Followers

Friday, August 14, 2015

Overnight Oats

Sekarang ni, ramai yang dah buat Overnight Oats. Selalu gak la tengok orang post kat facebook, insta pasal overnight oats. Mula-mula nampak macam tak berapa nak menarik. Sebabnya oats and yogurt memang bukan favourite aku. Tapi since mase tengah semangat diet dulu, aku ade beli oats, and last week aku beli yogurt, tu yang aku cube buat. :D

Semalam ade la study sikit pasal overnight oats. Basically die punye nisbah 1 oats: 1 milk :1 yogurt. kene adil and saksama la. :) 

Ada macam cara nak buat overnight oats. Pelbagai cara korang bole ubah. Ikut selera masing-masing. tapi yang semalam aku buat simple jer. 

Bahan-bahan yang aku gune:


  1. Instant Quaker Oat - Flavor Mixed Berries
  2. Anlene yogurt - Flavor Mixed Berries jugak. 
  3. Chia Seeds.
  4. Fruits untuk topping. Aku ade green apple je. Bedal jer la. :)

Cara-cara:


  1. Since aku gune instant Quaker Oat, aku just tambah air sikit. dah kembang sikit masuk dalam jar. 
  2. Lepas tu masukkan Chia Seed sikit. Dalam 1 table spoon jer. 
  3. Masukkan Yogurt kesemuanya. 
  4. Masukkan  buah. 
  5. Biarkan didalam peti sejuk semalaman. Esok pagi da bole makan da. :)


Kan best kalau aku ade buah berries jugak. Baru syok. :)