Followers

Tuesday, March 29, 2016

Shopping @ Bath and Body Works

Assalammualaikum wbt...

Minggu sangat terasa panjangnya. Apatah lagi sekarang ni musim panas... Phewww... Panasnya tahap panas bole mandi 10x...

Lagi-lagi waktu nak hujan. Bahang bumi dah naik.. Memang terasa panasnya..

Hari jumat lepas  jalan-jalan The Curve nak tengok wayang dengan Wedad & Anchik. Dari office terus ke The Curve. Sementara menunggu puteri bukit tangga tu dan putera bukit perimbun tu, aku jalan-jalan sekitar situ. Lama rasanya tak jalan kat sini. Sambil jalan sensorang ni, mata melilau la. Kot-kot ada yang boleh dipancing. Hehe


Aku dah lama nampak kedai ni. Tapi x pernah nak masuk. Adakah faktor takut terpancing? Macam hari ni... Hehh =_='

Macam biasalah perempuan memang kalah dengan perkataan 'sale', 'free' and ape2 lah perkataan yang membawa maksud apa-ape yang menguntungkan. Haha. So Zetty.  :P

So tadi aku termasuk kedai Bath & Body Works. Fuhh memang terangsang habis aku untuk membeli. Memang dah niat dah nak cari body mist. Kedai ni memang perfect tuk aku. Yup. Purrrfect!


Aku jujur kat salesgirl kate, ni first time aku masuk kedai ni. So die promote habis-habisan la. Aku pun macam lalang ikut je ape yang die bagi test. 

Bath &Body Works ni aku rasa ada lah dekat 50 jenis wangian. Kau cakap je kau suke jenis bau macam mana. memang die da siap-siap asingkan ikut category. and setiap category ada banyak wangian and setiap tu mesti ade Body Wash, Body Lotion and Body Mist. Aku kat sana jadi gile baru da. sampai dah kene amik nafas panjang-panjang. Sebab dah deria bau aku dah mix macam-macam bau dah. hehe

Antara banyak-banyak aku tertarik dengan 3 bau ni. Sekarang ni ada promotion buy one free three. Eh, silap. Buy three free one. :P Any three yang kau minat dalam kedai tu. Amik and free satu. Yang free pun kau boleh pilih mane b suke. Terbaikk!

Honestly, aku suke bau yang sweet bunga-bunga gitew. Macam minah bunga gitew. Tapi salah satu favorite aku kat Bath & BodyWorks ialah fruity scent.  Macam kali ni aku tersuka lak bau buah mangga. MANGO TANGO TWIST. Sweet bau die. Menarik. Aku amik body mist and lotion die.



Untuk lagi 2 aku amik bau yang floral scent. My favorite. :) Bau die agak soft and sweet. Sesuai tuk yang suke girlish-girlish. Aku tak boleh nak describe sangat bau die. So, kalau nak tau bau die kenalah datang sana. Sure terkesima macam aku. Yang lagi dua aku beli ni:



Overall die macam Victoria Secret, macam The Body Shop. Harga sangat berbaloi. Especially bila ada Sale macam ni. SANGAT BERBALOI. Aku beli 4 ni baru RM 105.00. Aku rase sangat sesuai untuk siapa-siapa yang nak buat gift tuk yang tersayang. :) 


No comments: