Followers

Saturday, August 06, 2016

Wedding dress lah sangat!

Definitely susah nak define what is your dream wedding. Sometimes apa yang kite impikan does not turn out how it supposed to be. Mungkin sebab tak sesuai, faktor masa, duit dan sebagainya.

Of coz perfect wedding dress paling kau impikan. Macam aku jugak. Tapi sebab faktor rupa bentuk yang sebegini. Aku harus buat keputusan yang impromptu. Takot jugak. Imagine cenggini jadinye cenggitu. Habislah.

Doakan baju aku tak pelik. Tu jee.

NEVES

Sekian.

Sambung berangan dan risau.

Okay bye.

Wednesday, July 27, 2016

Post Rindu MRSM Muar Part 2

Lama tak belog. Malas nak taip.

Just nak share.


Spot nama aku.  :) 

Monday, June 06, 2016

Oh Kad Kredit!

Assalammualaikum wbt.

Aku lupe update blog atau aku lupa yang aku dah ade blog. Haha. Takde sape nak jawabkan. Aku tau. Meh aku jawabkan sendiri. Sebenarnya aku jer tak tau nak tulis ape. :P

Anyway hari ni, aku just nak share pasal Kad Kredit. Honestly aku takde kad kredit selama 27 tahun hidup. (Perlu ke mention umur aku? haha. Bajet mcm tua sgt jer. :P) But, last week aku dapat kad kredit daripada Maybank. Sentap Mak.

Mane aku tak sentap. Last month kot. aku ada dapat call daripada Maybank. Macam biasa lah, bila kau buat Loan dengan mane2 bank (aku rasa lah) die akan offer kau kad kredit dia. Tapi aku clearly ingat aku cakap kat abang Call Centre Maybank pasal kad kredit ni. Aku tak tau la aku cakap bahasa ayam ke bahasa melayu dengan die. Aku dah cakap tak nak means tak nak. Got it? Tapi jelas die terlupa nak click dalam sistem die yang aku reject kad kredit die. =__='''

Kad kredit ni ade puaka. Bahaya. :P

Secara amnya, aku bukan lah anti-kad kredit. bukan lah aku tolak kelebihan kad kredit. dan mempertikaikan mana-mana institusi perbankan. Memang betul, kad kredit memang membantu time-time emergency.cuma, aku jer yang tak percaya dengan diri aku. 

Sebab aku tau, di dalam lubuk hati aku yang paling dalam memang suke shopping. Dan kalau credit card ni ade, In sha Allah, aku akan terus memajukan industri tekstile dan fesyen negara. =_='' 

Bahaya. 

So, untuk mengelakkan aku papa sebelum kaya. Aku amik langkah untuk potong kad kredit tu. Pagi-pagi isnin lagi aku dah terjah Maybank Subang Perdana. 

Sekali lagi, abang kaunter no maybank bagi nasihat untuk simpan. Degil tetap degil. Tekad tetap tekad. :)  Sampai jer kat kaunter kad kredit. Dalam hati ade gak rasa geram kat Maybank sebab tak habis susahkan orang. Tapi perasaan geram tu terus terpadam bile abang kaunter kad kredit ni Can Do. wuhuuu. O.O

Sebab tengah cair. sibuk la duk borak-borak dengan abang tu. tanye jugak. Proses utk apply kad kredit incase aku nak betul-betul nak guna. So bile dengar proses die takde lah rumit mana. So, aku rasa worth it untuk potong kad kredit ni and hanya akan apply bile betul-betul nak guna. kan?

High Five :P


Thursday, April 28, 2016

Short-vacay Avillion Hotel, Port Dickson

Assalammualaikum..

Sembilan April dan Sepuluh April hari tu, kiteorang sekeluarga buat short-vacay yang sangat random. Random disini bermaksud kiteorang terus terja hotel. Like seriously terjah. Kalau takde hotel memang kami pulang dengan tangan kosong jer la. :)


So kami start perjalanan dalam jam lapan pagi. LAPAN pagi ikut jam Wedad and Achik. pfftt. :P So, anyway kiteorang gerak terus ke PD. Sesampainya di PD, kiteorang terjah PNB Ilham dekat Tanjung Tuan. First Time masuk area sini. Walaupun selalu jer drive dari Masjid Tanah ke Port Dickson. Masa tu tengok tempat tu tak seperti yang Alang nak. Alang nak tengok laut. PNB Ilham ni agak jauh sikit lah dari pantai. Kena menapak jugaklah. 

Pantai  dekat dengan PNB Ilham

Selepas PNB Ilham,kami terjah ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Selama ni ingat Grand Lexis dan Hibiscus tu sebelah-sebelah. Confident jer kan. Sesampai dekat Hibiscus tu, harus lah kene buat muka kaya. Sebab hotel tu memang tuk orang kaya. Hoho. Bilik yang paling murah and available is RM1000++ exclude breakfast. Huhuh. Inilah yang dinamakan ukur baju di badan orang. hoho. 

Selfie kejap kat Lexis Hibiscus
So, next kite terjah Avillion. Menarik. Datang-datang je ade Gamelan bagai. Memang klasik hotel ni. Overall concept dia lebih kepada ke-tradtional-an @ ke-melayu-an. So bincang-bincang2. Semua setuju nak stay sini. Kiteorang just amik bilik facing beach view je. Itu je yang ado. :) For 1 room per night dalam RM 400 exclude breakfast. Memang sekarang nis style exclude breakfast eh? Nak suruh aku diet lah tu. =__='' pffffffttt

So setel semua, ktorang beli lunch. Tapaw makan dalam bilik. One thing about kiteorang ni. pergi mana jer. Makanan nak cari yang sama jer. Macam Anchik die heboh nak makan KFC. Samalah dengan si Wedad. :P Yang Ibu plak mesti nak goreng pisang. Alang mesti nak Mee Goreng. Ahh sudah. bawak 10 orang trip. 10 orang nak menu masing-masing. Sudah aku nak gi carik kat mana plak.

Selfie dulu sebelum makan. Inilah bilik ktorg. :) 

Main Entrance 

cantik kan?

Beach View
Walaupun cuti-cuti malaysia, tetap kene curi masa jumpe Nazree. Heeee. Amik gambar time supper dengan die. Jumpe kejap lepas Nazree habis kerja. Kul 12. Aku supper, die lunch merangkap dinner. :) Jemput makan yea. :D


Esoknye, kami breakfast kat pekan jer. Beli sekitar Pasar PD. tapaw bawak hotel. sebab breakfast hotel. RM 54 nett per head. Perghhh makan ape la tu kan. Ada kambing golek kot. :P

View dari tingkap bilik ktorang

Another beach view
Lepas breakfast, kiteorang jalan sekitar hotel. tengok2 laa ape yang cantik sangat hotel ni. Overall memang cantiklah. Menarik jugak. :) Bole la nak datang sini lagi. :P Hahaha. So ni beberapa snap daripada Avillion Hotel, PD. Enjoy... ! :)
Hotel ni tau aku suke basuh kaki. itu yang die bagi tempayan kat aku.

Itu lah bilik kiteorang. Ada dueorang mencapub.

Sebelum balik, jalan2 amik gambar.








Wednesday, April 20, 2016

Post rindu MRSM Muar

Assalammualaikum...

Lamenye tak update blog. Busy betol aku sekarang ni. Blog ni pun tak sempat nak update. Yelah, mana tak sibuk. Hari Selasa & Rabu lepas ada Bengkel kat Akademi Hevea Malaysia (AHM). So memang aku x dan nak main internet sangat.

Since aku kat sana, tetibe aku teringatkan sekolah lama aku. MRSM Muar. Pejam celik pejam celik dah 10 tahun da aku tinggalkan sekolah itu. Allah je tau betapa kami struggle belajar ka situ. Macam sekolah asrama yang lain. 24 jam hadap buku jer. Naik muntah tengok buku. :(

Apa yang membuatkan aku teringat sekolah aku, ialah suasana dekat AHM tu sebijik macam MRSM Muar.


Bila tengok tempat ni. Aku teringat kat walkaway dari asrama kiteorang ke arah Blok Akademik. To be specific area ni dekat dengan Dewan Selera dekat dengan Asrama Lelaki. Suasana and design walkasaway ni memang sebijik dengan yang ada kat MRSM Muar. Haihh rindunya aku kat sekolah tu.

Hampir 10 tahun aku tinggalkan maktab. Rindu. ye. Serius rindu. Especially aku rindu cikgu-cikgu aku yang awesome lagi hebat! Ye lah aku ni takde la bijak mana. Tapi usaha dieorang memang aku kagum. Especially cikgu Add Math aku. Cikgu Suhaila. Die memang best gilos. Beruntung aku dapat Cikgu tu. :)

Cikgu Suhaila best sebab die sempoi je ajar macam kakak and adik. Lepas tu aku ade satu moment dengan dia yang aku tak bole nak lupe. hehe. Moment ni aku share kat fb. Tak sangka die like. hehe. Sebab die like, aku jadi malu. Hahah. Harap cikgu tu tak ingat. Kalau die ingat, MALU gilerr aku. :)





Terima kasih cikgu-cikgu MRSM Muar. =D

Belanja sikit gambar zaman kegemilangan aku kat MRSM Muar. Zaman ni aku selim banyak. =_=''

Dengan Bestfriend MRSM Muar (Ieda, Zahira, Aku (in case korang tak perasan), Baizura, Azizah

Homeroom Rafi'e

Masa Kembara Tengku Mahkota Johor. (Masa ni, TMJ - Sultan Johor sekarang)

Dengan Ayah depan Asrama Tun Teja






Friday, April 01, 2016

Tampal Roadtax

Assalammualaikum..

Bulan Mac memang bulan yang sangat tidak ditunggu-tunggu. Sebab bulan Mac ialah bulan membayar roadtax! pheww. Terbang duit melayang di awang-awangan yer. 

Actually aku da plan baik je untuk road tax ni. Maknanya aku da spare siap-siap gaji setiap bulan yang ade untuk bayar roadtax. Tapi apa kan daya malang tidak berbau, tuah yang datang pun tidak berbau. Ini semua gara-gara bayar duit lawyer haritu yang tiada dalam perancangan. Huhu 

So bulan ni aku memang sengkek la. Tapi yang peliknya, time sengkek la aku shopping. Anehkan? :P

Back to topic, aku just nak share care Pakcik aku tampal road tax yang tidak akan meninggalkan kesan pada cermin kereta. Yeay bukan? 

So bahan-bahan yang diperlukan.

1. Gunting
2. L Shape Clear File @ any plastic material yang lembut. Pakcik guna L Shape Clear File.
3. Sticker Road tax
4. Road Tax

Cara-caranya. Mudah saja.

1. Tampalkan Road Tax pada L Shape Clear File. 

Lekat pada plastic file ni dan potong

2. Gunting ikut bentuk Road Tax.

Ini da siap lekat and potong ikut size Road Tax

3. Letakkan pada plastic sticker road tax. 

Letak dengan sticker Road Tax ni

4. Lekat pada cermin kereta.

5. Siap. 

Sayangilah cermin kereta anda. Jangan biarkan Road Tax anda merosakkan cermin kereta anda. :P

#Peace







Thursday, March 31, 2016

My Ultimate Kek Batik

Assalammualaikum..

Last weekend kiteorang ada buat birthday dinner untuk anak buah teristimewa kiteorang. Zayyad Harraz yang ke 4. So kami setiap orang kene sponsor la sedikir makanan. Ala-ala pot luck gitu.

The Joneds

So aku decide untuk buat kek batik and macaroni cheese bakar. Alhamdulillah laku makanan-makanan tu, Tak sangka! :)

Since, Kek Batik ku menjadi topik hangat malam tu, nak la share sikit resepinye. Haha. Walaupun Kek Batik, nak jugak share resepi. Layankan aje.

Bahan-bahan:
  1. Biskut Marie - prefer cap ping pong
  2. Milo - paket sederhana 450g
  3. Susu tin pekat - 1 tin
  4. Susu tin cair - 1 tin
  5. Buttercup - sebuku
Cara-caranya
  1. Panaskan butter. Aku guna sebuku. Untuk lebih rasa masin lagi berlemak.
  2. Masukkan milo sepaket.
  3. Masukkan susu tin pekat dalam 3 suku tin.
  4. Masukkan susu tin cair dalam setengah tin. Letak susu cair ni bagi kek kite lebih moist. Kalau x kek akan sedikit keras.
  5. Dah sebati semua. Pecah-pecahkan biskut marie dalam adunan tadi. Gaul-gaul.
  6. Masukkan dalam loyang / tupperware dan sejukkan.
  7. Hiasan boleh letak chocolate chips or ape-ape yang menarik.

Tadaa..!

My Ultimate Kek Batik

PERASAN. :P

Tuesday, March 29, 2016

Shopping @ Bath and Body Works

Assalammualaikum wbt...

Minggu sangat terasa panjangnya. Apatah lagi sekarang ni musim panas... Phewww... Panasnya tahap panas bole mandi 10x...

Lagi-lagi waktu nak hujan. Bahang bumi dah naik.. Memang terasa panasnya..

Hari jumat lepas  jalan-jalan The Curve nak tengok wayang dengan Wedad & Anchik. Dari office terus ke The Curve. Sementara menunggu puteri bukit tangga tu dan putera bukit perimbun tu, aku jalan-jalan sekitar situ. Lama rasanya tak jalan kat sini. Sambil jalan sensorang ni, mata melilau la. Kot-kot ada yang boleh dipancing. Hehe


Aku dah lama nampak kedai ni. Tapi x pernah nak masuk. Adakah faktor takut terpancing? Macam hari ni... Hehh =_='

Macam biasalah perempuan memang kalah dengan perkataan 'sale', 'free' and ape2 lah perkataan yang membawa maksud apa-ape yang menguntungkan. Haha. So Zetty.  :P

So tadi aku termasuk kedai Bath & Body Works. Fuhh memang terangsang habis aku untuk membeli. Memang dah niat dah nak cari body mist. Kedai ni memang perfect tuk aku. Yup. Purrrfect!


Aku jujur kat salesgirl kate, ni first time aku masuk kedai ni. So die promote habis-habisan la. Aku pun macam lalang ikut je ape yang die bagi test. 

Bath &Body Works ni aku rasa ada lah dekat 50 jenis wangian. Kau cakap je kau suke jenis bau macam mana. memang die da siap-siap asingkan ikut category. and setiap category ada banyak wangian and setiap tu mesti ade Body Wash, Body Lotion and Body Mist. Aku kat sana jadi gile baru da. sampai dah kene amik nafas panjang-panjang. Sebab dah deria bau aku dah mix macam-macam bau dah. hehe

Antara banyak-banyak aku tertarik dengan 3 bau ni. Sekarang ni ada promotion buy one free three. Eh, silap. Buy three free one. :P Any three yang kau minat dalam kedai tu. Amik and free satu. Yang free pun kau boleh pilih mane b suke. Terbaikk!

Honestly, aku suke bau yang sweet bunga-bunga gitew. Macam minah bunga gitew. Tapi salah satu favorite aku kat Bath & BodyWorks ialah fruity scent.  Macam kali ni aku tersuka lak bau buah mangga. MANGO TANGO TWIST. Sweet bau die. Menarik. Aku amik body mist and lotion die.



Untuk lagi 2 aku amik bau yang floral scent. My favorite. :) Bau die agak soft and sweet. Sesuai tuk yang suke girlish-girlish. Aku tak boleh nak describe sangat bau die. So, kalau nak tau bau die kenalah datang sana. Sure terkesima macam aku. Yang lagi dua aku beli ni:



Overall die macam Victoria Secret, macam The Body Shop. Harga sangat berbaloi. Especially bila ada Sale macam ni. SANGAT BERBALOI. Aku beli 4 ni baru RM 105.00. Aku rase sangat sesuai untuk siapa-siapa yang nak buat gift tuk yang tersayang. :) 


Tuesday, March 22, 2016

Proses Pembelian Rumah Selangorku

Assalammualaikum...

Hari ni masuk-masuk office je, bukak blog dulu. Rasa macam nak update pasal proses pembelian rumah aku kat Setia Alam. Just nak share la kan. Mana tahu membantu. :)

Alhamdulillah so far, aku dah completekan semua agreement-agreement yang patut. Just tunggu untuk Maybank potong duit dalam account je. =__=''

Start dengan Permohonan Rumah Selangorku. Aku start memohon dalam bulan March 2015 macam tu. Agak lama jugak sebenarnya. Masa tu aku gian apply rumah. PR1MA lah, Rumah Selangorku la. and macam-macam lagi. Actually, time tu takde perancangan nak kahwin lagi. tu yang sibuk nak beli rumah. Masa tu aim nak beli rumah apartment 4 tingkat dekat Alam Budiman. dalam 150 ribu jer. Tapi rumah tuh da ade shortlisted yang dapat offer rumah tu. Tapi since then tak pernah update borang. Itu yang dapat Pangsapuri De Palma, Setia Alam sana tu. :)

Masa dapat tu cuak jugak. Actually memang tak pernah pergi Setia Alam rasa macam rusa masuk kampung sebelah. =_=''.
Masa cabut nombor rumah, terpinga-pinga bawak kereta sebab tak tau jalan. Rasa nak nangis pun ade. Stress jugak nak beli rumah ni sebenarnya. Lepas tu sensorang plak tu yang handle. Memang kental betul. Hahaha. :P

So basically proses pembelian rumah Selangorku ini macam ni....: 

1) Cabut nombor unit 
Developer akan bagi tarikh utk cabut nombor unit and sign S&P dengan lawyer developer. Haritu amik masa satu hari jugak la kat office developer. Oh, time tu jugak kena bayar duit booking sebanyak RM2,000.00.

2) Setelkan Down-payment
Developer akan bagi tahu bila tarikh last untuk bayar down-payment. Untuk rumah De Palma ni, down-payment yang diperlukan 10% iaitu sebanyak RM17,000.00. Since haritu booking dah bayar RM2,000.00 baki untuk down-payment hanyalah RM15,000.00.

3) Apply Loan dengan Bank
Masa time cabut nombor haritu, memang banyak bank-bank panel developer yang akan datang promote loan mereka, ada jugak yang mintak details untuk dieorang contact. So, kalau tak tau nak apply loan mane. Bole la borak-borak dengan agen bank tu. Agak stress jugak nak choose mana bank yang offer kita paling berbaloi. Sebabnya ada banyak faktor yang kene amik kire macam Conventional or Islamic Loan, rate yang dioffer, full loan or 90%. 

 Masa tu dapat offer dari 3 bank. UOB, Hong Leong and Maybank.

a) UOB
Offer interest rate paling rendah. 4.55% monthly dalam RM 761. UOB ni offer conventional sahaja. Kalan tak silap untuk long term, rate tu akan berubah-ubah bergantung pada Bank Negara. (untuk explanation yang lebih details pasal conventional loan ni boleh google ye. aku pun tak arif. hehe)

b) Hong Leong 
Offer dalam 4.75% so monthly dalam RM 779 (Islamic Loan). Tapi aku dapat dalam 89% Loan je. So kene topup sikit la kat down-payment. Tapi yang aku musykil kan, agen Hong Leong cakap once construction da start da kena bayar full RM779. So, aku macam terkejut. Sebab amount tu agak besar la pada ketika sekarang. :( 

c) Maybank 
Offer dalam 4.85% so monthly dalam RM788 and Islamic Loan. Dapat 90% loan. untuk 35 tahun. Interest paling tinggi berbanding Hong Leong and UOB. Tapi orang maybank cakap during construction hanya akan bayar ikut progressive work done on site. And takde lah start-start dah kena bayar RM700++. So aku pun accept jer lah. sebab dah tak tau sangat kan? hehe.

So, aku choose Maybank. Settel Loan, sign Offer Letter, Insurance, etc dengan Maybank terus email kepada developer untuk dapatkan original copy S&P daripada lawyer. 

4) Loan Agreement
Agak amik masa sikit la. dalam 2 minggu lepas setel loan semua. Lawyer akan call untuk set appointment dengan purchaser untuk sign loan agreement. Untuk Loan Agreement, aku amik yang sama dengan lawyer S&P. Mudah skit and agak murah jugak la. Secara kasar untuk preparation loan agreement, lawyer fee dalam RM3000++. Lain bank lain documentnye, lain fee nye. 

Sekarang semua dah setel. Alhamdulillah. just tunggu duit dalam bank kene potong je la. 

Oh yer. masa kite dah accept offer and bayar booking fee. Bahagian Perumahan Selangor akan hantar satu surat tentang tawaran rumah tu. So kite kene hantar bahagian borang yang mengatakan kite accept tawaran rumah tu. 

^_^

Tuesday, March 15, 2016

Hantaran Tunang

Assalammualaikum...

Hari ni nak throwback sikit. Sebelum terlupa nak update. Baik taip siap-siap kat sini. 

Ni just nak share Hantaran Tunang haritu. Kot la kan boleh bagi idea kat orang lain pulak. (macam lah ade orang bace blog aku ni kan? haha )

Untuk tunang haritu, aku pilih sendiri bunganye sebab aku ni memang minat bunga. Sebelum ibu pilih bunga-bunga dia, baik kt potong line. Kite pilih dulu la yea.. Aku beli kat kedai Thank Q Nilai 3. Aku beli takde lah banyak sangat memandangkan dulang yang patut aku prepare hanya 5 dulang sahaja. :) 

Inilah hasil pencarian bunga aku

Basically, untuk tunang aku pilih hantaran yang simple je. Semua barang hantaran kiteorang adalah berbentuk makanan. Lagipun buat simple sangat. Family-family kiteorang jer. :) Untuk tunang ni, aku mintak sponsor adik beradik aku. hehe. Langkah penjimatan. :P Lagipun makanan je kan. So, dieorang okay kan aje. hehe.

