Followers

Friday, December 25, 2015

Twenty-freaking-something

Tahun 2015 ni dah nak abeh dah. Bile dikenang direnung pasal ape2 yang terjadi this year. aku macam tertanya kat diri aku , ape benda yang paling aku miss tahun ni.

Banyak jugak actually. Aku rase this year aku tak ramai kawan. Except kawan office and kawan rumah. So aku miss moment-moment dengan kawan2. Lepak, chill, minum makan bersama, dan wayang bersama. 

This year hampir setiap weekend aku balik bangi and bersama ibu and family. Saban minggu aku busy dengan agenda ibu dan family. Kadang-kadang uruskan alang yang selalu jugak keluar masuk IKN. Bile busy macam ni, jujur aku cakap aku takde life. Life budak bujang umur 26 tahun. Memang aku akan terperap rehat kat rumah kalau takde aktiviti. :) 

Since aku and Nazree duk jauh. Lebih kurang ala-ala PJJ and si Nazree pun kerja shift yang tak menentu offday-nye, kiteorang ni memang jarang sekali keluar jumpe. Dalam 2-3 bulan sekali kot baru jumpe. Dah tunang ni lagi susah nak jumpe. Masing-masing busy je memanjang.

Macam aku cakap td. Kalau xde hal dengan ibu, family or nazree, memang aku akan duduk terpera kat rumah. Kadang-kadang aku teringin nak ajak orang keluar, tgk wayang, cube kedai makan baru. Tapi entah lah. Aku x mampu nak mesej orang and terus ajak keluar. Aku rase mcm semua org busy and tak nak keluar. So aku gune pendekatan berdiam diri kat rumah sambil berfacebook, beryoutube or berinsta. Huhu takde life :(

Bujang camni pun takde kwn, apetah lagi kalau dah kawen next year. :(

Tuesday, December 15, 2015

Coretan Mat Luthfi

Last weekend aku gi Mph kat bangi getaway. Ternampak lak buku ni. Baca sikit da gelak2. Hehe

Best la buku ni. So far banyak yang outside the box coretanye. So kau akn gelak mengilai macam aku. Hehehehe

Buku ni sesuai untuk orang macam aku. Yang lebih suke banyak gambar yang colorful berbanding words. Hehe so xde la cepat boring. 

Generally die ade short stories and quotes daripada mat luthfi and gambar2 lukisan yang berkaitan. Susunan grafik dalam buku ni pun menarik. 




Menarikkan?  

Monday, December 14, 2015

Rumah Selangorku

Dalam kesibukan dengan hal office, urusan nak ehem2. Titibe last week hari rabu dapat surat. Terkejut gak ibu bagi tau pasal surat ni. Surat daripada pemaju. Permohonan aku diterima untuk rumah selangorku di Setia Alam. 

Terkejut. Tapi mcm ikut je. Prepare jer document yang die nak and booking fee sekali. Kalau ikut surat isnin start (14 - 16 dec) untuk cabut no unit rumah. 

Dah tibe hari sabtu, selangor menang piala malaysia menentang kedah. 2-0. Dah tu kerajaan Selangor bagi cuti hari isnin. Ahh sudah.. Aku da aim baik nak g isnin. Sebab selasa rabu aku busy tahap dewa. Tapi alhamdulillah dapat mesej. Cabut no unit umah still diteruskan walaupun cuti.

Tadi aku pun datang dengan confident. Aku tak pernah jejak pun Setia Alam ni hatta Setia city mall. So drive dari cheras ikut waze kepala sendiri. Dah sesat baru kembali ke Waze sebenar. Huhu.

Sesampainya disana da beratur panjang. 


Amik masa kat khemah ni dari jam 9.30 aku sampai sehingga jam 12.00. Lama.  


Tengoklah betapa ramainya manusia. Aku yg datang tepat 930. Dah dapat no 176. 


Lepas da dapat unit. Terus ke kaunter bayaran dan sign S&P agreement. 


Dah setel semua. Baru bole lunch. T_T setel jam 3.00 ptg. Terus balik opis. Ade keje  nak kene setelkan. Huhu. 

Bila da balik. Aku terfikir2. Patut ke aku proceed? Hurmm dilemanye. Banyak benda nak difikirkan. Hurm.. Patut ke aku beli? 
  

Ni la apartment tu. De Palma Apartment.

Saturday, December 12, 2015

Kepentingan blog review


Assalamm... its been a while tak menulis disini. A bit busy. Here and there. Uruskan macam2. Family. Alang. Indok. Hospital. Almost every week busy. Ade je pengisian bersama family. :) 

Alhamdulillah majlis pertunangan yang sangat2 kecil telah dibuat 10 october 2015 yang lalu. Majlis yang kecil ini dihadiri family kite2orang jer. 

So back to topic. Sekarang ni mood preparation untuk ke next phase. Aduhaii pening kepala. Banyak idea. Banyak input and cadangan. Tapi banyak kengkangan jugak. Especially daripada segi budget. Pheww.. :") 

Sekarang ni tengah list down dulu perkara2 yang boleh di DIY kan... Tapi mcm biasa lah... Nafsu... Kan? Nak benda yang cantik jer... Huhu

So sekarang ni tengah belajar preparation majlis daripada blogger. And review daripada blogger sangat... Sangat... Membantu! At least daripada segi mental... Ujian dan dugaan pasti akan ade dalam membuat persiapan  majlis.. Tapi tu la.. Kt cuba utk elak mane yang bole.. Kalau da jadi jugak.. At least kite tahu mcm mane nak handle.. Kan? Hehe 

Sekarang ni rase dah macam susahnyeee nak buat persiapan.. Naik poning kepalo den... Hehe.. Padahal satu habuk pun lom siap... Ahakss.. Sebab tu la da rase stress... :) 

Ni la antara gambar tunang haritu... :)




Saturday, August 15, 2015

Dugaan

Dari satu hari ada saje dugaan yang kene kite tempuhi. Tak di rumah, mungkin di tempat kerja. 

Ape tah lagi kalau kite dalam perancangan nak berumah tangga. Kadang-kadang mengeluh jugak dengan dugaan-dugaan ni. Yelah, ini melibatkan 2 buah keluarga. Salah cakap. Bole jadi isu. Suke atau tidak kite redha je la dengan ketentuan Dia.  

Hurm. 


Friday, August 14, 2015

Puding Roti Kukus

Resepi Sheila Rusly

Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

  1. 4 keping roti – dipotong kecil-kecil
  2. 1 tin susu cair (375 mL)
  3. 2 biji telur
  4. 4 sudu besar gula
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 1 sudu besar butter
  7. Sedikit kismis

Cara-cara

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber : www.resepisheilarusly.com

Nanti nak try la. :)


Overnight Oats

Sekarang ni, ramai yang dah buat Overnight Oats. Selalu gak la tengok orang post kat facebook, insta pasal overnight oats. Mula-mula nampak macam tak berapa nak menarik. Sebabnya oats and yogurt memang bukan favourite aku. Tapi since mase tengah semangat diet dulu, aku ade beli oats, and last week aku beli yogurt, tu yang aku cube buat. :D

Semalam ade la study sikit pasal overnight oats. Basically die punye nisbah 1 oats: 1 milk :1 yogurt. kene adil and saksama la. :) 

Ada macam cara nak buat overnight oats. Pelbagai cara korang bole ubah. Ikut selera masing-masing. tapi yang semalam aku buat simple jer. 

Bahan-bahan yang aku gune:


  1. Instant Quaker Oat - Flavor Mixed Berries
  2. Anlene yogurt - Flavor Mixed Berries jugak. 
  3. Chia Seeds.
  4. Fruits untuk topping. Aku ade green apple je. Bedal jer la. :)

Cara-cara:


  1. Since aku gune instant Quaker Oat, aku just tambah air sikit. dah kembang sikit masuk dalam jar. 
  2. Lepas tu masukkan Chia Seed sikit. Dalam 1 table spoon jer. 
  3. Masukkan Yogurt kesemuanya. 
  4. Masukkan  buah. 
  5. Biarkan didalam peti sejuk semalaman. Esok pagi da bole makan da. :)


Kan best kalau aku ade buah berries jugak. Baru syok. :)

Resepi Chocolate Funde Brownies

Semalam ada nampak kawan office share resepi Resepi Chocolate Funde Brownies semudah ABCDEFGZ. Sebelum aku meroyan cari resepi tu balik, meh aku copy sesiap resepi tu. Nanti mudah lah aku nak carik. Carik kat belog saje. Mudah saje.. :)

Ini dia Resepi Chocolate Funde Brownies yang dijanjikan semalam... maaf di atas kelewatan.. admin lmbt bg sbb smlm balik kerja penat.. dipersilakan share.. share banyak2 pun xpe..

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang.

Oleh: Eyla Cik Eyla

Share dari: Resepi Kek


Tengok pun dah tau sedap. :) Kan?

Thursday, August 13, 2015

Kulit mulus

Nak muka comel and kulit mulus. Meh try cara-cara ni. 
Step 1 – Selepas pembersihan, sapukan skrub lembut untuk membuang sel-sel kulit mati.
Step 2 – Sapukan toner, diikuti dengan hydrating serum. 
Step 3 – Gunakan hydrating sheet mask (biarkan ia di dalam peti sejuk untuk cooling effect).
Step 4 – Tanggalkan selepas 20 minit dan urut wajah dengan perlahan.
Step 5 – Untuk kekal lembab sentiasa, sapukan krim malam atau sleeping mask.
Sumber : female magazine
Sumber :http://www.wanista.com/ritual-kecantikan-sebelum-tidur/


Agaknye. Macam ni la kot harraz buat setiap hari. No wonder mulus? :P

Monday, August 10, 2015

Raya oh raya!

Assalmmualaikum wbt.

Raya dah nak habis la baru nak post gambar-gambar raya. Raya aku macam biase-biase jer. Takde lah meriah mane. Tapi alhamdulillah. Kami sekeluarga celebrate seadanya. 

Tapi, aku rase tahun ni tahun yang paling banyak amik gambar. Ahakss. Seronok bergambar sesama ahli keluarga. 

Ni antara gambar raya kiteorang. 

Ajak ibu selfie. Hehe.

Selfie raya! 

Tema kami  "Hitam Legam"

Aku, angah, anchik and wedad. 

Team joned di pagi raya. 

Ohh lupe. Alhamdulillah raya tahun ni jatuh pada birthday diri sendiri. Ahaks. Alhamdulillah dah 26 tahun. Bole dah mintak lesen nak kahwin dengan ibu.  :P

Saturday, August 08, 2015

Japanese Cotton Cake

Aku selalu jumpe macam-macam resepi yang senang-senang dalam facebook. Ramai yang share-share.

Bile layan resepi-resepi ni, ade yang seronok untuk cuba. Tapi macam biasalah bile nak cuba, tak jumpe lak resepinye. Aduhh. 

So hari ni aku jumpe orang share resepi Japanese Cotton Cake. Nampak mudah. Hanya guna 3 bahan jer.

Bahan yang dia gune

1. Telur ayam 3 biji (asingkan white and yolk) 

2. White chocolate 

3. Cream cheese 120g

Cara-caranya

1. Pre hear oven 170c dalam 6minit. 

2. Double boiled white chocolate.
3. Whipped telur putih sampai likat. Sampai tak jatuh bile terbalikkan bowl. 

4. Add cream cheese pada white chocolate. And mix well. 

5. Then add 3 yolk and mix well. 

6. Add telur putih tadi. Masuk separuh-separuh. And blend.

7. Letak butter or oil kat parchment paper.

8. Letakkan parchment paper dalan cake pan. Then masukkan adunan cake tadi. 

9. Letakkan cake pan atas dulang oven. Then letak air panas pada dulang.

10. Masuk dalan oven and heat 170c utk 15 min, 160c for 15 min. Then biarkan another 15 min dalan oven.

11. For topping bole taruk powdered sugar or any topping yang korang suka. 

Tadaaa siap! 

Untuk video, aku da copykan siap2 link. Xde la aku tercari-cari nanti. :) 



Penat

Assalammualaikum wbt

Sekarang ni macam2 hal berlaku. Macam mane yang yang berlaku kat negara kite macam tu jugak la yang berlaku kat projek kiteorang. Dugaan. 

Penat nak puaskan hati orang. Si polan ni nak macam ni. Tapi si polan yang lain nak macam ni. Kami yang memang polan tersepit dengan permintaan polan-polan ni. Ahakss. 

Tapi takpelah dugaan. Redha dan bertabah aje lah. Ni la yang dikatakan proses pembelajaran. Weeee~ 


Ini lah rupe kiteorang bile penat. Comelkan? 

Thursday, August 06, 2015

Vanilla sauce

Assalammualaikum. 

Hari ni belajar cara-cara untuk buat instant vanilla sauce. Tak perlu masak. Mudah. 

Kiteorang buat vanilla sauce kat ofis sebab masih ada bread pudding. So, bread pudding mestilah kene ade vanilla sauce. 

So inilah bahan-bahannye 


1.Fresh Milk. (Option nak Full Cream or Low Fat)

2.Susu Pekat Manis. 

3.Esen Vanilla.

4.Tepung Kastard (Option jugak)



Cara-caranya mudah saje:

1.Campurkan susu segar dengan susu pekat manis.

2.Kacaukan campuran susu ni.

3.Letakkan sesudu esen vanilla.

4.Masukkan dan panaskan dalam microwave.

5.Tadaaaa. Da siap!




Tu jer. Resepi dari Kak Sarah. Mudah saje. :)

Sambal Ketuk by Nas


This is the best sambal ketuk. Sedap and pedas.  Boleh makan dengan nasi, mee, maggi, and roti.

Tapi feberet letak dalam maggi. Kasi extra pedas baru perghh. Sedap! 

Wednesday, August 05, 2015

Makaroni Cheese Bakar

Last weekend buatkan makaroni bakar untuk bawak gi beraya kat rumah sepupu. First time cube. Masih ade kekurangan. Especially cheese. Hoho.

So ni antara bahan-bahan yang saya guna. 



So basically die kene goreng makaroni tu dengan sos pasta, tomato puree.Then die ade sos putih. Yang ade fresh milk and cheese. 


Ni nak buat layer makaroni bakar. Mula-mula letak makaroni, cheese slice, sos putih then letak makaroni semula and last letak cheese slice and mozarella cheese. 




Tadaaa. Da siap. Kurang cheesy. Takpe untuk jaga kesihatan. Ahakss 


Enjoy! :)

Monday, August 03, 2015

Popiah Oh Popiah

Cubaanku untuk buat popiah goreng. Dulu pernah gak try lepas tu x cube2. Ahakss. 

Hari tu mase raya ade mintak resepi dari sifu popiah aku. Mak lang. Perghhh. Mak lang punye memang terbaik dari ladang. Seriuss. Die buat kulit sendiri. Lepas tu sos die. Perghhh pedasss pedasss manisss. Sedapp! 

 So ni ade la gambar cubaan aku. Untuk popiah. Tapi untuk kulit aku gune kulit segera je la yea. Hehe

Bahan bahan untuk inti macam biase. Bole ubah ikut selera masing-masing. Aku gune sengkuang, carrot and taugeh je. Sengkuang and carrot aku tumis kejap. Agak2 da masak. Tutup api. Taugeh aku gune segar tanpe celur. 

Satukan bahan-bahan dan terus gulong. Mudah saje. 




Yang ni la popiah aku yang da siap goreng. Untuk sos, aku just blend cili kering dengan bawang putih. Lepas tu tumis dengan minyak masak sampai pecah minyak macam tu. lepas tu jangan lupe letak gula dan garam. Adjust ikut hati masing-masing. Hehe. Selamat berpopiah. 

Nak buat blog resepi bole x? :P

Tuesday, April 14, 2015

Lipstick Hijau

Hari ni officemate kasi try lipstick ni. Warna pelik. Mula-mula macam tak yakin nak pakai. Takut nampak macam Incredible Hulk plak. Hehehe.

Tapi dah dieorang try, aku pun try la.


Hmm..


Hmmm..


Hmmmm..


Okay je sebenarnya dan awesome gak. Walaupun Hijau. :)




:)

Sunday, April 12, 2015

Intan's Big Day!

Alhamdulillah sorang lagi best friend kat skolah perimbun aku selamat da diijabkabulkan. Seronok tengok orang kahwin. Aku mampu tumpang gembira je. Nak tunggu turn aku lambat lagi. Hehe. 

Ramai jugak budak perimbun yang datang. Sampai sempat la buat mini reunion. Hehe. Memang syokkk sangat jumpe dieorang. Perangai masih tak berubah macam 10 tahun yang lepas. Masih kebudak-budakan haha. 

Mana taknye. Kiteorang gelak macam setan. Habis satu dewan pandang. Opppss. Sorry. We cant help it. Seronokkk sgt berborak an menyakat kawan-kawan. 

Hehe. Ini gambar-gambar dari wedding intan semalam 11.4.15. Congrats Intan!







Saturday, April 11, 2015

Hari Adik Beradik Sedunia

Orang kate 10 april yg lepas adalah Hari Adik Beradik Sedunia. Tahun ni first time aku dengar ade hari macam ni. Ke aku yang memang selama ini ibarat katak dobot size xxxxxxxxl dibawah kawah? 

Nak dijadikan cerita hari ni. Alhamdulillah sume adik beradik aku datang umah kami di Bandar Bukit Mahkota. Alang-alang da sampai, aku cube la main masak-masak. Niat di hati nak masak macam chef-chef. Tapi rupenye niat tinggal niat aje la. 

Tapi takpelah. Semangat dah ade. Bedal je la. Masak saje. Kali ni aku masak carbonara semi-prego. Maksudnye aku tibai resepi aku dan amik kuah prego. Hentam sajalah. Bile makan alhamdulillah sedap. Okay. Sedapkan hati je ni. Hehe. 

Tadaaa ini laaa nyee. Carbonara-semi-prego-hentam-sajalah. 😊

Wednesday, April 08, 2015

Minat Baking La Pulak



Assalammualaikum w.b.t

Lama tak menulis. Tetibe je rase nak menaip hari ni. Maybe sebab tengah relax kot. Takde kerja sangat. (Banyak la kau zetty) :P

Recently aku minat baking. haha. Tak percaya jugak aku minat baking. Sbb aku tak confident dengan hasilnye nanti.  hehe

Dah 2 minggu dah ni. Aku buat Oreo Cream Cake & Pavlova. Dua -dua ni aku ikut resepi dan perasaan hentam kromo aku je. Alhamdulillah dua-dua menjadi la jugak. Still bole makan. Tak campak lagi ke dalam tong sampah. :)

Inilah Oreo Cream Cake :)

Pavloa Anggur :)

Bile dah buat start baking. seronok pulak rasenye. Rase nak belajar lagi. tp so far. Aku berani cuba non baking cake jer. Just main letak2 dalam mangkok and masuk dalam fridge. 

Maybe bile dah confident baru aku buat cake yang susah-susah yea? :)