Followers

Saturday, August 15, 2015

Dugaan

Dari satu hari ada saje dugaan yang kene kite tempuhi. Tak di rumah, mungkin di tempat kerja. 

Ape tah lagi kalau kite dalam perancangan nak berumah tangga. Kadang-kadang mengeluh jugak dengan dugaan-dugaan ni. Yelah, ini melibatkan 2 buah keluarga. Salah cakap. Bole jadi isu. Suke atau tidak kite redha je la dengan ketentuan Dia.  

Hurm. 


Friday, August 14, 2015

Puding Roti Kukus

Resepi Sheila Rusly

Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

  1. 4 keping roti – dipotong kecil-kecil
  2. 1 tin susu cair (375 mL)
  3. 2 biji telur
  4. 4 sudu besar gula
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 1 sudu besar butter
  7. Sedikit kismis

Cara-cara

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber : www.resepisheilarusly.com

Nanti nak try la. :)


Overnight Oats

Sekarang ni, ramai yang dah buat Overnight Oats. Selalu gak la tengok orang post kat facebook, insta pasal overnight oats. Mula-mula nampak macam tak berapa nak menarik. Sebabnya oats and yogurt memang bukan favourite aku. Tapi since mase tengah semangat diet dulu, aku ade beli oats, and last week aku beli yogurt, tu yang aku cube buat. :D

Semalam ade la study sikit pasal overnight oats. Basically die punye nisbah 1 oats: 1 milk :1 yogurt. kene adil and saksama la. :) 

Ada macam cara nak buat overnight oats. Pelbagai cara korang bole ubah. Ikut selera masing-masing. tapi yang semalam aku buat simple jer. 

Bahan-bahan yang aku gune:


  1. Instant Quaker Oat - Flavor Mixed Berries
  2. Anlene yogurt - Flavor Mixed Berries jugak. 
  3. Chia Seeds.
  4. Fruits untuk topping. Aku ade green apple je. Bedal jer la. :)

Cara-cara:


  1. Since aku gune instant Quaker Oat, aku just tambah air sikit. dah kembang sikit masuk dalam jar. 
  2. Lepas tu masukkan Chia Seed sikit. Dalam 1 table spoon jer. 
  3. Masukkan Yogurt kesemuanya. 
  4. Masukkan  buah. 
  5. Biarkan didalam peti sejuk semalaman. Esok pagi da bole makan da. :)


Kan best kalau aku ade buah berries jugak. Baru syok. :)

Resepi Chocolate Funde Brownies

Semalam ada nampak kawan office share resepi Resepi Chocolate Funde Brownies semudah ABCDEFGZ. Sebelum aku meroyan cari resepi tu balik, meh aku copy sesiap resepi tu. Nanti mudah lah aku nak carik. Carik kat belog saje. Mudah saje.. :)

Ini dia Resepi Chocolate Funde Brownies yang dijanjikan semalam... maaf di atas kelewatan.. admin lmbt bg sbb smlm balik kerja penat.. dipersilakan share.. share banyak2 pun xpe..

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang.

Oleh: Eyla Cik Eyla

Share dari: Resepi Kek


Tengok pun dah tau sedap. :) Kan?

Thursday, August 13, 2015

Kulit mulus

Nak muka comel and kulit mulus. Meh try cara-cara ni. 
Step 1 – Selepas pembersihan, sapukan skrub lembut untuk membuang sel-sel kulit mati.
Step 2 – Sapukan toner, diikuti dengan hydrating serum. 
Step 3 – Gunakan hydrating sheet mask (biarkan ia di dalam peti sejuk untuk cooling effect).
Step 4 – Tanggalkan selepas 20 minit dan urut wajah dengan perlahan.
Step 5 – Untuk kekal lembab sentiasa, sapukan krim malam atau sleeping mask.
Sumber : female magazine
Sumber :http://www.wanista.com/ritual-kecantikan-sebelum-tidur/


Agaknye. Macam ni la kot harraz buat setiap hari. No wonder mulus? :P

Monday, August 10, 2015

Raya oh raya!

Assalmmualaikum wbt.

Raya dah nak habis la baru nak post gambar-gambar raya. Raya aku macam biase-biase jer. Takde lah meriah mane. Tapi alhamdulillah. Kami sekeluarga celebrate seadanya. 

Tapi, aku rase tahun ni tahun yang paling banyak amik gambar. Ahakss. Seronok bergambar sesama ahli keluarga. 

Ni antara gambar raya kiteorang. 

Ajak ibu selfie. Hehe.

Selfie raya! 

Tema kami  "Hitam Legam"

Aku, angah, anchik and wedad. 

Team joned di pagi raya. 

Ohh lupe. Alhamdulillah raya tahun ni jatuh pada birthday diri sendiri. Ahaks. Alhamdulillah dah 26 tahun. Bole dah mintak lesen nak kahwin dengan ibu.  :P

Saturday, August 08, 2015

Japanese Cotton Cake

Aku selalu jumpe macam-macam resepi yang senang-senang dalam facebook. Ramai yang share-share.

Bile layan resepi-resepi ni, ade yang seronok untuk cuba. Tapi macam biasalah bile nak cuba, tak jumpe lak resepinye. Aduhh. 

So hari ni aku jumpe orang share resepi Japanese Cotton Cake. Nampak mudah. Hanya guna 3 bahan jer.

Bahan yang dia gune

1. Telur ayam 3 biji (asingkan white and yolk) 

2. White chocolate 

3. Cream cheese 120g

Cara-caranya

1. Pre hear oven 170c dalam 6minit. 

2. Double boiled white chocolate.
3. Whipped telur putih sampai likat. Sampai tak jatuh bile terbalikkan bowl. 

4. Add cream cheese pada white chocolate. And mix well. 

5. Then add 3 yolk and mix well. 

6. Add telur putih tadi. Masuk separuh-separuh. And blend.

7. Letak butter or oil kat parchment paper.

8. Letakkan parchment paper dalan cake pan. Then masukkan adunan cake tadi. 

9. Letakkan cake pan atas dulang oven. Then letak air panas pada dulang.

10. Masuk dalan oven and heat 170c utk 15 min, 160c for 15 min. Then biarkan another 15 min dalan oven.

11. For topping bole taruk powdered sugar or any topping yang korang suka. 

Tadaaa siap! 

Untuk video, aku da copykan siap2 link. Xde la aku tercari-cari nanti. :) 



Penat

Assalammualaikum wbt

Sekarang ni macam2 hal berlaku. Macam mane yang yang berlaku kat negara kite macam tu jugak la yang berlaku kat projek kiteorang. Dugaan. 

Penat nak puaskan hati orang. Si polan ni nak macam ni. Tapi si polan yang lain nak macam ni. Kami yang memang polan tersepit dengan permintaan polan-polan ni. Ahakss. 

Tapi takpelah dugaan. Redha dan bertabah aje lah. Ni la yang dikatakan proses pembelajaran. Weeee~ 


Ini lah rupe kiteorang bile penat. Comelkan? 

Thursday, August 06, 2015

Vanilla sauce

Assalammualaikum. 

Hari ni belajar cara-cara untuk buat instant vanilla sauce. Tak perlu masak. Mudah. 

Kiteorang buat vanilla sauce kat ofis sebab masih ada bread pudding. So, bread pudding mestilah kene ade vanilla sauce. 

So inilah bahan-bahannye 


1.Fresh Milk. (Option nak Full Cream or Low Fat)

2.Susu Pekat Manis. 

3.Esen Vanilla.

4.Tepung Kastard (Option jugak)



Cara-caranya mudah saje:

1.Campurkan susu segar dengan susu pekat manis.

2.Kacaukan campuran susu ni.

3.Letakkan sesudu esen vanilla.

4.Masukkan dan panaskan dalam microwave.

5.Tadaaaa. Da siap!




Tu jer. Resepi dari Kak Sarah. Mudah saje. :)

Sambal Ketuk by Nas


This is the best sambal ketuk. Sedap and pedas.  Boleh makan dengan nasi, mee, maggi, and roti.

Tapi feberet letak dalam maggi. Kasi extra pedas baru perghh. Sedap! 

Wednesday, August 05, 2015

Makaroni Cheese Bakar

Last weekend buatkan makaroni bakar untuk bawak gi beraya kat rumah sepupu. First time cube. Masih ade kekurangan. Especially cheese. Hoho.

So ni antara bahan-bahan yang saya guna. 



So basically die kene goreng makaroni tu dengan sos pasta, tomato puree.Then die ade sos putih. Yang ade fresh milk and cheese. 


Ni nak buat layer makaroni bakar. Mula-mula letak makaroni, cheese slice, sos putih then letak makaroni semula and last letak cheese slice and mozarella cheese. 




Tadaaa. Da siap. Kurang cheesy. Takpe untuk jaga kesihatan. Ahakss 


Enjoy! :)

Monday, August 03, 2015

Popiah Oh Popiah

Cubaanku untuk buat popiah goreng. Dulu pernah gak try lepas tu x cube2. Ahakss. 

Hari tu mase raya ade mintak resepi dari sifu popiah aku. Mak lang. Perghhh. Mak lang punye memang terbaik dari ladang. Seriuss. Die buat kulit sendiri. Lepas tu sos die. Perghhh pedasss pedasss manisss. Sedapp! 

 So ni ade la gambar cubaan aku. Untuk popiah. Tapi untuk kulit aku gune kulit segera je la yea. Hehe

Bahan bahan untuk inti macam biase. Bole ubah ikut selera masing-masing. Aku gune sengkuang, carrot and taugeh je. Sengkuang and carrot aku tumis kejap. Agak2 da masak. Tutup api. Taugeh aku gune segar tanpe celur. 

Satukan bahan-bahan dan terus gulong. Mudah saje. 




Yang ni la popiah aku yang da siap goreng. Untuk sos, aku just blend cili kering dengan bawang putih. Lepas tu tumis dengan minyak masak sampai pecah minyak macam tu. lepas tu jangan lupe letak gula dan garam. Adjust ikut hati masing-masing. Hehe. Selamat berpopiah. 

Nak buat blog resepi bole x? :P