Dulang hantaran aku kepada Nazree ade 5 iaitu:

1) Kek Tunang - Along and Kak Aina sponsor. Kek ni tempah kat officemate kak aina. Serius jeles dengan family PD. ktorang dapat tengok je. tak dapat rasa. hehe. Dieorang kate sedap! Okay, mak lagi jeles. =__=''
Cantikkan? 

2) Buah - Angah and Kak Midah sponsor. Buah-buah ni aku and alang request nak buah ape. Sebab nak bagi raga ni lebih colorful. So dalam raga ni ada buah pisang, dragon fruit, mangga and anggur. Tu jer. :)

Buah-buahan

3) Coklat - Anchik belanja. Paw die Forerro Rocher jer. Aku beli kat Chocolaate Museum, Kota Damansara jer. Harga die kadang-kadang lebih murah tapi takde lah semurah Langkawi. Sedap je kan? Menarik jer untuk habiskan Forerro Rocher ni. :P


4) Dried Fruits - Achik, Babah belanja. Kiteorang mix kan dengan beberapa dried fruits. Ada kiwi, appricot, peach, kurma and raisin. Beli kat Warta jer dried fruits ni. :)


5) Cookies - Ibu belanja bekas je. Actually ktorang jumpe cookies ni kat dapur. Mesti ada orang beli tapi tak makan. hehe. So amik je la sebab rasa masih sedap. hehe :)


Untuk bunga tangan. memang takde niat pun nak beli. Tapi sebab da masuk Kaison. Ternampak  pulak bunga ni. Macam cantik jer. terus beli. :) 



Bird eye view  untuk hantaran aku kepada Nazree

Untuk hantaran Nazree kepada aku. Die pun bagi 5 dulang je. Patutnye 3 jer. tapi last mini add jadi 5. So basically Hantaran dia ada Brownies, kuih bakar, buah, coklat and bunga rampai. 


Hantaran Nazree kepada aku. 

 Tu jer kot nak citer pasal hantaran Tunang. :)


Jalan-Jalan Melaka

Assalammualaikum..

Last weekend kiteorang balik kampung Melaka. Rasenye situ je pun kampung aku. Kampung ibu kat Durian Daun Masjid Tanah jer.  :P 

Since semua orang mood cuti yang terlebih, aku, ibu and indok gi jalan-jalan sekitar Sg Udang and Tanjung Keling Dah tutup pintu semua nak masuk kereta. Tiba-tiba je ade plak tetamu tak undang masuk halaman rumah tengah duk feeling party. :P



Jemput makan semua. Makan banyak sikit. Tak yah cabut rumput esok. :P

Tinggalkan lembu-lembu dengan rumputnya. kitaorang proceed jalan. Yeay!

Aku je ke happy? :P
Sebenarnya niat nak beli kain kat Kamdar Sg Udang tu. dah alang-alang ke sana lajakkan perjalanan sikit ke Tanjung Keling. Situ ade favorite port kiteorang. Jarang-jarang dapat pergi situ sebab kadang-kadang jalan dari Masjid Tanah ke Bandar Melaka tu jem. Lagi-lagi cuti sekolah macam ni. 

Tapi petang hari sabtu tu, alhamdulillah jalan clear. Tak sangka pulak kan jalan clear. :D 

Kiteorang selamat sampai ke port kiteorang jam 6 macam tu. Nama restaurant ni Barkat Roti John kat Pantai Puteri. Bole google je location die. :)

Inilah tempat favorite. 
Barkat Roti John ni memang dah lame dah femes kat sini. Dah buka beberapa cawangan kat sekitar Melaka. Roti John die is the best! authentic. hanya sardin and telur je. Tak ada ayam or daging macam yang ade kat pasar malam tu. Roti John die 4.50. ktorang makan 2. Tapaw 5. Haha. TAMAK. :P

Selain Roti John, Ayam golek die pun is the best! Kiteorang makan setengah ekor. Harga dalam RM 10. Okay la kot. :D 

Dah kenyang perot gembira, ayuh pulang. Sebelum pulang singgah kat tepi pantai amik gambar. Cantikkan? :P
Sunset @ Pantai Puteri