Followers

Tuesday, April 14, 2015

Lipstick Hijau

Hari ni officemate kasi try lipstick ni. Warna pelik. Mula-mula macam tak yakin nak pakai. Takut nampak macam Incredible Hulk plak. Hehehe.

Tapi dah dieorang try, aku pun try la.


Hmm..


Hmmm..


Hmmmm..


Okay je sebenarnya dan awesome gak. Walaupun Hijau. :)




:)

Sunday, April 12, 2015

Intan's Big Day!

Alhamdulillah sorang lagi best friend kat skolah perimbun aku selamat da diijabkabulkan. Seronok tengok orang kahwin. Aku mampu tumpang gembira je. Nak tunggu turn aku lambat lagi. Hehe. 

Ramai jugak budak perimbun yang datang. Sampai sempat la buat mini reunion. Hehe. Memang syokkk sangat jumpe dieorang. Perangai masih tak berubah macam 10 tahun yang lepas. Masih kebudak-budakan haha. 

Mana taknye. Kiteorang gelak macam setan. Habis satu dewan pandang. Opppss. Sorry. We cant help it. Seronokkk sgt berborak an menyakat kawan-kawan. 

Hehe. Ini gambar-gambar dari wedding intan semalam 11.4.15. Congrats Intan!







Saturday, April 11, 2015

Hari Adik Beradik Sedunia

Orang kate 10 april yg lepas adalah Hari Adik Beradik Sedunia. Tahun ni first time aku dengar ade hari macam ni. Ke aku yang memang selama ini ibarat katak dobot size xxxxxxxxl dibawah kawah? 

Nak dijadikan cerita hari ni. Alhamdulillah sume adik beradik aku datang umah kami di Bandar Bukit Mahkota. Alang-alang da sampai, aku cube la main masak-masak. Niat di hati nak masak macam chef-chef. Tapi rupenye niat tinggal niat aje la. 

Tapi takpelah. Semangat dah ade. Bedal je la. Masak saje. Kali ni aku masak carbonara semi-prego. Maksudnye aku tibai resepi aku dan amik kuah prego. Hentam sajalah. Bile makan alhamdulillah sedap. Okay. Sedapkan hati je ni. Hehe. 

Tadaaa ini laaa nyee. Carbonara-semi-prego-hentam-sajalah. 😊

Wednesday, April 08, 2015

Minat Baking La Pulak



Assalammualaikum w.b.t

Lama tak menulis. Tetibe je rase nak menaip hari ni. Maybe sebab tengah relax kot. Takde kerja sangat. (Banyak la kau zetty) :P

Recently aku minat baking. haha. Tak percaya jugak aku minat baking. Sbb aku tak confident dengan hasilnye nanti.  hehe

Dah 2 minggu dah ni. Aku buat Oreo Cream Cake & Pavlova. Dua -dua ni aku ikut resepi dan perasaan hentam kromo aku je. Alhamdulillah dua-dua menjadi la jugak. Still bole makan. Tak campak lagi ke dalam tong sampah. :)

Inilah Oreo Cream Cake :)

Pavloa Anggur :)

Bile dah buat start baking. seronok pulak rasenye. Rase nak belajar lagi. tp so far. Aku berani cuba non baking cake jer. Just main letak2 dalam mangkok and masuk dalam fridge. 

Maybe bile dah confident baru aku buat cake yang susah-susah yea? :)