Followers

Thursday, March 31, 2016

My Ultimate Kek Batik

Assalammualaikum..

Last weekend kiteorang ada buat birthday dinner untuk anak buah teristimewa kiteorang. Zayyad Harraz yang ke 4. So kami setiap orang kene sponsor la sedikir makanan. Ala-ala pot luck gitu.

The Joneds

So aku decide untuk buat kek batik and macaroni cheese bakar. Alhamdulillah laku makanan-makanan tu, Tak sangka! :)

Since, Kek Batik ku menjadi topik hangat malam tu, nak la share sikit resepinye. Haha. Walaupun Kek Batik, nak jugak share resepi. Layankan aje.

Bahan-bahan:
  1. Biskut Marie - prefer cap ping pong
  2. Milo - paket sederhana 450g
  3. Susu tin pekat - 1 tin
  4. Susu tin cair - 1 tin
  5. Buttercup - sebuku
Cara-caranya
  1. Panaskan butter. Aku guna sebuku. Untuk lebih rasa masin lagi berlemak.
  2. Masukkan milo sepaket.
  3. Masukkan susu tin pekat dalam 3 suku tin.
  4. Masukkan susu tin cair dalam setengah tin. Letak susu cair ni bagi kek kite lebih moist. Kalau x kek akan sedikit keras.
  5. Dah sebati semua. Pecah-pecahkan biskut marie dalam adunan tadi. Gaul-gaul.
  6. Masukkan dalam loyang / tupperware dan sejukkan.
  7. Hiasan boleh letak chocolate chips or ape-ape yang menarik.

Tadaa..!

My Ultimate Kek Batik

PERASAN. :P

Tuesday, March 29, 2016

Shopping @ Bath and Body Works

Assalammualaikum wbt...

Minggu sangat terasa panjangnya. Apatah lagi sekarang ni musim panas... Phewww... Panasnya tahap panas bole mandi 10x...

Lagi-lagi waktu nak hujan. Bahang bumi dah naik.. Memang terasa panasnya..

Hari jumat lepas  jalan-jalan The Curve nak tengok wayang dengan Wedad & Anchik. Dari office terus ke The Curve. Sementara menunggu puteri bukit tangga tu dan putera bukit perimbun tu, aku jalan-jalan sekitar situ. Lama rasanya tak jalan kat sini. Sambil jalan sensorang ni, mata melilau la. Kot-kot ada yang boleh dipancing. Hehe


Aku dah lama nampak kedai ni. Tapi x pernah nak masuk. Adakah faktor takut terpancing? Macam hari ni... Hehh =_='

Macam biasalah perempuan memang kalah dengan perkataan 'sale', 'free' and ape2 lah perkataan yang membawa maksud apa-ape yang menguntungkan. Haha. So Zetty.  :P

So tadi aku termasuk kedai Bath & Body Works. Fuhh memang terangsang habis aku untuk membeli. Memang dah niat dah nak cari body mist. Kedai ni memang perfect tuk aku. Yup. Purrrfect!


Aku jujur kat salesgirl kate, ni first time aku masuk kedai ni. So die promote habis-habisan la. Aku pun macam lalang ikut je ape yang die bagi test. 

Bath &Body Works ni aku rasa ada lah dekat 50 jenis wangian. Kau cakap je kau suke jenis bau macam mana. memang die da siap-siap asingkan ikut category. and setiap category ada banyak wangian and setiap tu mesti ade Body Wash, Body Lotion and Body Mist. Aku kat sana jadi gile baru da. sampai dah kene amik nafas panjang-panjang. Sebab dah deria bau aku dah mix macam-macam bau dah. hehe

Antara banyak-banyak aku tertarik dengan 3 bau ni. Sekarang ni ada promotion buy one free three. Eh, silap. Buy three free one. :P Any three yang kau minat dalam kedai tu. Amik and free satu. Yang free pun kau boleh pilih mane b suke. Terbaikk!

Honestly, aku suke bau yang sweet bunga-bunga gitew. Macam minah bunga gitew. Tapi salah satu favorite aku kat Bath & BodyWorks ialah fruity scent.  Macam kali ni aku tersuka lak bau buah mangga. MANGO TANGO TWIST. Sweet bau die. Menarik. Aku amik body mist and lotion die.



Untuk lagi 2 aku amik bau yang floral scent. My favorite. :) Bau die agak soft and sweet. Sesuai tuk yang suke girlish-girlish. Aku tak boleh nak describe sangat bau die. So, kalau nak tau bau die kenalah datang sana. Sure terkesima macam aku. Yang lagi dua aku beli ni:



Overall die macam Victoria Secret, macam The Body Shop. Harga sangat berbaloi. Especially bila ada Sale macam ni. SANGAT BERBALOI. Aku beli 4 ni baru RM 105.00. Aku rase sangat sesuai untuk siapa-siapa yang nak buat gift tuk yang tersayang. :) 


Tuesday, March 22, 2016

Proses Pembelian Rumah Selangorku

Assalammualaikum...

Hari ni masuk-masuk office je, bukak blog dulu. Rasa macam nak update pasal proses pembelian rumah aku kat Setia Alam. Just nak share la kan. Mana tahu membantu. :)

Alhamdulillah so far, aku dah completekan semua agreement-agreement yang patut. Just tunggu untuk Maybank potong duit dalam account je. =__=''

Start dengan Permohonan Rumah Selangorku. Aku start memohon dalam bulan March 2015 macam tu. Agak lama jugak sebenarnya. Masa tu aku gian apply rumah. PR1MA lah, Rumah Selangorku la. and macam-macam lagi. Actually, time tu takde perancangan nak kahwin lagi. tu yang sibuk nak beli rumah. Masa tu aim nak beli rumah apartment 4 tingkat dekat Alam Budiman. dalam 150 ribu jer. Tapi rumah tuh da ade shortlisted yang dapat offer rumah tu. Tapi since then tak pernah update borang. Itu yang dapat Pangsapuri De Palma, Setia Alam sana tu. :)

Masa dapat tu cuak jugak. Actually memang tak pernah pergi Setia Alam rasa macam rusa masuk kampung sebelah. =_=''.
Masa cabut nombor rumah, terpinga-pinga bawak kereta sebab tak tau jalan. Rasa nak nangis pun ade. Stress jugak nak beli rumah ni sebenarnya. Lepas tu sensorang plak tu yang handle. Memang kental betul. Hahaha. :P

So basically proses pembelian rumah Selangorku ini macam ni....: 

1) Cabut nombor unit 
Developer akan bagi tarikh utk cabut nombor unit and sign S&P dengan lawyer developer. Haritu amik masa satu hari jugak la kat office developer. Oh, time tu jugak kena bayar duit booking sebanyak RM2,000.00.

2) Setelkan Down-payment
Developer akan bagi tahu bila tarikh last untuk bayar down-payment. Untuk rumah De Palma ni, down-payment yang diperlukan 10% iaitu sebanyak RM17,000.00. Since haritu booking dah bayar RM2,000.00 baki untuk down-payment hanyalah RM15,000.00.

3) Apply Loan dengan Bank
Masa time cabut nombor haritu, memang banyak bank-bank panel developer yang akan datang promote loan mereka, ada jugak yang mintak details untuk dieorang contact. So, kalau tak tau nak apply loan mane. Bole la borak-borak dengan agen bank tu. Agak stress jugak nak choose mana bank yang offer kita paling berbaloi. Sebabnya ada banyak faktor yang kene amik kire macam Conventional or Islamic Loan, rate yang dioffer, full loan or 90%. 

 Masa tu dapat offer dari 3 bank. UOB, Hong Leong and Maybank.

a) UOB
Offer interest rate paling rendah. 4.55% monthly dalam RM 761. UOB ni offer conventional sahaja. Kalan tak silap untuk long term, rate tu akan berubah-ubah bergantung pada Bank Negara. (untuk explanation yang lebih details pasal conventional loan ni boleh google ye. aku pun tak arif. hehe)

b) Hong Leong 
Offer dalam 4.75% so monthly dalam RM 779 (Islamic Loan). Tapi aku dapat dalam 89% Loan je. So kene topup sikit la kat down-payment. Tapi yang aku musykil kan, agen Hong Leong cakap once construction da start da kena bayar full RM779. So, aku macam terkejut. Sebab amount tu agak besar la pada ketika sekarang. :( 

c) Maybank 
Offer dalam 4.85% so monthly dalam RM788 and Islamic Loan. Dapat 90% loan. untuk 35 tahun. Interest paling tinggi berbanding Hong Leong and UOB. Tapi orang maybank cakap during construction hanya akan bayar ikut progressive work done on site. And takde lah start-start dah kena bayar RM700++. So aku pun accept jer lah. sebab dah tak tau sangat kan? hehe.

So, aku choose Maybank. Settel Loan, sign Offer Letter, Insurance, etc dengan Maybank terus email kepada developer untuk dapatkan original copy S&P daripada lawyer. 

4) Loan Agreement
Agak amik masa sikit la. dalam 2 minggu lepas setel loan semua. Lawyer akan call untuk set appointment dengan purchaser untuk sign loan agreement. Untuk Loan Agreement, aku amik yang sama dengan lawyer S&P. Mudah skit and agak murah jugak la. Secara kasar untuk preparation loan agreement, lawyer fee dalam RM3000++. Lain bank lain documentnye, lain fee nye. 

Sekarang semua dah setel. Alhamdulillah. just tunggu duit dalam bank kene potong je la. 

Oh yer. masa kite dah accept offer and bayar booking fee. Bahagian Perumahan Selangor akan hantar satu surat tentang tawaran rumah tu. So kite kene hantar bahagian borang yang mengatakan kite accept tawaran rumah tu. 

^_^

Tuesday, March 15, 2016

Hantaran Tunang

Assalammualaikum...

Hari ni nak throwback sikit. Sebelum terlupa nak update. Baik taip siap-siap kat sini. 

Ni just nak share Hantaran Tunang haritu. Kot la kan boleh bagi idea kat orang lain pulak. (macam lah ade orang bace blog aku ni kan? haha )

Untuk tunang haritu, aku pilih sendiri bunganye sebab aku ni memang minat bunga. Sebelum ibu pilih bunga-bunga dia, baik kt potong line. Kite pilih dulu la yea.. Aku beli kat kedai Thank Q Nilai 3. Aku beli takde lah banyak sangat memandangkan dulang yang patut aku prepare hanya 5 dulang sahaja. :) 

Inilah hasil pencarian bunga aku

Basically, untuk tunang aku pilih hantaran yang simple je. Semua barang hantaran kiteorang adalah berbentuk makanan. Lagipun buat simple sangat. Family-family kiteorang jer. :) Untuk tunang ni, aku mintak sponsor adik beradik aku. hehe. Langkah penjimatan. :P Lagipun makanan je kan. So, dieorang okay kan aje. hehe.

Dulang hantaran aku kepada Nazree ade 5 iaitu:

1) Kek Tunang - Along and Kak Aina sponsor. Kek ni tempah kat officemate kak aina. Serius jeles dengan family PD. ktorang dapat tengok je. tak dapat rasa. hehe. Dieorang kate sedap! Okay, mak lagi jeles. =__=''
Cantikkan? 

2) Buah - Angah and Kak Midah sponsor. Buah-buah ni aku and alang request nak buah ape. Sebab nak bagi raga ni lebih colorful. So dalam raga ni ada buah pisang, dragon fruit, mangga and anggur. Tu jer. :)

Buah-buahan

3) Coklat - Anchik belanja. Paw die Forerro Rocher jer. Aku beli kat Chocolaate Museum, Kota Damansara jer. Harga die kadang-kadang lebih murah tapi takde lah semurah Langkawi. Sedap je kan? Menarik jer untuk habiskan Forerro Rocher ni. :P


4) Dried Fruits - Achik, Babah belanja. Kiteorang mix kan dengan beberapa dried fruits. Ada kiwi, appricot, peach, kurma and raisin. Beli kat Warta jer dried fruits ni. :)


5) Cookies - Ibu belanja bekas je. Actually ktorang jumpe cookies ni kat dapur. Mesti ada orang beli tapi tak makan. hehe. So amik je la sebab rasa masih sedap. hehe :)


Untuk bunga tangan. memang takde niat pun nak beli. Tapi sebab da masuk Kaison. Ternampak  pulak bunga ni. Macam cantik jer. terus beli. :) 



Bird eye view  untuk hantaran aku kepada Nazree

Untuk hantaran Nazree kepada aku. Die pun bagi 5 dulang je. Patutnye 3 jer. tapi last mini add jadi 5. So basically Hantaran dia ada Brownies, kuih bakar, buah, coklat and bunga rampai. 


Hantaran Nazree kepada aku. 

 Tu jer kot nak citer pasal hantaran Tunang. :)


Jalan-Jalan Melaka

Assalammualaikum..

Last weekend kiteorang balik kampung Melaka. Rasenye situ je pun kampung aku. Kampung ibu kat Durian Daun Masjid Tanah jer.  :P 

Since semua orang mood cuti yang terlebih, aku, ibu and indok gi jalan-jalan sekitar Sg Udang and Tanjung Keling Dah tutup pintu semua nak masuk kereta. Tiba-tiba je ade plak tetamu tak undang masuk halaman rumah tengah duk feeling party. :P



Jemput makan semua. Makan banyak sikit. Tak yah cabut rumput esok. :P

Tinggalkan lembu-lembu dengan rumputnya. kitaorang proceed jalan. Yeay!

Aku je ke happy? :P
Sebenarnya niat nak beli kain kat Kamdar Sg Udang tu. dah alang-alang ke sana lajakkan perjalanan sikit ke Tanjung Keling. Situ ade favorite port kiteorang. Jarang-jarang dapat pergi situ sebab kadang-kadang jalan dari Masjid Tanah ke Bandar Melaka tu jem. Lagi-lagi cuti sekolah macam ni. 

Tapi petang hari sabtu tu, alhamdulillah jalan clear. Tak sangka pulak kan jalan clear. :D 

Kiteorang selamat sampai ke port kiteorang jam 6 macam tu. Nama restaurant ni Barkat Roti John kat Pantai Puteri. Bole google je location die. :)

Inilah tempat favorite. 
Barkat Roti John ni memang dah lame dah femes kat sini. Dah buka beberapa cawangan kat sekitar Melaka. Roti John die is the best! authentic. hanya sardin and telur je. Tak ada ayam or daging macam yang ade kat pasar malam tu. Roti John die 4.50. ktorang makan 2. Tapaw 5. Haha. TAMAK. :P

Selain Roti John, Ayam golek die pun is the best! Kiteorang makan setengah ekor. Harga dalam RM 10. Okay la kot. :D 

Dah kenyang perot gembira, ayuh pulang. Sebelum pulang singgah kat tepi pantai amik gambar. Cantikkan? :P
Sunset @ Pantai Puteri


Thursday, March 10, 2016

Specky Sudah


Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ni aku rajin menonton Drama Korea kat www.dramanice.to. Macam-macam drama aku tengok. Memang aku marathon. Mula dengan Boys Over Flower, City Hunter, Personal Taste, Full House (Take 2), and last My Unfortunate Boyfriend. 

Heaven giler tengok drama korea. Asal celik mata je on henfon terus gi website die. Selalu gak tengok dalam gelap. huhu Bahaya betul fanatik dengan drama korea ni kan?

Tapi memang suke la sume citer yang aku da marathon hari tu. :D So far latest favorite aku My Unfortunate Boyfriend. Kelakar tak ingatt. hehe. Aku da start tengok kali ke dua da sekarang ni. Hehe.



Since, da tengok screen hp/laptop/pc lame-lame memberikan penyumbang kepada kerabunan dan kesilauan mataku. ahaks. So haritu pergi lah check mata kat kedai speck. Dan confirm aku kene pakai speck. ohhhh tidak... Duit ku terbang... :D 


Sebelum pakai speck

Selepas pakai speck
Okay. Nampak macam cikgu besar. Okay. Aku memang besar pon. =(

Wednesday, March 09, 2016

Dah ready?

Assalammualaikum...

Lama dah tak tulis kat sini walaupun selalu jer aku log in sini. Hari ni, aku decide untuk start posting persediaan aku untuk bulan Sembilan ni. :D 

InshaAllah aku akan bernikah bulan Sembilan ni. So, nawaitu aku start nak buat post pasal persediaan aku adalah sebab sekarang ni memang aku akan selalu baca review-review blogger untuk bridal, photog, or ape2 yang berkaitan pasal kahwin. Aku rase blogger lain banyak bantu aku untuk readykan majlis aku. At least aku ada lah sedikit ilmu untuk bersedia. :D 

Hopefully post-post kat sini nanti membantu orang lain pulak. kan?So basically, aku baru lebih kurang 30-40% ready untuk majlis. Yeke? Agak2 je lah ye.. :) 

Start with persalinan. Untuk kain baju nikah dan kain baju bertandang, kainnye untuk buat baju nikah aku da beli kat Jakarta last year masa trip dengan office mate aku kat sana. Mula-mula tu ragu-ragu jugak nak beli sebab takut orang lain fikir aku ni beriye sangat nak kahwin la..kermaruk nak kahwin laa.. tapi sebab harga kat sana jauh lebih murah. so aku pun readykan je laa.. beli jela... 

1. Baju tunang
Aku beli kain lace 1 panel dalam 2m dengan kain kaler valentro warna purple 4.5m. Aku buat baju kurung moden jer. Baaru nak tunjuk gambar full dengan baju tunang, tapi aku baru perasan aku takde gambar full dengan baju tunang ni..heh (-_-)'.. So ini je la baju yang paling full aku pernah amik.. Yang lain sume selfie. :P

^_^

2. Baju Nikah
Aku beli warna putih. Putih ialah not my favorite color. Sebab takot cepat kotor. Tapi bile difikirkan sekali lagi, bile lagi nak pakai all white from head to toe kan? Honestly aku tak ade idea nak design2. Aku just beli 5meter untuk french lace and lining die. Aku just nak buat yang simple and nak kurangkan beading. Maybe sebab faktor upah beading yang mahal kot. Hehe 😅

30 Awesome Wedding Dresses for Muslims 2015 | Pouted Online Magazine – Latest Design Trends, Creative Decorating Ideas, Stylish Interior Designs & Gift Ideas:
Nak buat cenggini. ok x? 

3. Baju Sanding
Untuk Baju Sanding tak tahu lagi nak buat ape. Since aku pilih untuk sewa yang made to measure. Al-maklumlah pengantin size macam aku memang tak banyak and susah skit nak dapat baju yang ngam dengan badan. Untuk tema, mungkin warna Peach. tapi entah lah. masih mencari bridal yang sesuai dan berbaloi. So far da survey kat area Kajang and Bangi. :)

4.Baju Bertandang
Aku pilih biru navy & brown sebagai theme. sebab macam cantik je. ^_^ Beriye nak beli untuk buat belah aku kat bangi tapi end up buat baju tu belah pihak PD. :( Sebab kat sini nak buat pakej pelamin bridal sume da siap baju. Since kain da beli. buat belah PD je la. :D

gorgeous blue!:
mule-mule berkenan colour ni.

Untuk shawl and veil macam plan nak buat sendiri.. tapi tengok aje lah nanti. Jadi ke tidak. hehe Dari segi design mungkin aku plan nak buat Princess Cut @ Empire Cut full lace dress. Full lace dress tu macam baju yang putih kat atas. Beading simple-simple je kot. 

Which dress should you marry? Helps you find the perfect dress for your body type:
Ini sangat membantu okay? :)

Baju nikah and bertandang tu plan macam nak buat kat tailor house mate aku buat baju kahwin hari tu.  Kak Zureen kat area Pasar Besar Gombak tu.. Mase tempah baju tunang hari tu, kemas jugak jahitan die. :) Nak cari tukang jahit lain takut mahal sgt cas nanti. Dengarnye ade yang sampai ribu-ribu. ohhh tak sanggup mak... 

Berbalik kepada soalan, betul ke dah ready? 

Ahaks,
Zetty