Followers

Friday, August 14, 2015

Resepi Chocolate Funde Brownies

Semalam ada nampak kawan office share resepi Resepi Chocolate Funde Brownies semudah ABCDEFGZ. Sebelum aku meroyan cari resepi tu balik, meh aku copy sesiap resepi tu. Nanti mudah lah aku nak carik. Carik kat belog saje. Mudah saje.. :)

Ini dia Resepi Chocolate Funde Brownies yang dijanjikan semalam... maaf di atas kelewatan.. admin lmbt bg sbb smlm balik kerja penat.. dipersilakan share.. share banyak2 pun xpe..

Bahan-bahan :

2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang.

Oleh: Eyla Cik Eyla

Share dari: Resepi Kek


Tengok pun dah tau sedap. :) Kan?

No comments: