Followers

Tuesday, March 22, 2016

Proses Pembelian Rumah Selangorku

Assalammualaikum...

Hari ni masuk-masuk office je, bukak blog dulu. Rasa macam nak update pasal proses pembelian rumah aku kat Setia Alam. Just nak share la kan. Mana tahu membantu. :)

Alhamdulillah so far, aku dah completekan semua agreement-agreement yang patut. Just tunggu untuk Maybank potong duit dalam account je. =__=''

Start dengan Permohonan Rumah Selangorku. Aku start memohon dalam bulan March 2015 macam tu. Agak lama jugak sebenarnya. Masa tu aku gian apply rumah. PR1MA lah, Rumah Selangorku la. and macam-macam lagi. Actually, time tu takde perancangan nak kahwin lagi. tu yang sibuk nak beli rumah. Masa tu aim nak beli rumah apartment 4 tingkat dekat Alam Budiman. dalam 150 ribu jer. Tapi rumah tuh da ade shortlisted yang dapat offer rumah tu. Tapi since then tak pernah update borang. Itu yang dapat Pangsapuri De Palma, Setia Alam sana tu. :)

Masa dapat tu cuak jugak. Actually memang tak pernah pergi Setia Alam rasa macam rusa masuk kampung sebelah. =_=''.
Masa cabut nombor rumah, terpinga-pinga bawak kereta sebab tak tau jalan. Rasa nak nangis pun ade. Stress jugak nak beli rumah ni sebenarnya. Lepas tu sensorang plak tu yang handle. Memang kental betul. Hahaha. :P

So basically proses pembelian rumah Selangorku ini macam ni....: 

1) Cabut nombor unit 
Developer akan bagi tarikh utk cabut nombor unit and sign S&P dengan lawyer developer. Haritu amik masa satu hari jugak la kat office developer. Oh, time tu jugak kena bayar duit booking sebanyak RM2,000.00.

2) Setelkan Down-payment
Developer akan bagi tahu bila tarikh last untuk bayar down-payment. Untuk rumah De Palma ni, down-payment yang diperlukan 10% iaitu sebanyak RM17,000.00. Since haritu booking dah bayar RM2,000.00 baki untuk down-payment hanyalah RM15,000.00.

3) Apply Loan dengan Bank
Masa time cabut nombor haritu, memang banyak bank-bank panel developer yang akan datang promote loan mereka, ada jugak yang mintak details untuk dieorang contact. So, kalau tak tau nak apply loan mane. Bole la borak-borak dengan agen bank tu. Agak stress jugak nak choose mana bank yang offer kita paling berbaloi. Sebabnya ada banyak faktor yang kene amik kire macam Conventional or Islamic Loan, rate yang dioffer, full loan or 90%. 

 Masa tu dapat offer dari 3 bank. UOB, Hong Leong and Maybank.

a) UOB
Offer interest rate paling rendah. 4.55% monthly dalam RM 761. UOB ni offer conventional sahaja. Kalan tak silap untuk long term, rate tu akan berubah-ubah bergantung pada Bank Negara. (untuk explanation yang lebih details pasal conventional loan ni boleh google ye. aku pun tak arif. hehe)

b) Hong Leong 
Offer dalam 4.75% so monthly dalam RM 779 (Islamic Loan). Tapi aku dapat dalam 89% Loan je. So kene topup sikit la kat down-payment. Tapi yang aku musykil kan, agen Hong Leong cakap once construction da start da kena bayar full RM779. So, aku macam terkejut. Sebab amount tu agak besar la pada ketika sekarang. :( 

c) Maybank 
Offer dalam 4.85% so monthly dalam RM788 and Islamic Loan. Dapat 90% loan. untuk 35 tahun. Interest paling tinggi berbanding Hong Leong and UOB. Tapi orang maybank cakap during construction hanya akan bayar ikut progressive work done on site. And takde lah start-start dah kena bayar RM700++. So aku pun accept jer lah. sebab dah tak tau sangat kan? hehe.

So, aku choose Maybank. Settel Loan, sign Offer Letter, Insurance, etc dengan Maybank terus email kepada developer untuk dapatkan original copy S&P daripada lawyer. 

4) Loan Agreement
Agak amik masa sikit la. dalam 2 minggu lepas setel loan semua. Lawyer akan call untuk set appointment dengan purchaser untuk sign loan agreement. Untuk Loan Agreement, aku amik yang sama dengan lawyer S&P. Mudah skit and agak murah jugak la. Secara kasar untuk preparation loan agreement, lawyer fee dalam RM3000++. Lain bank lain documentnye, lain fee nye. 

Sekarang semua dah setel. Alhamdulillah. just tunggu duit dalam bank kene potong je la. 

Oh yer. masa kite dah accept offer and bayar booking fee. Bahagian Perumahan Selangor akan hantar satu surat tentang tawaran rumah tu. So kite kene hantar bahagian borang yang mengatakan kite accept tawaran rumah tu. 

^_^

151 comments:

nur atiqah kr said...

Thank you share tentang ni :) bermanfaat. saya masih di dalam senarai menunggu. in shaa Allah kalau ada rezeki dapatla beli rumah selangor ni, saya mohon di bandar seri coalfields kuala selangor :) setia alam tu best kn sbb tgah nak membangun.

ztsuhaily abdmalib said...

eh, ada jugak yang sudi bace post kite. sama-sama awak. inshaAllah ada rezeki awak. :)

Hani Suraya Sulaiman said...

Sy pon ade try apply bandar seri coalfields..hopefully dpt huhu

maisara majid said...

saya ada dapat tawaran rumah selangorku tapi dalam sistem online dia cakap ditawarkan rumah dan di beritahu dimana lokasi dan juga jenis, so memang kene tunggu lame ke untuk surat tawaran tu dan selalunye memang dia akan panggil berkelompok ker?

ztsuhaily abdmalib said...

Hi Hani, sy doakan yang terbaik buat awak. Mudah-mudahan ada rezeki awak. :)

Hi Maisara, macam saya.. saya tahu melalui surat dulu.. panggilan mmg akan berkelompok. memudahkan pihak developer utk arrange s&p dan cabutan no rumah. :)

Unknown said...

hai, maaf tumpang tanya, kalau dah dalam senarai menunggu, brapa lama ye awk tunggu?sbb saya masih dalam senarai menunggu.. ;)

ztsuhaily abdmalib said...

Hai. Tak pasti pulak. Sbb mase die bagi surat offer rumah tu. Terus dapat date sign s&p dgn developer. Mungkin kes senarai menunggu ni bergantung kepada availability unit yg ada. Mungkin bergantung pada yg reject offer, loan x lepas dan etc. maybe makan bulan jugak. Tp awk just tggu je taw. InshaAllah ade rezeki awk.

syakirah deraman said...

ohh..okay thanks awk..sy apply dekat ukay indah,sungai sering..doakan ada rezeki sy boleh beli rumah.. ;)

ztsuhaily abdmalib said...

sama-sama. :) inshaAllah ada rezeki awak. :)

Yaya Yasmeen said...

Kita berjiran lah yaa hehe

Yaya Yasmeen said...

Kita berjiran lah yaa hehe

Red Blade said...

Assalamualaikum... nk tny seminggu lepas submit status sy berjaya didaftarkan... selang sebulan status senarai menunggu.. dan semlm status dy ditawarkan rumah... nk tny bermakna rumah yg sy mohon tu dpt la yer.. ke mcmn... nk tau juga proses selanjutnya... mohon penecerahan mn yg dh ada pgalaman ... sy juga mohon di Bdr Seri Coalfields.. tq

amali maulan said...

Red Blade,

Kalau status "ditawarkan rumah' memang dah dapat dah tu. Boleh terus ke Sales Gallery Bandar Seri Coalfield utk buat booking & pilih lot. Tak silap dah tak banyak lot rumah yg tinggal. Booking RM2,000. Papehal boleh contact terus dengan KLK Land 03-6039 9377. Sy dh buat booking bulan 4 tadi. Thanks

Red Blade said...

Terima kasih pencerahan saudara amali maulan... surat belum sampai ke tgn sy.. kata pegawai LPHS ada pemohon yg blm lengkap dokumen... dia akan pos sekali... so kalo pergi ke sales galery KLk mesti bawa doc n suratkan... mengenai loan bank mcmna.. kt buat sendiri or mereka ada panel yg ditetapkan.. pilihan rumah tu atas kt yer.. if nak pilih lot tepi pun atas kt yer... kalo ada rezeki kt bjiran la yer nnt ..hehehe

Tanah Air said...

Assalamualaikum..rmai juga yg apply kat Bdr Sri Coalfields ye..saya baru je daftar dan dalam senarai menunggu..klu ada rezeki disana Alhamdulillah.cuma nak tanya,selepas kita bayar booking RM2000 tu, selalunya berapa lama kita diberi masa utk bayar downpayment tu?Dan bila pula nk apply loan bank?ada ke bank yang sediakan 100% loan?

ztsuhaily abdmalib said...

En Red sorry tak ter reply comment awak. Lama tak jengah blog ni. and untuk En Amali thank you jawabkan soalan En Red. :)

ztsuhaily abdmalib said...

Salam Tanah Air. Masa bayar booking RM2000 haritu, developer akan bagi tau berapa lama tempoh yang kita ada untuk setelkan downpayment dan kene ade loan bank. haritu saya dalam tempoh sebulan kene setelkan baki downpayment tu. Lepas je bayar booking fee tu, dah boleh da start cari-cari loan bank. kalau x silap dalam sebulan lebih jugak la proses cari loan and setelkan loan tu. Based on pengalaman kawan2 De Palma, ade yang dapat 100% loan. Especially BSN & Bank Rakyat. Maybe ade gak dari bank lain. cume sy tak pasti pulak.

Hope membantu! :)

amali maulan said...

Red Blade,

Hehe, kalau ade rezki lah eh..Same2.. LPHS akan hantar surat ke rumah. Ada 2 surat. Satu, surat tawaran rumah. Dua, surat jawapan dari kita sama ada terima atau tak. Dua2 surat ni yang kena bagi dekat pegawai KLK masa buat booking. Die akan cop dekat borang jawapan tu. Lepas tu kite kena hantar surat tu ke LPHS balik. Masa buat booking ni, memang kite kena pilih unit rumah yang kita suka. Masa saya buat booking bulan 4 hari tu, corner lot dah fully booked. Pastu unit pn dah tak banyak boleh pilih. (takpe yg penting ade rumah).

Untuk pembiayaan rumah, KLK dah ada panel sendiri. Kita boleh ambik contact panel bank2 dari KLK. Lepastu, kita contact la bank yang kita nak buat pembiayaan tu. Cuba try kat semua bank. Tengok rate yang paling rendah. Buat survey sikit. Untuk 100% pembiayaan memang ada. Tambah2 lagi kalau rumah yang nak beli ni rumah pertama kita. Tapi kena ingat, nak dapatkan 100% kena tengok kelayakan kita. Die akan tgk DSR Debt Service Ratio. Kalau cantik, tak banyak komitment, boleh lepas 100% pembiayaan. Dan DSR ni bank akan kirakan untuk kita untuk tengok berapa had kelayakan pembiayaan kita.

Kalau tak dapat 100% pembiayaan, jangan lupa kita boleh keluarkan duit untuk bayar deposit melalui akaun 2 KWSP. Selamat mencuba semua. All the best! :)

nurul nadia said...

Salam. Sy Nadia. Sy baru apply Runah Selangorku 22/7 dan alhamdulillah telah bertukar status ke senarai menunggu td bersamaan 28/7. Tp neves sgt rase nk tgu smpi di tawarkan. Mohon Allah murahkan rezeki utk dptkan Rumah Selangorku. Btw, sy apply rumah di Setia Alam juga, De Kiara.

nurul nadia said...

Salam. Sy Nadia. Sy baru apply Runah Selangorku 22/7 dan alhamdulillah telah bertukar status ke senarai menunggu td bersamaan 28/7. Tp neves sgt rase nk tgu smpi di tawarkan. Mohon Allah murahkan rezeki utk dptkan Rumah Selangorku. Btw, sy apply rumah di Setia Alam juga, De Kiara.

ztsuhaily abdmalib said...

salam nurul. inshaAllah ada rezeki awak. :) Amiin. saya doakan yang terbaik buat awak.

Ms Avery said...

Salam to semua,

nama saya ekin. so cerite saye pn smae mcm korang.. if i x silap i apply June this year and alhamdullillah dpt upgrade ke senarai menunggu. ekin apply dkt ukay perdana sg sering. nervous nk tunggu jwpn. ekin blom kahwin lg.. hehehe tp rmi bg taw blom kahwin x leh apply. tp i cube je, inshaallah ade rezeki.

Anonymous said...

Sy bru dpt tawaran di laman impian.. Developer xde inform pn kme setelkan down payment dlm mse sbulan.. Then tetibe skrg kate nk burn deposit sy sbb sy delay apply loan.. Lg 1, harge rumah selangorku ni mmg x ikut harga maksumum spt yg ditetapkn oleh lphs kan.. Just nk tau je..

Anonymous said...

Baru hari nice status tukar ke senarai menunggu , agak2 brp lama Ya nak Tunggu? Laman impian

tukang sapu said...

Salam nak tanye, nie project rumah selangorku rumah baru kan...tapi kenape mereka xde offer full loan? lagi satu, xde bole ke bayar downpayment tu gne kwsp?

James Hakim

Anonymous said...

Assalamualaikum..nak tanye cik zetty suhaily..berapa anggaran kos semua dari booking,sign s&p..ade ke cas2 tersembunyi yg lain oleh pihak pemaju..

Dian Tihani said...

As salam, just nk share

Alhamdulillah selepas 2 tahun permohonan dalam sistem LPHS, minggu lepas kami ditawarkan rumah Apartment di Jade Hills,Kajang Jenis D. Surat dari LPHS masih belum kami terima. Saya ada kol pemaju ( Jade Homes) n mereka minta kami submit 5 dokumen;
1)IC pemohon dan pasangan
2)Penyata KWSP pemohon dan pasangan
3)Slip Gaji pemohon dan pasangan
4)penyata CCRIS pemohon dan pasangan (print out di kiosk Bank Negara)
5)Sijil Nikah

InsyaAllah baru nk submit dokumen dalam minggu ni. Kata pemaju Jenis D harga bermula 220k hingga 250K bergantung pada spesifikasi apa yg kita nak.Tu saya x pasti sebab kena visit gallery dulu. Harga booking 500rm and deposit 10% selepas sign SPA kelak. Saya rasa prosedur berbeza2 mengikut pemaju.

Kelmarin kami jalan2 area jade hills tu..hermm agak seram jugak sebab kt situ mmg area rumah elit lagi mewah dan kawasan tu sedang sibuk dengan kerja kerja perumahan, sedangkan kami orang biasa2 je.hahaha

Tapi bila fikir2 balik, soon bila rumah tu siap bole duduk tanpa perlu rasa terkilan nk bayar sewa bulan2, n owner pon asik nk naikkan hrga sewa rumah tiap2 tahun, plus hrga rumah di sekitar selangor n KL 2-3 tahun akan datang bertambah mahal..so kami decide untuk beli..

doakan dipermudahkan urusan ya

Siapa dpt rumah at Jade Hills ?? nk cari jiran. hehe

AkuKayaAwakKatMaNe said...

Assalamualaikum...
Saya nak mintak sedikit pencerahan..bulan 3/2016 saya memohon rumah selangorku hibiscus2 desa coalfield dan 28 ogos 2016 saya menerima surat pengesahan online yang menyata kan SENARAI MENUNGGGU.berapa lama kah proses untuk menerima surat tawaran cabutan undi dan adakah saya berpeluang untuk memiliki rumah tersebut...mintak jasa baik kawan2 memberi sedikit pencerahan...terima kasih..

AkuKayaAwakKatMaNe said...

Assalamualaikum...
Saya nak mintak sedikit pencerahan..bulan 3/2016 saya memohon rumah selangorku hibiscus2 desa coalfield dan 28 ogos 2016 saya menerima surat pengesahan online yang menyata kan SENARAI MENUNGGGU.berapa lama kah proses untuk menerima surat tawaran cabutan undi dan adakah saya berpeluang untuk memiliki rumah tersebut...mintak jasa baik kawan2 memberi sedikit pencerahan...terima kasih..

tukang sapu said...

Alhamdulillah, dpt offer. Lame nye 2tahun zzz. Sy bru je apply, jade hill jenis C. Macam lambat je process deorg nie. Tu pun xtau bole dpt ke x, masalahnye deorg xbgtau dh penuh ke belum ke, just advertise je, plan rumah etc. xde pulak bape lame process etc. slow btul. klu lembab sgt, nk cri je lain.

diyana ahmad said...

Assalamualaikum. Alhamdulillah sy pun dpt last week jenis D :) Sabtu haritu pergi tengok2. Okay tempat dia. So kena tunggu surat ke boleh terus ke pemaju?

hanis farhana said...

salam sis dian..sy nk tny detail psl proses pembelian rumah di jade hills boleh?bleh sy dptkn cntact no cik or fb ke

hanis farhana said...

salam sis dian..sy nk tny detail psl proses pembelian rumah di jade hills boleh?bleh sy dptkn cntact no cik or fb ke

Aslam Azman said...
This comment has been removed by the author.
hananey said...

Salam sis. Booking payment RM 2k tu bwk cash ke mcm mana ye?

Anonymous said...

salam..nak tanya..kalau bujang gaji memang wajib kene rm3000 ke atas ye?

Unknown said...

Sp yg dpt Rumah kt Jade hill kjg mmg best.situ mmg kwsn elite.sy br apply n tgh tgu jwpn.hope ade rezeki sy....

Unknown said...

Sp yg dpt Rumah kt Jade hill kjg mmg best.situ mmg kwsn elite.sy br apply n tgh tgu jwpn.hope ade rezeki sy....

Zuraya Zainudin said...

Sp yg dpt Rumah kt Jade hill kjg mmg best.situ mmg kwsn elite.sy br apply n tgh tgu jwpn.hope ade rezeki sy....

Hafizi said...

Salam Sis, saya pun baru dapat tawaran rumah dr program selangorku untuk projek De Kiara...nak tanya, lepas dapat tawaran tu, kena contact developer terus atau kena tunngu surat tawaran dulu?

Sasiah 1984 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam. saya baru je dpt tawaran rumah lake front home sepang.tp masih xdpt surat atau sms. mmg kene tunggu dlu ke?sy masih xfaham. nk buat loan tu untuk settle kan down paymnet ke atau untuk pembayaran keseluruhan harga rumah?

atikah salleh said...

Salam saya ada dapat rumah dkt Lakefront dekat cyberjaya,sehingga sekarang masih belum terima surat.tapi saya ada juga call pemaju.tnya bkenan harga.lepastu dia ada email saya borang suruh isi under selangorku.perlu x saya isi atau saya perlu tunggu surat

Shahrol said...

Hi.. Surat tawaran dari lphs mmg lambat ke? Sye dapat tawaran 29 julai tp sampai harini xdpt surat tawan lg.. Booking fees ngan loan dh lepas dh.. Cume lawyer mintak surat tawaran tu.. Try kol lphs tp xpenahyne dapat.. Ade same nasib mcm saye ke?

Shahrol said...

Surat tawaran dari lphs mmg lambat ke? Dh 2 bulan dari tarikh tawaran tp xdpt lg surat tawarannye..

atikah salleh said...

SHAHROL :Awak terus call pemaju ke mcm mna sebab awal dh settle booking fees n loan dh lepas?awak dpt rumah dkt area mna?mmg kalau cll lphs ni sudah benar dpt....sy pun xdpt lg surat tawaran..dh 2ming
gu dr tarikh layak tu

zulhadi said...

Tumpang tanya.. Untuk pendaftaran LPHS, memang lepas dah register dan dah ada dlm senarai menunggu, kita xperlu buat apa2 dan pihak LPHS akan uruskan selebihnya or kita kena gak telefon developer direct? Sebab saya dah register di LPHS setahun lebih dah dan didalam senarai menunggu tapi still xdapat apa2 panggilan punn. Harap sesiapa dapat sharing apa yang spatutnya step yang diperlukan selepas buat pendaftaran di LPHS. Terima kasih

atikah salleh said...

Hye Zulhadi,Saya apply LPHS selama sebulan je terus dapat status ditawarkan rumah,saya xde pula cal tanya LPHS,sebab dr tarikh menunggu tu seminngu dari tu saya ditawarkan rumah,sebab awak dh terlalu lebih baik awal call tanya.ataupun mungkin kawasan yg awak minta tu projek xjalan lg ke..

zulhadi said...

owh..maksudnya project yang awak dapat tu, mmg dh start pembinaan dia la ek?

Haidah Azwa said...

assalamualaikum..saya nak share sikit dan tanya pendapat..sebelom tuh thanks awak share info..hehehe..ok saya ada apply rumah selangorku pada bln 8/2015 dan alhamdulillah dengan izinNya , akhir bln 9/2016 nama saya ditawarkan rumah di taman putra prima puchong daerah dengkil harga rm42,000..lepas dapat tahu nama saya ada dalam sistem..rasa tak tercakap..nervous ada semua ada..terharu ada..sedih ada..maybe saya mengharap selama ni..dan masa sama saya call lphs untuk comfirmation...selang 1 minggu dapat sms dari pemaju..pemaju mintak saya htr dokumen spt ic, sijil cerai, slip gaji 3 bln, laporan ccris ..pening mmg pening sbb nak kan laporan ccris..masa tuh rasa dah down sbb saya tahu saya mmg ada blacklist..sbb kan penah ada masalah bank sebelum ni sbb jadi penjamin bekas suami..dalam down2 saya terus hubungi lphs tanyakan status..dan lphs maklumkan surat akan dikeluarkan kepada pemaju dan bkn kpd saya.jadik pelik dan rasa peluang nipis utk apply..mule tuh saya ingat saya dah kompem dapat rumah tapi pihak pemaju kata selagi lphs tak double cek dokumen2 saya tu..selagi tuh surat tak dapat dikeluarkan..lagi la rasa seram sejuk...terus saya ambik cuti nak ke bank negara dapatkan ccris report..ya allah risau teramat sangat sbb mengharap..saya niat sekiranya ada rumah nak jadikan tempat perlindungan untuk anak yang sorang ni..saya ibu tunggal 10 tahun dah..hehehe.....kawan2 doakan utk saya ye..saya pun doakn untuk kawan2 ye dipermudahkan sgl urusan..aamiin

Anonymous said...

Salam..sy pun ade dapt tawaran rumah selangorku laman impian klang baru lgi dalam 5/10..lepas tu sy kena buat ape ye? Tu sy cek dlm website dia..sy kena call or tggu surat..?

Mareen said...

Salam..sy pun ade dapt tawaran rumah selangorku laman impian klang baru lgi dalam 5/10..lepas tu sy kena buat ape ye? Tu sy cek dlm website dia..sy kena call or tggu surat..?

rizal azimi said...
This comment has been removed by the author.
rizal azimi said...

Berapa ye harga rumah tu? Baru cek online status ditawarkan rumah kat cyber tu

:: Dhiya :: said...

Saya pun mohon Desa Seri Coaldfield Sg. Buloh. Senarai menunggu. Semoga ada rezeki baby. Baru last week pg tgk site dan lawat pej pemaju.Tadi call LPHS. Nothing much they can share. Just wait katanya.

yayang said...

Assalam..thanx share experience..nak tanya..sy baru check website rumah selangor tu n sy ditawarkan rumah di semenyih..tapi xde details lain atau tarikh2 tertentu utk proceed pembelian tu..pihak LPHS akan hantar surat tawaran ke cmne eh? :)

Anonymous said...

Salam. Saya nk dptkan sdikit pencerahan. Ade syarat yg dikenakan iaitu xboleh disewakan untuk umah under rumah selangorku ini. Tp syarat ini ade pengecualian jika buyer bekerja di luar selangor dgn certain jarak dibenarkan dr rumah selangorku ke tempat kerja.

Zulkarnaen Shafiei said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. sy baru je apply minggu lepas type D di bukit tinggi klang, minggu ni dah dalam senarai menunggu..

Nak tanya... Senarai menunggu ni memang confirm dapat ke? atau akan ditapis lagi...

shaa of september said...

Tq share..sy dh dpt twrn. Sbtu ni kena pergi utk cabut undi dan vayar booking rm 2k

shaa of september said...

Tq share..sy dh dpt twrn. Sbtu ni kena pergi utk cabut undi dan vayar booking rm 2k

nor adila noh said...

Salam, pada 05-oct-2016 saya apply rumah selangorku , dann status berjaya didaftarkan , selepas tu tukar ke status menunggu dan pada 18 haribulan bertukar kepada ditawarkan rumah ,.. Alhamdulillah dan apa saya perlu buat ye skunk . .Thanks you

atikah salleh said...

Alhamdullillah saya dah dapat surat tawaran.so sana kena sediakan doc yg lembaga perumahan minta..Tinggal nak hantar je.saya dapat rumah di Cyberjaya mukim Dengkil.hope terpilih dalam 238 org yg dpt tu.dioerg akan tapiskan lagi..Harap sangat dapat rumah tu..

MD FAIZ said...

Maknanya kalau status Ditawarkan Rumah - kena tunggu surat tawaran yang dipos oleh LPHS ye?

Ada sini yang dapat tawaran Taman Emas Pelangi Dengkil tak?

atikah salleh said...

hye faiz..aah awak tunggu je surat dr pada LPHS nanti.surat tu nanti akan minta awak sediakan doc.macam saya surat tu ada menyatakan yang sekarang 263 org yg terpilih.tapi dieorg akan tapiskn lg.saya harap sgt sy dpt rumah tu....Ni senarai doc yg awak kena sediakan nanti dr tarikh awah dpt surat tu
1)IC pemohon dan pasangan
2)Penyata KWSP pemohon dan pasangan
3)Slip Gaji pemohon dan pasangan
4)penyata CCRIS pemohon dan pasangan (print out di kiosk Bank Negara)
5)Sijil Nikah

Semua surat ni awak kena hantar dkt LPHS.Alhamdulillah harinie saya dah submit semua borang yg dia minta tu..kena tunggu panggilan dari dieorang pula nanti..

Anonymous said...

salam... hri ni baru berkesempatan untuk cek status LPHS... alhamdulillah setelah sekian lama menunggu dr status berjaya didaftarkan kpd senarai menunggu... akhirnya hari ni baru bertukar kepada DITAWARKAN RUMAH :')

atikah salleh said...

awak ditawarkan rumah dimana?

rizal azimi said...

Saya juga ditawarkan rumah di Cyberjaya dan diberitahu projek ini usahasama antara Selangorku dan PR1MA.dah hantar semua dokumen kat pr1ma last week

atikah salleh said...

rizal azimi: ouh yeke.patut i mcm confius skit i apply under Selangorku tp surat dpt under prima..u dpt yg lakefront juga tu kn...skg kita just tunggu panggilan or surat lphs kn.sebab dorang akan tapis lagi dlm 200++ nama yg terpilih lg tu...

Faqih Rahman said...

Salam, ada kemungkinan ke nak dapat full loan untuk rumah selangorku nie? Ade yg cakap first home buyer boleh dpt..

rizal azimi said...

atikah salleh : Yup, lakefront juga.Tanya pegawai Pr1ma dia cakap selalunya kalau diminta hantar dokumen hard copy bermakna dah dapat rumah tu,cuma kena tunggu cabutan undi untuk pemohon prima untuk lengkapkan yang 1932 unit tu.Then tunggu panggilan/email Prima untuk pemilihan unit.Mungkin next year kot,saya dah lawat kawasan tu dah naik semua 7 block dalam 8-9 tingkat.

Anonymous said...

Hi just sharing psl permohonan rumah selangorku. Saya baru check status permohonan pada hari ini dan alhamdulilah status dari menunggu telah bertukar kepada ditawarkan rumah. Projek yang saya dapat adalah de'bayu setia alam. Mula-mula dapat tu, terus saya call direct ke developer untuk tanyakan status permohonan projek berkenaan di laman web LPHS memandangkan saya tak dapat apa2 call/email/sms mengenai penawaran rumah ini. Bila tanya diorang, diorang pun tanya saya balik yang sebelum ini tidak ada dapat panggilan dari diorang ke psl penawaran rumah ni memandang saya perlu hantar beberapa hardcopy dokumen dan tarikh tutup hantar dokumen tu pada esok (15/11/2016). Terkejut gak. Nasib bek tergerak hati nak check status permohonan hari ni di laman web LPHS dan terus call developer. So, sempat la petang tadi memecut dari KL terus ke setia alam untuk hantarkan dokumen-dokumen yang diorang minta tu. Kalo tak, tau la macamna jadinya

nur hani said...

rizal azimi dan atikah salleh, sy pun dpt rumah di lakefront,tp mslhnye sy tak terima apa-apa surat atau emel,sy call lphs, lphs mntk refer di prima. prima mntk dtg ofis di ara damansara utk check. sy tkt slh alamat or emel shj. ikutkan dokumen last hantar ujung bln 10.betul ke? boleh sy dpt kn contact number?

apisz fifi said...

Alhamdulilah saya dapat tawaran rumah di jade hill jnis B hari ini..situ mmg kwsan orang kaya rumah berjuta punya harga...siap sblum 2019..banyak jalan shortcut dikawasan itu..alhamdulilah..

rizal azimi said...

Nur hani : Awak boleh terus ke Pr1ma Ara Damansara untuk cek status.Saya dapat melalui email dan surat dari pihak Pr1ma,tarikh akhir hantar dokumen 31 Oktober lepas.Saya ingat awak terus ke pejabat Pr1ma lagi senang.Bawa siap siap dokumen IC, penyata gaji terkini, surat nikah,latest EPF statement, CCRIS statement (pemohon dan pasangan)

Niena Hanafi said...

thanks for sharing info. alhamdulillah, sy pun sudah di tawarkan rumah. saya tak dapat call/email/surat pun dr developer. sy cek status dkt web LPHS. sy call LPHS dorg ckap da bg surat twaran dekat developer. lepas tu sy call developer, PIC cuti pulak hari ni. So esok kena call lagi la jawabnyer. saya jadi keliru tak tahu apa yang perlu buat seterusny. Nasib jumpa posting ni skurang-kurangny nampak jugak serba sedikit apa perlu buat.

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh tanya dari tarikh kita tahu stutus ditawarkan rumah sehingga dapat surat dari LPHS lama tak?

MD FAIZ said...

Utk tawaran Taman Emas Dengkil:

Pemaju dia call untuk maklumkan berkenaan surat tawaran, diorang akan bagi surat tawaran tu dan suruh kita untuk submit dokumen hardcopy mcm masa apply LPHS.

Dokumen tu untuk final approval dr LPHS. Kalau ok, kita akan confirm ditawarkan rumah.

Ada sapa2 sini dapat tawaran Taman Emas Dengkil?

Zaihan Mazli said...

sama la sy pun,lphs ckp dah 2minggu bagi nama kt developer tp x dapat panggilan,smlm baru submit semua dokumen, agak2 berapa lama ?sbb developer pun x pasti

atikah salleh said...

saya baru lepas call selangorku bkenaan doc yang dioerg minta tu saya dah serahkan.then dah cukup sebulan saya tanya nama saya layak x.lepas tu dia ckp nama dh serah kepada pemaju and then saya call pemaju.pemaju minta no ic n nama penuh.Alhamdulillah saya layak hanya tunggu call untuk pemilihan unit n lain2..Saya dapat rumah di Cyberjaya Lakefront...

rizal azimi said...

Atikah : boleh saya dapatkan contact number pemaju cyber lake home tu?

atikah salleh said...

Rizal: u wsp this no 017-9886595 Mr Bryan.dia yg bg detail td...

atikah salleh said...

Rizal:mcm mna u dh try ke tanya?

rizal azimi said...

Atikah : Saya dah call dan dia dah cek nama saya dah layak.Tunggu panggilan pemilihan unit saja.Thanks ya untuk contact number tu

atikah salleh said...

rizal:alhamdulillah semoga dipermudahkan pula urusan kita yg akan datang.

Nurul said...

Hai, saya baru cek website lphs n dapat tawaran rumah di lakefront tapi x dapat panggilan pun dari mana2 pihak. Surat pun tak sampai.. patut ke saya contact prima or pemaju?

atikah salleh said...

hye nurul better you call dorang.sebab kita dh submit semua doc yg dorang minta

Nurul said...

Hi Atikah, saya dah tanya Mr Bryan, dia kata Nama saya tak ada dalam list pemaju. kena call lphs cek balik. dalam web LPHS kata saya di tawarkan rumah Lakefront. Pelik sikit baca kat comment ni kena contact PR1MA atau LPHS? semalam tergerak hati nak cek website LPHS, baru tau dapat tawaran. Macam takda rezeki nak dapat je ni.. huhuh

rizal azimi said...

Nurul : Awak cuba call LPHS +603-5510 2177 (unit penawaran)

Nurul said...

Thanks Rizal, dah call LPHS tadi, diorang kata memang nama ada list dan diorang cakap dah bagi nama dekat pemaju. Then diorang bagi no phone En Azwan(pemaju) pula suruh semak balik dengan diorang. Dah contact encik Azwan dia di luar kawasan pula, tunggu petang sikit mungkin baru dia reply balik.

Nurul qatrun Nada said...

Salam sape yg dh dpt rumah kt jade hill...sy bru apply...brpe lme yer dpt thu jwpan

Nurul qatrun Nada said...

Cik berpe lme ye dpt tahu jwpan lps dafta online...utk umh jade hill nie..n brpe boking n lowyer n brpe lme die bg masa utk byr and 10%

Nurul qatrun Nada said...

Sy nk tyer jede hills nie dh kua ke list name rumah jenis A n D sbb C B dh kua

zharif said...

Assalamualaikum, ada sapa2 dah dapat tawaran rumah jenis A, Emira TTDI Grove, kajang tak?

Sofwan Muhammad Iqbal said...

Sy pn dpt call td bro... dorg mntk dokumen... tp xclear sngt ap yg dckpkn..sbb ngh tdo..huhu

zharif said...

dorang mintak dokumen
-ic
-epf statement
-bank statement 3 bln
-sijil daftar kahwin
-ccris report
-surat pengesahan majikan

last kene hantar kat sales gallery jumaat dpn katanya

Sofwan Muhammad Iqbal said...

Oo...yeke...tq2 bro.... klu nak tnye ppe.. ad no. mne2 yg bole call x bro ??

atikah salleh said...

Salam semua,saya baru terima masej from Lakefront Home @ Cyberjaya
permohonan saya telah lulus..dan kat sini dia cakap tunggu panggilan daripada pihak bank untuk urusan penyemakan pinjaman bank...

Haslinda Salim said...

Sy po tgh menunggu jawapan rumah jenis A jade hills selepas hantar doc pada pemaju.

Anonymous said...

Alhamdulillah...sy pun dapat mesej yg sama... tp rumah ni 250k ada swimming pool surau gym kan? Ada sapa2 dah tgk ke rumah contoh?

atikah salleh said...

Saya ada tanya pemaju.dia ckap tunggu panggilan dr pihak bank...then kalau mcm loan semua dh approve..next year bln 1 dia akan panggil pilih unit...

minyak hitam said...

Saya pom ada call jugak..pmaju kata bulan 1 pilih unit

atikah salleh said...

minyak hitam:harap2 loan kita approve lah ye..xsbar nk ddk rumah sendiri.skg sy ddk cyber gk.skg projek ni dh naik 9tingkat..

rizal azimi said...

Atikah : Untuk rumah cyber tu floor plan dia ikut dalam Website rumah Selangorku atau Website PR1MA?

atikah salleh said...

rizal:yg tu sy xpasti la pulak...tp setahunya ikut selangorku lah kot

rizal azimi said...

Atikah : Kalau ikut Selangorku keluasan 950 sqft tapi Pr1ma 850 sqft dan berbeza floor plan design.
Final price dia ada bgtau tak?

atikah salleh said...

rizal:saya rasa time pilih unit tu.dia akan bg ikut kita minta jenis keluasan kot...mcm saya minta keluasan.. 950 sqft keatas mcm tu...

minyak hitam said...

Rizal n atikah : bank ada call dah ke?? Nervous pulak ..kalau ada group whatapps kan best...senang tnya.

rizal azimi said...

Minyak hitam : boleh jugak, bagi e-mel awak nanti saya bagi phone number

minyak hitam said...

ni email sy : mdmuslim.nawang@gmail.com

Nurul said...

Hello atikah & Rizal.. ni update pasal masalah saya hari tu.. En Azwan kata kena pergi hantar dokumen ke LPHS untuk keluar kan surat tawaran kepada pemaju. Saya pergi hantar dokumen ke LPHS hari jumaat, mula2 pegawai kata kalau dah upload dokumen dekat website memang tak perlu hantar lagi by hand, then saya cakap la Pemaju suruh hantar dokumen ke LPHS untuk isu kan surat tawaran. Pegawai LPHS cakap nama saya memang dah ada dalam list dan minta saya check semula dengan Pemaju, siap bagi nombor meeting dan no pemohon untuk check. Then saya tanya dengan diorang saya dah bawa dokumen ni diorang nak terima @ tak? mula2 diorang kata tak perlu, lepas diorang pergi masuk office tanya pegawai lain kut, then kata ok diorang ambil je la dokumen yang saya bawa tu. Lepas tu saya balik dan follow up dengan Encik Azwan (pemaju) petang sikit, dia kata dia memang ada dekat LPHS petang tu dan pegawai tu baru nak keluar kan surat tawaran sebab surat tawaran untuk nama saya belum ada (~_~)" Nasib baik diorang ambil dokumen yg saya bawa tu, kalau tak satu hal pula nak kena pergi semula LPHS hantar dokumen. sabar je la.. minggu depan saya akan follow up balik. hopefully okay la semuanya berjalan lancar.. (^_^) Terima Kasih kerana membantu.. hiihihih

rizal azimi said...

Siapa siapa yang nak join group WhatsApp cyber lakefront Boleh email phone number kat email saya rizalazimi@gmail.com.Senang untuk update apa2 info.thanks

yayang said...

Sy dapat tawaran rumah di semenyih parkland..dah hantar document kat pemaju..bpe lama kena tggu yek dr pihak LPHS..ada sesiapa yg dt tawaran rumah di semenyih parkland x?

Anonymous said...

Hi adaka sesiapa sudah dapat tawaran rumah Jenis A, Jade Hill ??

atikah salleh said...

rizal:sy dh email dpt x...
lagi satu sy mcm confius skit la prima & selangorku ni..
dulu bfore sy apply selangorku..saya ada apply atas akaun prima itu atas nama sy..then selangorku ni atas nama suami sy...td ada terima email dr Prima panggil proses undi..sy pun xthu nk ikut yg mna 1..pening kepala

rizal azimi said...

Atikah : saya tak dapat email awak.Boleh email balik kat rizalazimi@gmail.com

Haslinda Linda said...
This comment has been removed by the author.
fiza anis said...

siapa kat cn di tawarkan rumah selangorku projek symphony park cyberjaya. bwh luxstar holding.sampai skang syp jek.ada ke tidak.sy dpt twaran bln 10 aritu.call pemaju byk kali kata nk follow up tp xd.ada sesape yg da settle beli rumah tu.

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah se orang TKW yg bekerja di kilang selangor malaysia, dan secara tidak sengaja sy lihat comentar pak Ramli dari singapur di internet tentang pesugihan dana hibah AKI SYEH MAULANA yg telah membuatnya sukses, saya pun coba buka situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya dan lihan no tlp aki, Saya pun langsug hubungi aki dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan uang RM 200 ribu yg sy minta benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Liza said...

Salam. Saya pun mohon type D. Lama dah status tukar ditawarkan rumah. Bila tnye delevepor diorg suruh tunggu surat n list nama dikeluarkan oleh lphs. Mmg mcm tu ker??

Anonymous said...

Assalamualaikum. Terima kasih kerana share mengenai proses pembelian rumah selangorku. Baru2 nie saya da pun settle bayar downpayment rumah yg saya beli di Ecohill Semenyih. Projek Simfoni Apartment. Saya ambil loan drpd maybank. Saya kena bayar interest depends on progressive rumah. Skrg progressive rumah 10%. Bayaran monthly pula kena bayar selepas 3 tahun. Ade sape2 tau x pengiraan interest depends on progressive rumah tue mcm mane ye?

nurafrahmhdsarif said...

Hi dear. Try call LPHS +603-5510 2177 (unit penawaran)

Anonymous said...

fiza anis.. saya pun dapat rumah symphony park tu.. dah submit hardcopy. mohon pm no phone di nid_adihas@yahoo.com

Anonymous said...

salam...dah 2 thn register kat lhps slalu je dpt login. beberapa hari lepas, takleh login. ada error. tapi hari ni bila nak login, "rekod tak ditemui" kena register baru."ada sesapa pernah kena mcm ni?

MDFAIZAL said...

Lepas 2 tahun memang kena register baru. Saya pun kena buat haritu.

GoBMI22 said...

alhamdulillah.. seronok baca atas perkongsian semua.
sy nak share experience kawan sy berkenaan Rumah Selangorku

Kawan 1:
>>Berjaya daftar @January 2015
>>Senarai menunggu @April 2015 (lama menunggu dan terus berdoa)
>>Ditawarkan rumah @November 2016 (alhamdulillah)

Kawan 2:
>>Berjaya daftar @Jan 2017
>>Senarai menunggu @Jan 2017 (ternyata lphs semakin cekap)
>>Ditawarkan rumah @Feb 2017 (harap2 & berdoalah..)

Izza_syaza said...

SALAM. hai .. saya ada apply di puchong.. status .msih mnungu..so means peluang u dapat ada ke tak? berapa lama sttus akn bertukar u ditawarkan or step seterusnya.. thanks,

GoBMI22 said...

salam izza syaza. berapa lama.. ada yang sangat lama dan ada yang sekejap aje. bila register? dan berapa lama dari masa dafter btukar ke status senarai menunggu?

apisz fifi said...

Saya bru apply sebulan..ckup sebulan terus ditawarkan rumah..booking rm500..lawyer rm1350 rumah 130k renovate..saya buat loan government so xperlu bayar 10%

apisz fifi said...

Saya bru apply sebulan..ckup sebulan terus ditawarkan rumah..booking rm500..lawyer rm1350 rumah 130k renovate..saya buat loan government so xperlu bayar 10%

MDFAIZAL said...

Dapat rumah kt mana apisz fifi?

Haslinda Linda said...

Liza: wsalam, lphs mmg akan keluarkan senarai nama utk diberikan pd pemaju.lepas tu pemaju akan msg atau call kita utk mintak doc yg diperlukan.

Haslinda Linda said...

Liza: Try call lphs bahagian penawaran utk tanya status pemohonan awk mcm mana.

Capie said...

U call nombor mane..?? I call xdapat2

Anonymous said...

Sis nurul dah dpt ke jadehill tu?

Liza said...

Siapa yg dah dpt jadehill n dah sattle sign S&P? Boleh bagi info tak...

Liza said...

apisz fifi, rm1350 tu tuk lawyer yg disediakan oleh pemaju ker?

Anonymous said...

SAYA DAPAT RUMAH SELANGORKU DI ERISTANA SERI PRISTANA. TAPI SAYA NAK APPLY PINJAMAN KERAJAAN. MACAM MANA YA?

Anonymous said...

Seronok dengar yang telah berjaya ditawarkan rumah. Saya apply Saujana Aman Type C....ada sesiapa yang dah berjaya ditawarkan rumah tu?

Anonymous said...

Saya pun dapat kat sana..tp apply dkt desa coalfield jenis D..dia bg yg ni terima je laa..cuma tgh pening baru berenti kerja..sbb alah terukk..klu dpt alhamdulillah..tkut dia reject

duaposen said...

Sama la. Sy pun dpt situ

sya fie said...

Dah dapat keputusan belom layak ke.tidak? Saya pon dh hntar hardcopy ..

Osman Mohammed said...

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Email us:(flourishloancredite@gmail.com)
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Email us(flourishloancredite@gmail.com)

Maria Sedner said...

PELUANG LAIN LAGI, APAKAH ANDA BISNIS MAN / WOMAN, A PEKERJA DI ORGANISASI, Wiraswasta? Membutuhkan pinjaman pribadi untuk bisnis tanpa stres, Jika demikian, hubungi kami hari ini, kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga rendah dari 2%, Anda dapat melanjutkan tahun ini dengan senyum di wajah Anda, keselamatan, kebahagiaan pelanggan kami adalah kekuatan kita . Jika Anda tertarik, mengisi formulir aplikasi pinjaman di bawah ini:
Informasi Peminjam:

Nama lengkap: _______________
Negara: __________________
Sex: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
Durasi Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor ponsel: ________

Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email: mariasednerloanfirm@gmail.com

IRNEE NOORLYANA said...

salam..nak tanya..saya betul2 tak paham..ape prosedur selepas mendaftar secara online kt website rumah selangorku tu..kena tunggu berapa lama selepas permohonan berjaya didaftarkn? bagaimana nak tau status permohonan kite diluluskan atau tak? apekah langkah2 selepas permohonan lulus?

MD FAIZ said...

IRNEE NOORLYANA,

1. Selalu semak dekat web rumah selangorku tu apa status permohonan.
2. Mula2 Berjaya Didaftarkan, lepas tu Senarai Menunggu, akhir sekali Ditawarkan Rumah
3. Masa dia tak tentu, ada yg murah rezki selepas 1-2 bulan daftar sudah ditawarkan rumah. Ada yang dekat 2 tahun baru ditawarkan rumah

Macam saya pun, dah dekat 2 tahun baru ditawarkan rumah. Ni pun masih belum final approval lagi. Saya dapat dekat taman emas dengkil.

Tq

IRNEE NOORLYANA said...

MD FAIZ,

Terima kasih atas info tersebut..really2 appreciate.. :)

Anonymous said...

irnee noorlyana
sy pn dh ditawarkan rumah.. dieorg minta submit hardcopy.. dh bg tggu keputusan je.. br 2minggu submit borg...
sy isi online permohonan 30/12/2017
06/04/2017 dpt email dr pemaju,sy di tawarkan rumah... minta hantar hardcopy...
skrg mnuggu lg utk lpsh buat semakan terakhir ke atas dokumen...
hope dapat la...

Jamie Freeman said...

pembiayaan cepat dan boleh dipercayai kini boleh didapati pada hanya 2%. Mencari cara yang boleh dipercayai untuk mendapat pembiayaan? Adakah anda merancang untuk memulakan perniagaan impian anda tetapi tiada modal lagi? Adakah anda mencari untuk mendapatkan rumah tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan dana yang diperlukan? Ini akhirnya peluang keemasan di depan pintu anda untuk mendapat pembiayaan tanpa sebarang masalah dan tekanan kerana anda dijamin untuk menikmati perkhidmatan kewangan yang boleh dipercayai kami yang boleh didapati untuk semua pada hanya 2%, Sila email kami untuk balasan puasa di Freemanloanfinance@gmail.com dan mendapat diluluskan hari ini.

Jamie Freeman said...

pembiayaan cepat dan boleh dipercayai kini boleh didapati pada hanya 2%. Mencari cara yang boleh dipercayai untuk mendapat pembiayaan? Adakah anda merancang untuk memulakan perniagaan impian anda tetapi tiada modal lagi? Adakah anda mencari untuk mendapatkan rumah tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan dana yang diperlukan? Ini akhirnya peluang keemasan di depan pintu anda untuk mendapat pembiayaan tanpa sebarang masalah dan tekanan kerana anda dijamin untuk menikmati perkhidmatan kewangan yang boleh dipercayai kami yang boleh didapati untuk semua pada hanya 2%, Sila email kami untuk balasan puasa di Freemanloanfinance@gmail.com dan mendapat diluluskan hari ini.

marhaini fairuz said...

terima kasih diatas perkongsian anda

Unknown said...

Salam semua..siapa2 ditawarkan rumah selangorku di pucbong utama? Under dev hillcrest? Jom share cerita,kot2 berjiran lepas ni.. hillview12@gmail.com