Followers

Monday, June 06, 2016

Oh Kad Kredit!

Assalammualaikum wbt.

Aku lupe update blog atau aku lupa yang aku dah ade blog. Haha. Takde sape nak jawabkan. Aku tau. Meh aku jawabkan sendiri. Sebenarnya aku jer tak tau nak tulis ape. :P

Anyway hari ni, aku just nak share pasal Kad Kredit. Honestly aku takde kad kredit selama 27 tahun hidup. (Perlu ke mention umur aku? haha. Bajet mcm tua sgt jer. :P) But, last week aku dapat kad kredit daripada Maybank. Sentap Mak.

Mane aku tak sentap. Last month kot. aku ada dapat call daripada Maybank. Macam biasa lah, bila kau buat Loan dengan mane2 bank (aku rasa lah) die akan offer kau kad kredit dia. Tapi aku clearly ingat aku cakap kat abang Call Centre Maybank pasal kad kredit ni. Aku tak tau la aku cakap bahasa ayam ke bahasa melayu dengan die. Aku dah cakap tak nak means tak nak. Got it? Tapi jelas die terlupa nak click dalam sistem die yang aku reject kad kredit die. =__='''

Kad kredit ni ade puaka. Bahaya. :P

Secara amnya, aku bukan lah anti-kad kredit. bukan lah aku tolak kelebihan kad kredit. dan mempertikaikan mana-mana institusi perbankan. Memang betul, kad kredit memang membantu time-time emergency.cuma, aku jer yang tak percaya dengan diri aku. 

Sebab aku tau, di dalam lubuk hati aku yang paling dalam memang suke shopping. Dan kalau credit card ni ade, In sha Allah, aku akan terus memajukan industri tekstile dan fesyen negara. =_='' 

Bahaya. 

So, untuk mengelakkan aku papa sebelum kaya. Aku amik langkah untuk potong kad kredit tu. Pagi-pagi isnin lagi aku dah terjah Maybank Subang Perdana. 

Sekali lagi, abang kaunter no maybank bagi nasihat untuk simpan. Degil tetap degil. Tekad tetap tekad. :)  Sampai jer kat kaunter kad kredit. Dalam hati ade gak rasa geram kat Maybank sebab tak habis susahkan orang. Tapi perasaan geram tu terus terpadam bile abang kaunter kad kredit ni Can Do. wuhuuu. O.O

Sebab tengah cair. sibuk la duk borak-borak dengan abang tu. tanye jugak. Proses utk apply kad kredit incase aku nak betul-betul nak guna. So bile dengar proses die takde lah rumit mana. So, aku rasa worth it untuk potong kad kredit ni and hanya akan apply bile betul-betul nak guna. kan?

High Five :P


No comments: