dari memilih kain and corak, gunting2 semua dibuat sendiri. =)
Mase pergi kedai tu, harus la. pilih corak or kain yang berkenan dihati.

Bile dah beli. bawak balik rumah. dah gunting2.
Lepas tu kite main la game.
CUBE UJI TRY TEST!
Haha. game ini dimane kite cube sume tudung2 tu.

So habis la. semua nye nak. rase mcm tak nak jual je. haha.
Semua nak simpan tuk kegunaan sendiri.
Haihh.. bile nak maju mcm ni kalau duk amik untuk diri sendiri.

T____T

Nak tak nak. harus la dilepaskan tudung2 tu kepada customer.
ade juge yg berat hati nak bg customer.
tapi nak buat mcm mane. dah kate bisnes.
harus lah ade sikit pengorbanan.
heheh >__<

tapi ade jugak sehelai due untuk kegunaan sendiri.
almaklumla. sejak dah ade kedai sendiri. susah skit nak beli tudung kat jalan tar.
dah malas dah nak pergi sane.
asik ramai orang saje. :)

oh ya, ini antara tudung feberet kite!

Yang ni dari Batch M- Irdyna Plain Halfmoon.
Memang feberet habis. ke giant kite pakai, ke tesco kite pakai, ke pasar malam kite pakai.
tudung ni mmg feberet. sbb die besar. so senang nak gayekan. tak perlu lilit utk labuhkan. 
memang da sedia labuh. kalau tak iron pun still bole pakai sebab die shawl and sangat mudah dibentuk! ;)


Yang ini dari Batch J -Adraianna Scarves
kain chiffon. sangat lembut and flowy. but still senang bentuk! 
batch ni sgt cepat habis! yelah kain cantek material pun berkualiti. ditambah pule dengan warna-warna stricking. memang jadi kegilaan ramai! hehe :) 
So, harus la simpan satu. hehe. actually tudung ini dipakai ketika event HIJABERS hari tu. sambil pakai sambil promote! tak gitu! :) hehe

Yang ini dari Batch H - Square scarves. tudung ini sangat gorgeous! mane taknye. tudung ini tak perlu iron langsung! so mmg bole jadi tudung basahan. ke mane saje bole disarung. :) 
warna die pun sangat awesone. pink and white! memang stunning! <3 br="br">


 
Ini neon shawl dari Batch L -Mardeena Shawl
Corak abstract. Color neon. mmg chantek! shawl ini dibuat panjang. sebab ade customer memang suke shawl panjang. so kite buat panjang. so mmg chantek! banyak baju boleh pakai. :)

Anyway, sampai sini saje. cukup2 la nak amik tudung dari kedai sendiri. kang lingkup pule kedai kite. hehe:)

Kalau minat dengan tudung2 ni. bole la terjah sambil LIKE kat FB PAGE BUTTERSCARVES!

https://www.facebook.com/ButterScarves

Thanks!

Loves, 
Zetty


Friday, December 07, 2012

hijabers malaysia launching event! ;)

assalamualaikum.

wah. lame sangat tak update blog. dah hilang rase nak tulis blog.
now. rase tu dah ade. mungkin sebab bosan dirumah? ahaks!

anyway. hari tu ade join:
EVENT HIJABERS MALAYSIA.
3 NOV 2012.
GRAND PACIFIC HOTEL, KL.





 

event ni BEST SANGAT! banyak input. banyak jumpe orang. banyak kenalan. wahh! >__<

actually join event ni random je. orang invite. kite klik je la going. bayaran pun ok je. RM 50.

RM 50 sangat BERBALOI okay?
sebab ade goody bag yang ade FREE MAKE UP!
dapat la LIP BALM, COMPACT POWDER, EYE LINER AND LIPSTICKS.

tu baru cite goody bag. pastu ade photographer. leh la bajet model! ahaks!

Makan pun sedap. light je. sebab waktu event waktu tea time. ok lah. makan mee goreng, kuih2, and desert.

Anyway aku ajk. volunteer jadi ajk. ahaks. skali dapat ajk MAKE UP and DEMO HIJAB! amek kau! :)

 
bajet artis kat hall of fame jap. :)sebelah kite tu. OWNER KITTY SHAWLS

mase join event ni ade macam2 pengisian. antaranye speech dari FOUNDER HIJABERS MALAYSIA EIDA EMIDA.


Ade pertujukan fesyen dari sponsors!

Ada demo make up dari MAGICAL TOUCH OF AIMI ZAWIYAH



Ada demo style hijab dari KAK FARA FROM BUTIK PINKKU.
 ( semua orang kenal die ni. selalu ade buat tutorial kat youtube. )



link blog kak fara -->> BLOG

inilah hasil terakhir! YEAYY! ^___^


Shawl DELISHA dari BUTIKPINKKU. Makeup DARI KAK AIMI. =)

Ada perkongsian cerita penghijrahan artis. FARRA BAGAIKAN PUTERI
( teringat lagu tu. lagu feveret dalam toilet kot! )



And last skali ade perkongsian tentang PENAMPILAN dari IMEJ KITA SDN BHD.



So overall. memang berbaloi la. rm 50 untuk rase event macam ni.

and yang paling penting, bile ade event mcm ni, networking bertambah, banyak kawan.
leh kongsi macam2. dieorang mmg best! ;)


amik gmbr ngn model jap. :)

InsyaAllah bulan 9 FEBRUARY NI. ade event untuk SISTERHOOD MALAYSIA. yang akan diadakan di HOTEL ARMADA PJ. BAYARAN RM 105. insyaAllah ade banyak lagi pengisian. sape2 nak join bole join kat GROUP SISTERHOOD MALAYSIA. and bole CLICK GOING KAT EVENT SISTERHOOD.

sape2 yang nak join,. bole bg tahu kite jugak. 
nanti kite bg tahu mcm mane. :)
 
loves, 

ZETTY

p/s: gambar kredit to KEDAIJOMKAHWIN.BLOGSPOT.COM. 
official photographer untuk HIJABERS MALAYSIA!

Thursday, December 06, 2012

GAYAKAN HIJAB ANDA!

salam ladies!

hari ini,. tibe-tibe rase nak join GA  GAYAKAN HIJAB ANDA!






 

http://mazliyanayahaya.blogspot.com/2012/11/kali-pertama.html




***SYARAT-SYARAT WAJIB PENYERTAAN***
  • Buat entry bertajuk "GAYAKAN HIJAB ANDA" dan sertakan sekali banner untuk contest ini
  • Dalam entry tu letakkan sekali gambar yg korang pertaruhkan
  • Sila follow blog ini
  • Last sekali, jangan lupa letakkan url entry korang tu di bahagian komen entry ini sahaja

TARIKH TUTUP : 07 DISEMBER 2012 (12am)

SENARAI HADIAH CONTEST 
1st Prize
Maxi Dress + leopard shawl
2nd Prize
Necklace + cute brooch
3rd Prize
Bracelet+ earring